Sunday, March 6, 2011

Peringatan Harian Orang Iman

Assalamualaikum,
Saudara, dalam beberapa pos kita telah lihat peringatan Allah (a.w) beberapa perkara pokok. Antaranya, adalah pertama, peringatan pada Ayat 56, Surah az-Zariat, iaitu jinn dan manusia dijadikan (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w), tuhan mereka.Apakah maksud 'pengabdian' atau 'mengabdi diri' itu? Sebagai 'hamba' manusia itu diwajibkan mengerjakan segala suruhan Allah (a.w) (i.e. yg memilikinya) dan meninggalkan segala larangan Allah (a.w). Antara suruhan yg paling utama adalah bersolat, berpuasa dalam bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan menginfaq sebahagian dari rezki (yg berupa kekayaan dan harta atau wang ringgit) yg kita perolehi untuk fi sabilillah dan untuk menolong orang-orang yg dhaif; dan akhirnya menunaikan haji dan umrah, i.e. Rukun Islam. Kedua, sekiranya manusia itu tidak Islam, maka dia telah melanggar ketetapan dalam perintah pada ayat ini. Jika perintah dalam ayat ini dilanggar atau diabaikan maka dia tertakluk kpd ketetapan pada Ayat 14, Surah an-Nisa', iaitu mereka akan dimasukkan ke dalam neraka dan dibakar dan disiksa disana. Allah (a.w) memberitahu kita (i.e. manusia) bahawa setelah matinya manusia, dia akan disiksa di dalam kubur. Orang kafir yg tidak Islam pasti kuburnya adalah satu daripada lubang-lubang api neraka. Orang Islam yg beriman, yakni mengerjakan segala suruhan Allah (a.w) semasa hidupnya, kuburnya adalah satu daripada taman-taman syurga, maka dia tinggal berehat di dalamnya. Jika dia Islam tetapi banyak dosanya, maka dia juga akan mendapat siksaan dalam kuburnya. kemudian, apabila terjadinya kiamat, manusia akan dibangkitkan semula. Yg kafir (atau tidak Islam) secara otomatis dicampakkan oleh malaikat ke dalam neraka untuk menerima balasan siksa kerana tidak akur dgn perintah Allah (a.w). bagi orang yg akui dirinya Islam, tetapi tidak menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, mereka juga akan dicampakkan ke dalam neraka. Orang Islam yg beriman, yakni menganuti Islam menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - 'ahlus sunnah wal-jama'ah' -akan diberikan Kitab Catatan Amalannya dan seterusnya dihisab dosa pahalanya [Nota: Kita telah diberitahu siapakah tergolong sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' kerapkali dalam blog ini]. Kalau dosa melebihi pahala, maka ketika melalui Siratul Mustaqim yg akan dibentangkan di atas neraka, dia akan terjatuh ke dalam neraka, dan berada dalam neraka selagi dosa-dosa dia belum dibersihkan sepenuhnya. Berapa lama disiksa dalam neraka itu disebutkan dalam jangka waktu 'akhkab' dalam al-Quran (=100,000 tahun. Sehari di akhirat adalah bersamaan dgn 1,000 tahun di dunia]. Orang Islam yg beriman yg pahala dalam Kitab Catatan Amalannya melebihi dosanya ketika ditimbang, akan lepas meniti titian Siratul Mustaqim tersebut, maka menjadi penghuni syurga. Ketiga, jelasnya ada dua kesudahan bagi manusia di akhirat kelak, iaitu sama ada menjadi penghuni syurga atau penghuni neraka (Ayat 7, Surah asy-Syuri). Orang yg tidak Islam pasti menjadi ahli neraka, manakala orang Islam yg tergolong sebagai umat Muhammad (s.a.w) dan umat-umat para rasul dan para nabi (yakni, yg mengikuti ajaran mereka, disebut sebagai orang-orang yg soleh di dalam al-Quran) sebelum Nabi Muhammad (s.a.w), yakni mulai zaman Nabi Adam (a.s) sehinggalah zaman Nabi Isa (a.s), akan menjadi ahli syurga. Keempat, orang yg mengakui dirinya Islam dan memiliki iman walaupun sebesar biji sawi atau zarrah dalam kalbunya bahawa Allah (a.w), tuhan mereka yg esa itu, wujud dan dia mati dalam keimanan yg sedemikian, akhirnya akan masuk syurga juga setelah dibersihkan dalam neraka. Setelah dibersihkan mereka akan dimasukkan ke dalam 'sungai hayat' yg akan mengembalikan sifat tubuh badannya ke sifat tubuh badan ahli syurga (yakni, muda berumur 33 tahun dan rupawan sebagaimana rupawannya Nabi Yusof (a.s) berbeza dari tubuh badan yg hangus, hitam terbakar dalam neraka). Mereka adalah golongan ex-Hell Dwellers (ahli jahannam) dan diberikan syurga yg terrendah sekali. Walaupun terendah sekali, kekayaannya adalah memiliki harta dan kekayaan 10 kali ganda nilai dunia dgn memperisterikan 72 orang bidadari. Merekaah orang yg terakhir masuk syurga. Kelima, apabila hisaban telah selesai - memakan masa selama 50,000 tahun di padang makhsyar - ditetapkan oleh Allah (a.w) bahawa pada saat itu kehidupan di syurga ataupun di neraka itu adalah kekal, tidak ada tempoh penamat (i.e. expiry period). Ada tempoh penamat hanya pada orang Islam yg mengucap dua kalimah syahadat dan yag ada keimanan dalam hati atau kalbunya walaupun sebesar zarrah atau seekor semut hitam atau sebesar debu. Meraka akhirnya akan dimasukkan juga ke dalam syurga setelah dibersihkan dari kekufuran (yakni, tidak mahu beramal dan beribadah dan tidak membuat amal makruf semasa hidupnya) atau keingkaran mereka (yakni, melakukan segala sesuatu yg ditegah atau dilarang oleh Allah dan Rasulallah (s.a.w) ) semasa di dunia dahulu. demikianlah, kesudahan manusia.
