Monday, March 7, 2011

Jema'ah Dalam Islam: Mukaddimah

Assalamualaikum,
Saudara, ungkapan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah ungkapan kata-kata yg sering kita dengar para ulama' dan ilmuwan Islam cakapkan. Ramai antara mereka bila bercakap mengenainya akan memberitahu kita bahawa pengikut mazhab as-Syafie adalah golongan yg termasuk dalam 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Bagaimana dgn tiga mazhab yg lain, iaitu mazhab Maliki, Hanafi dan Hanbali? Para ulama' Melayu menerima mereka itu - walaupun tidak sepenuh hati - bahawa pengikut mereka itu adalah tergolong dalam 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Bagaimana pula dgn fahaman Wahabbi? Aliran atau ajaran Wahhabi ini amat tidak disukai oleh para ulama' dan ilmuwan Islam Malaysia. Mengapa? Adakah mereka tidak termasuk dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'?
Saudara, dalam banyak post dalam blog ini kita telahpun cerakinkan (i.e. disect) berpandukan al-Quran dan as-Sunnah apakah sebenarnya konsep atau hakikatnya dalam Islam dan syariatnya yg dimaksudkan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu. Kita telah turunkan dua hadith sahih yg menyebut tentang golongan umat Islam yg akan berjaya mendapat syurga di akhirat kelak. Kita telahpun tahu dalam post-post sebelum ini bahawa kita boleh lihat 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu sebagai sekeping wang syiling yg mempunyai dua muka; satu permukaan menunjukkan angka nilainya; dan permukaan sebelahnya pula menunjukkan gambar lambang kerajaan yg memerintah. Maka, konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu juga mempunyai dua dimensi yg saling kuat menguatkan dan sokong menyokong satu sama lain.
Satu dimensi disebutkan dalam hadith berikut: 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Sesungguhkan di kemudian hari nanti akan berpecah umatku (dalam hal atau perkara ugamanya, yakni ugama Islam dan syariatnya) sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Musa (a.s) mengikut Kitab Taurat) dan Nesrani (iaitu, tidak berpandukan syariat Nabi Isa (a.s) mengikut Kitab Injil) dalam ugama mereka. Berpecah umatku (umat Islam zamannya dan zaman-zaman kemudiannya) menjadi 73 firqah (atau golongan atau mazhab), 72 golongan atau firqah atau mazhab masuk Neraka dan satu (sahaja) masuk Syurga.’ Maka bertanya para sahabat: ‘Siapa golongan yang satu itu, ya Rasulallah (s.a.w)?’ Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Iaitu mereka yang mengikut jalanku (yakni, as-Sunnah) dan jalan sahabat-sahabatku ‘Khalifah ar-Rasyidin al-Mahdiyin’. (iaitu, Abu Bakar, Omar, Othman dan Ali).’ [Hadith sahih at-Termidzi dll]
Hadith menyebutkan bahawa golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah mereka yg berpandukan kehidupan mereka sebagai orang Islam beriman kepada sunnah (yakni, sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Justeru itu, golongan umat Islam yg berpandukan as-Sunnah memenuhi satu daripada syarat mutlak untuk diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'.
Satu dimensi lagi adalah disebutkan dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Muawiyah berkata bahawasanya Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Ketahuilah, sesungguhnya orang-orang Ahli Kitab (yakni, Yahudi dan Nesrani) yang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam) telah berpecah kepada 72 firqah (mazhab), dan sesungguhnya umat ini (yakni, umat Islam) akan berpecah kepada 73 firqah (mazhab atau golongan), 72 golongan dalam neraka dan satu golongan sahaja dalam syurga, mereka itulah yang mengikuti jemaah.’ [Hadith Bukhari dan Hadith at-Termidzi ]
Hadith ini menyebutkan dimensi kedua konsep 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu, iaitu golongan ini mengamalkan Islam atau anuti Islam itu secara berjema'ah atau dengan berjema'ah. Dapat kita rumuskan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu adalah golongan umat Islam yg berjaya di akhirat kerana mereka mendapat syurga. Mereka adalah satu golongan daripada 73 golongan atau firqah atau 'mazhab' atau kelompok umat Islam yg berjaya kerana Islamnya diterima oleh Allah (a.w) dan mereka menjalani kehidupan sebagai umat Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Golongan-golongan lain, adalah tergolong dalam 72 golongan atau firqah atau 'mazhab' atau kumpulan, yg Islam tetapi gagal mendapat syurga. Bukan kerana mereka tidak Islam. Mereka Islam tetapi, mereka tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w), iaitu tidak ikut as-Sunnah atau mencampuradukkan as-Sunnah dgn ajaran yg bukan termasuk dalam as-Sunnah. Dan, mereka Islam tetapi tidak amalkan Islam secara berjema'ah atau mereka tidak berjema'ah dalam Islam. QED
Saudara, jika begitu dimanakah kita? Kalau kita, dalam menjalani kehidupan sehari-harian kita, menepati dua ciri atau syarat yg disebutkan dalam dua hadith tersebut, maka alhamdulillah, kita bersyukur kpd Allah (a.w) kerana diberi petunjuk untuk benar-benar menghayati serta memahami Islam yg haq sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran. Ketetapan Allah (a.w) itu adalah ayat-ayat atau firman Allah (a.w) dalam ayat-ayat berikut: pertama, Ayat 13, Surah an-Nisa' (= kita taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. kita ikuti as-Sunnah); kedua, Ayat 80, Surah an-Nisa' (= apabila kita taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. kita ikuti as-Sunnah), kita telah mentaati Allah (a.w) secara otomatis); ketiga, Ayat 7, Surah al-Haysr (=kita ambil pakai dan amalkan segala sesuatu yg disampaikan kpd kita oleh Rasulallah (s.a.w), melalui al-Quran dan as-Sunnah, dan kita tinggalkan atau ketepikan segala sesuatu yg ditegahnya atau dilarangnya kita kerjakan). Keempat, Ayat 103, Surah ali-Imran (=kita islam secara berjemaa\'ah atau kita berjema'ah dalam Islam). dan, Kelima, Ayat 115, Surah an-Nisa' (= setelah tahu keterangan-keterangan Allah (a.w) (i.e. ketetapan al-Quran) tentang Rasulallah (s.a.w) dan as-Sunnah (atau, dirujuk 'al-Hikmah' dalam al-Quran), yakni diberi Allah (a.w) petunjuk tentang islam itu, kita akur dan terima).
saudara, maka dgn itulah sesiapa yg menepati pesanan Rasulallah (s.a.w) dalam dua hadith di atas dan juga hadith berikut, maka kita sudah pasti bahawa kita tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg benar. 
Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya apabila berpegang kamu kepada kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan Sunnah RasulNya (yakni, al-Hadith). [Hadith al-Malik, al-Hakim, dll]
 Selainnya, yakni golongan-golongan selainnya yg tidak menepati ketetapan hadith-hadith tersebut, tidak layak diiktiraf sebagai golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Jika kita tidak tergolong dalam kumpulan yg haq ini, rugilah hidup kita selama ini!
Mudah-mudahan, sekarang saudara faham perkara ini supaya tidaklah saudara terikut-ikut dgn hujjah manusia, sama ada mereka sekumpulan ulama' lulusan univerisiti terkemuka di dunia atau ilmuwan yg memiliki ijazah yg berjela-jela atau ditabalkan oleh manusia mengisi jawatan-jawatan yg disanjung dan dihormati manusia. Kita harus ingat yg haq itu ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya bukan ketetapan manusia.

Jazakallahu khairah




No comments:

Post a Comment