Assalamualaikum,
Saudara, sudah banyak kita tinjau ketetapan Islam dalam banyak perkara. Rasanya elok diselangseli ilmu kita supaya tidak membosankan. Lagipun, hari ini umat Islam, terutama golongan muda mudi atau generasi muda, sudah banyak hidup berjauhan dari kedua ibubapa mereka. Malah ibu bapa sering tak tau apa yg berlaku kpd anak-anak mereka yg tinggal berjauhan dari mereka, trutama anak-anak dara mereka yg tinggal dan merantau jauh mencari rezki. kalau generasi muda ini dibekalkan dgn ilmu yg kental dan mantap tentang ugama dan tatsusila serta cara hidup orang iman, selalunya selamat. Kalau ilmu dan didikan ugama Islam mereka 0 atau hampir 0, maka seringkali rosaklah mereka. Tambahan pula lelaki atau kaum muda lelaki hari ini, tidak berbekalkan ilmu. Mereka pula menjadikan idola mudamudi Barat, termasuk muda mudi bukan Islam lainnya. Malah mereka sering membelakangkan tuntutan ugama Islam dalam menjalani hidup sehari-harian. Akibatnya, seringlah mereka memangsakan wanita atau gadis yg mereka temui. Maka berlakulah penghamilan tanpa nikah, pembuangan anak di merata-rata, yg lelaki tidak mahu bertanggungjawab!
Saudara, kita telah lihat bahawa seseorang yg tidak Islam, walau bagaimana baik sekalipun dia di dunia, di akhirat pasti masuk neraka. Paspot ke syurga hanyalah melalui ugama Islam. Islam saja tak cukup. Kalau tidak menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa', antara ketetapan Islam yg lain, maka tergolonglah orang yg Islam itu, kpd Ayat 14, Surah an-Nisa'. [Nota: Sesiapa yg berjaya menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' itu wajib dapat syurga. Hendaklah difahami bahawa ketetapan 'mentaati Allah (a.w)' dan ketetapan 'mentaati Rasulallah (s.a.w)' pada ayat ini merangkumi ketaatan kpd Allah (a.w) dan RasulNya yg menyuruh kita amalkan Islam secara berjema'ah, suami melaksanakan tanggungjawabnya terhadap isteri dan anak-anaknya menyara hidup mereka, memberi pakaian mereka, menydiakan tempat tinggal dan membimbing mereka dalam Islam, dan tanggungjawab terhadap anak-anak mentaati kedua ibubapa mereka].
Jelasnya,sebagai anak - lelaki ataupun perempuan - dia wajib taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan kedua ibubapanya, baru boleh dapat syurga. Anak wajib menghormati kedua ibubapa mereka, bercakap dgn sopan kpd mereka, menyukakan hati mereka, tidak menyinggung hati mereka, dan sentias merendahkan diri terhadap mereka. Jika tidak berlaku sopan dan santun terhadap mereka, takkan mendapat syurga tanpa mereka rida. Demikian jugalah seorang isteri, tidak cukup melaksanakan Rukun Islamnya dan yakinkan Rukun Iman, isteri yg tidak taatkan suaminya tidak akan mendapat syurga.
Jelasnya,sebagai anak - lelaki ataupun perempuan - dia wajib taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan kedua ibubapanya, baru boleh dapat syurga. Anak wajib menghormati kedua ibubapa mereka, bercakap dgn sopan kpd mereka, menyukakan hati mereka, tidak menyinggung hati mereka, dan sentias merendahkan diri terhadap mereka. Jika tidak berlaku sopan dan santun terhadap mereka, takkan mendapat syurga tanpa mereka rida. Demikian jugalah seorang isteri, tidak cukup melaksanakan Rukun Islamnya dan yakinkan Rukun Iman, isteri yg tidak taatkan suaminya tidak akan mendapat syurga.
Justeru itu, seorang isteri yg taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) kemudian dia taatkan suaminya, maka dia mendapat syurga. Bagi anak-anak pula, kalau si anak itu taatkan Allah (a.w), taatkan Rasulallah (s.a.w) dan taatkan kedua ibubapanya, maka dia berjaya mendapat syurga.
Hari ini begitu ramainya anak-anak orang Islam yg langsung tidak endahkan kedua ibubapa mereka. Ada yg berkasar terhadap kedua ibubapa mereka. Ada juga yg menganianyai kedua ibubapanya. Ada anak-anak yg berjaya, tapi tidakpun ingin menolong atau membantu kedua ibu bapa mereka. Malah dibiarkan. Ada yg tidak sanggup menjaga kedua-dua ibu bapa mereka, namun sanggup membelanjakan wang ringgit menghantar kedua ibubapa mereka ke rumah orang tua. Merka tidak sanggup menjaga kedua ibubapa mereka bila kedua-duanya dhaif! Ada pula yg membebankan kedua ibubapa mereka yg sudahlah tua dan dhaif, menjaga anak-anak mereka pula, walhal ketika mereka kanak-kanak dahulu kedua ibubapa mereka sudah berpenat dan bersusah payah menjaga mereka dan mendidik mereka, kini disusahkan pula menjaga anak-anak mereka (cucu)!
Saudara, insya Allah, dalam blog ini kita akan teliti isu ini, khususnya tentang perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w) bersabit dgn hubungan anak dan kedua ibubapa mereka. Mudah-mudahan, bagi mereka yg masih ada kedua ibubapa mereka akan terjaga dari sebab-musabab mengapa mereka tidak mendapat syurga di akhirat kelak, walaupun mentaati Allah (a.w) dan RasulNya dan istiqamah beramal.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment