Saturday, March 26, 2011

Ibubapa: Perintah Allah (a.w) (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat perintah Allah (a.w) dalam perkara hubungan antara anak dgn kedua ibubapa mereka pada dua ayat Surah al-Isra'. Kita lihat setrerusnya, ketetapan Allah (a.w) dalam ayat-ayat yg lain, iaitu dalam Surah al-Ankabut. 
Allah (a.w) berfirman di dalam Surah al-Ahqaf mewajibkan manusia, sebagai anak, berbuat baik kpd kedua ibubapa mereka, tak kiralah mereka islam ataupun tidak. Kemudian, Allah (a.w) menceritakan perihal kesusasahan seorang ibu yg mengandung anaknya sehingga dilahirkan anak itu.:
Firman Allah (a.w): 'Wa-wossainal-insana biwalidaihi ihsana, hamalthu ummuhu ... (hingga akhir ayat) ... wa-inni minal muslimina' (yg bermaksud: 'Kami (Allah) perintahkan manusia supaya berbuat baik kpd kedua-dua ibubapanya; ibunya mengandungnya dgn susah payah, dan melahirkannya dgn susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyususkannya selama tiga puluh (30) bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan sumurnya sampai 40 tahun dia berdoa: 'Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yg telah Engkau (Allah) berikan kpdku dan (tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat) kepada kedua ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yg Engkau (Allah) ridai; berikanlah kebaikan kpdku dgn (memberi kebaikan) kpd anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kpd Engkau (Allah) dan sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang yg berserah (yakni, Islam).'[Ayat 15, Surah al-Ahqap]
Ayat di atas itu jelas dimulakan dgn menyuruh manusia (yg Islam ataupun tak Islam), pertama, diperintahkan supaya berbuat baik kpd kedua ibubapa mereka, kemudian baru perintah lainnya. Kemudian, pada Ayat 16, Surah al-Ahqaf itu Allah (a.w) memberitahu orang yg disebutkan pada Ayat 15 itulah orang yg Allah (a.w) terima amalannya yg baik-baik (amal solehnya) dan diampuni dosa-dosa mereka. Jelaslah, mereka yg tidak mensyukuri kedua-dua ibubapa mereka, tidak diterima Allah (a.w) amal kebaikannya dan tidak akan diampun dosanya! Oleh itu beringatlah.
Saudara, sebelum menceritakan kesusahan demi kesusahan yg dialami oleh ibubapa, terutama, ibu, bersabit dgn anak-anak mereka, Allah (a.w) wajibkan anak-anak itu pertama, berbuat baik kpd kedua ibubapanya. Kemudian, kedua, disuruh syukuri Allah (a.w) atas segala nikmat yg diterima, dan ketiga, syukuri kedua ibubapa kerana susah payah mereka, dan kemudian keempat, disuruh doakan kedua ibubapa mereka. Kesemua suruhan atau perintah tersebut itu adalah perintah wajib. 
Saudara, dalam Surah al-Ankabut bahawa Allah (a.w) telah berpesan atau berwasiat kepada manusia begini: 
Firman Allah (a.w): 'Wa wasainal insana biwalidaihi husna … (hingga) … faunabbiukum bima kuntum taklamuna.' [Maksud:  ‘Dan Kami (Allah (a.w)) berwasiat (yakni wajibkan) kepada manusia (bahawa) dengan kedua ibubapanya itu supaya berbuat baik (pada keduanya). Dan jika disuruh supaya engkau syirik dengan Aku (yakni Allah (a.w) dengan barangyang tiada engkau ketahui (akan ilmunya bahawa Allah (a.w) membenarkan berbuat begitu), maka jangan engkau taat atau ikuti (suruhan) keduanya.] [Ayat 8, Surah al-Ankabut] 
Pengorbanan kedua ibu bapa, terutamanya seorang ibu, terhadap anaknya itu tidak dapat dinilai harganya. Setelah dilahirkan seorang anak itu dikurniakan Allah (a.w) pelbagai kesusahan dan keresahan (anxiety) dihadapi oleh kedua ibubapa tersebut. Terganggu urusannya - urusan dunia maupun urusan akhiratnya disebabkan oleh anak kecil yg dijaga oleh kedua-dua ibu bapanya. Di dalam menjaga anak-anak mereka selepas dilahirkan ke dunia dan dipelihara sehingga dewasa (baligh) pelbagailah kesusahan yang dihadapi oleh kedua ibu bapa dan berbagailah pengorbanan keduanya semasa membesarkan anak-anaknya. Malah, setelah dewasapun anak-anaknya, kedua ibubapa itu juga sering risaukan kebajikan anaknya - kebajikan di dunia dan lebih-lebih kebajikan di akhirat mereka.
Saudara, Allah (a.w) perintahkan kita sebagai anak itu mentaati kedua ibubapanya dalam smua perkara yg disuruhnya, kecualilah mereka suruh syirik atau menentang Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), maka perintah yg 'maksiat' itu tidak boleh dipatuhi. [Nota: Demikian perempuan sebagai siteri diwajibkan ikuti perintah suaminya selafgi suaminya tidak perintahkan dia melakuakan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w), yakni al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah.]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment