Wednesday, March 23, 2011

Kematian: Pahala Menjengok Orang Sakit

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat bahawa sebagai seorang Islam kita adalah saudara seugama dgn orang Islam yg lain, dan kita dgn mereka adalah bersaudara. Kita disuruh oleh Islam menjengok saudara yg sakit, terutama yg sedang sakit tenat, yg mungkin membawakan mautnya. Kita disuruh mengiringi jenazahnya ke kubur, Untuk itu kita mendapat pahala. 
Selain mendapat pahala sunnah kerana menziarahi orang yang sakit itu, di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu keafdhalan melawat atau menziarahi orang sakit, iaitu: kita didoakan kesejahteraan oleh para malaikat, pagi atau petang. Oleh kerana malaikat itu orang yang terhampir pada Allah (a.w) dan mereka makhluk yang tidak melakukan dosa dan sentiasa taatkan Allah (a.w) secara absolute tanpa keraguan sudah pastilah doa malaikat itu mustajab: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman bin Abi Laila, hadith daripada Ali (r.a) berkata: ‘Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Barangsiapa datang pada saudaranya yang Muslim menjengoknya (ketika sakit, seumpama) berjalan di dalam kebun syurga sehingga duduk dia. Maka ketika duduk dia dituliskan kasih sayang (Rahmat) Allah (a.w) terhadapnya. Maka jika ada paginya (melawat pesakit) mendoakan 70,000 malaikat sampai petang. Dan jika ada pada petangnya (melawat pesakit) mendoakan atasnya 70,000 malaikat sehingga waktu subuh.’ [Hadith ibnu Majah] 
Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita bahawa jika kita melawat si sakit waktu pagi (atau petang), maka seramai 70,000 malaikat rahmat mendokan kebaikan dan kesejahteraan kepada kita. Mereka sentiasa mendoakan kita sampai petang (atau waktu Subuh) jika kita menziarahi si sakit waktu pagi (atau waktu petang). Ketahuilah bahawa siapakah yang mendoakan kebaikan bagi kita dalam hidup kita? Tidak ramai di kalangan keluarga dan rakan taulan. 
Diriwayatkan hadith daripada Othman bin Abi Saudah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Barangsiapa menjengok (menziarahi) orang sakit memanggil orang-orang yang memanggil (yakni, para malaikat) di langit’ (dan berkata para malaikat mendoakan:) ‘Banyak-banyaklah berjalan engkau, dan bertempat dari syurga tempat tinggal engkau.’ [Hadith ibnu Majah] 
Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa doa yang disebutkan oleh para malaikat, seperti di dalam hadith di atas itu, adalah agar Allah (a.w) berikan kepada kita ganjaran mendapat syurga. Apakah perkara-perkara yang perlu kita lakukan ketika mengunjungi saudara Islam yang akan mati? 

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, masyallah tapi kalau tak mencari (ngaji) mana nak tahu. Malah didepan mereka dimana Allah telah memberi nekmat yg banyak pun mereka tak sedar apatah lagi nak bersyukur. Allah itu maha penyayang lagi maha pengasih dan tidak zalim. Tapi apabila mereka tidak bersyukur dan tak ta'at kpd Nya maka memang wajarlah Allah campakkan mereka itu ke dlm neraka. Patutnya mereka bolih berfikir.

    ReplyDelete