Saudara, setiap kita pasti melalui lima zaman atau fasa kehidupan ini [Nota: Kematian bukanlah penamat kpd kehidupan, kerana Allah (a.w) menyebut bahawa kehidupan akhirat itu adalah kehidupan yg benar dan sebenar-benarnya. Kehidupan dunia hanyalah permaianan sahaja, sebagaimana seorang kanak-kanak itu dalam hidup sehari-hariannya dia suka bermain, kemudian bila dewasa barulah dia benar-benar menjalani kehidupannya yg hakiki dgn tanggungajwabnya mengurus diri dan keluarganya]. Zaman atau fasa pertama adalah ketika dalam alam roh, ketika kita dalam kandungan ibu kita selama kira-kira 9 bulan 10 hari, sebelum kita melalui zaman atau fasa kedua iaitu hidup sebagai manusia di dunia dalam jangka hayat yg telahpun ditetapkan (i.e. diqadarkan) bagi kita, sama ada hanya beberapa hari selepas dilahirkan atau sampai ke umur tua 85 tahun atau 120 tahun. Fasa atau zaman inilah yg paling penting. Kerana kita menikmati kehidupan. Dan, dalam menjalani kehidupan tersebut, sama ada kita melupakan tanggungjawab kita atau kita menyediakan diri untuk kehidupan tiga fasa atau zaman yg lain, yg akan kita temui. Segala-galanya ditentukan dalam fasa ini. Zaman atau fasa ketiga, ketika kita dimatikan atau sampai ajal kita. Kita berada di alam barzah menunggu kiamatnya dunia. Zaman atau fasa keempat adalah ketika dikiamatkan dunia, kita berhimpun di padang makhsyar. Jika kita orang yg tergolong sebagai orang Islam yg iman yg menjalani kehidupan di dunia menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah - 'ahlus sunnah wal-jama'ah' -  kita berkesempatan menghadiri Perhimpunan Agung terbesar ini. Setiap umat yg berhimpun itu, berhimpun di belakang para imam mereka (Ayat 71, Surah al-Isra', yg menyebutkan setiap umat atau jema'ah umat Islam akan dihimpunkan di belakang para Imam (i.e. pemimpin dalam Islam) ketika mereka menjalani kehidupan di dunia dahulu. [Nota: Orang Islam yg diberi laluan berhimpun di padang makhsyar ini adalah mereka yg diiktiraf sebagai umat atau pengikut para rasul dan para nabi mulai zaman Nabi Adam (a.s) sampailah ke hari terakhir dunia, i.e. kiamat. Maka dgn itu dalam hadith yg menyebutkan tentang turunnya Surah al-Kauthar itu (sila rujuk post yg dulu), ada orang Islam yg tidak diakui oleh Allah (a.w) sebagai umat Muhammad (s.a.w), maka tidak dibenarkan minum air telaga atau Sungai al-Kauthar itu. Dan, catatan amalannya dalam Kitab Catatan Amalan mereka adalah kosong semata-mata, kerana segala amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w). Imam adalah orang yg memimpin Jema'ah mereka ketika mereka hidup dahulu]. Fasa kelima adalah setelah hisaban selesai dan kita meniti Siratul Mustaqim, dan berakhir dgn kejayaan, menjadi ahli syurga atau kegagalan, menjadi ahli neraka. Itulah fasa-fasa 'kehidupan' manusia. Oleh itu, dalam menjalani fasa kedua kehidupan kita, wajiblah kita renungkan dimanakah tempat yg kita tempah mulai sekarang! Apabila ajal tiba tiada lagi amalan atau penyediaan bekalan, hanya waktu menerima balasan sahaja!
Mudah-mudahan, saudara semua faham peringatan ini. Tujuan utama blog ini  adalah untuk membekalkan ilmu dan panduan yg haq supaya saudara semua faham dan berjaya menyediakan diri untuk kejayaan dalam fasa ketiga, ke-empat dan kelima tersebut, insya Allah. Islam itu mudah, tapi dipersulitkan oleh manusia yg mengakui diri mereka berilmu dan faham, tetapi hakikatnya jahil atau kurang faham. Contoh: Penjelasan tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu penting difahami, kerana hanya golongan ini yg berjaya dalam kehidupan yg kelima,iaitu mendapat syurga setelah dihisab.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment