Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun lihat dalam post sebelum ini tentang beberapa larangan Islam terhadap wanita iman yg bersangkut paut dgn 'aurat wanita iman' itu. Kita lihat pula ketetapan dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Ada dua golongan ahli neraka yang belum aku melihatnya (yakni, belum Allah (a.w) wahyukan kepadanya sebelum ini); iaitu (pertama) segolongan manusia memegang cemeti seakan-akan ekor lembu (sebagai alat memukul orang banyak). Dan golongan yang lain (yakni, satu lagi) kaum wanita berpakaian separuh telanjang yang mengajak atau menunjukkan contoh (kepada wanita lain), berjalan dengan lenggang lenggoknya, rambutnya di dandan menjadi sanggul seumpama bonggol unta yang tunduk; tidak masuk syurga, dan tidak mencium mereka akan bau syurga, dan sesungguhnya bau syurga itu semerbak dicium sejauh perjalanan begini dan begini.’ [Hadith Muslim]
Diceritakan di dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) semasa dalam perjalanan peristiwa Isra’ dan Mikraj, dinampakkan keadaan di neraka dan di syurga. Antara hadith yang banyak tentang Isra’ dan Mikraj itu, terdapat hadith yang menyebut tentang imbasan-imbasan keadaan di neraka dan syurga. Apabila kita meneliti hadith mengenai neraka itu, kita akan temui hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Imran (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Aku melihat ke dalam syurga, maka aku lihat kebanyakan isinya orang-orang miskin. Dan, aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan isinya kaum wanita.’ [Hadith Bukhari]
Hadith ini dengan jelas mengatakan bahawa kebanyakan penduduk neraka itu adalah kaum wanita.
[Nota-1: Mengikut sepotong hadith lain disebutkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawasanya keharuman bau syurga boleh dicium oleh manusia yang berada di tempat sejauh 70 tahun perjalanan dari syurga! Nota-2: Mengapakah orang miskin mudah masuk syurga? Kerana kurang tanggung jawabnya terhadap harta dan wang ringgit yang dimilikinya terhadap Islam. Orang kaya, mengikut hadith lambat dapat masuk syurga, kalaupun mereka berjaya masuk syurga. Selalunya, orang kaya akan lebih mudah terjerumus ke dalam neraka kerana kekayaannya dan kerana menyalahgunakan kekayaan dan kemewahan yang dikurniakan Allah (a.w) kpd mereka. Di dalam al-Quran disebutkan bahawa ‘harta kekayaan’ itu satu ‘fitnah’ (atau cobaan) kepada manusia yang kaya dan berharta. Maka dengan itu jugalah di dalam al-Quran, terdapat banyak firman Allah (a.w) menggesa manusia supaya menginfaq’kan sebahagian harta mereka pada ‘fi sabilillah’ (yakni, ke jalan Allah (a.w) untuk Islam dan orang iman yg memerlukan, dan janganlah menjadi orang yg kedekut. Jika bakhil di dalam kubur kelak harta-harta tersebut dijadikan seekor ular yg botak kepalanya dan lagi berbisa melilit tubuhnya dan menggigitnya sampaikan tiba hari kiamat. Di akhirat akan berada di dalam neraka, dan harta-harta tersebut akan dijadikan rantai dari api neraka yg diikatkan atau dikalungkan ke lehernya, wana'u zubillah!)].
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment