Assalamualaikum,
Saudara kita telah lihat dalam post-post yg lalu apakah perintah Allah (a.w) tentang 'berjema'ah' dalam Islam. Begitu juga kita telahpun lihat apakah perintah Rasulallah (s.a.w) tentang 'berjema'ah' itu. Jelasnya - tidak sekali-kali diragui bahawa berjema'ah dalam Islam itu adalah satu kemestian. Kita akan lihat nanti bahawa status seseorang Islam itu akan kecundang disebabkan isu berjema'ah ini. Malangnya, hari ini kita tak pernah dengar atau terbaca bahawa para ulama' Islam dan para ilmuwan Islam yg bercakap dgn lantang tentang 'ahlus sunnah wal-jama'ah' ambil endah tentang 'berjema'ah' ini - seolah-olah baru dalam Islam atau tiada dalam syariat Islam. Ini tidak hairan. Kerana Rasulallah (s.a.w) telahpun memberitahu dalam as-Sunnah, bahawa sudah ditakdirkan oleh Allah (a.w) bahawa kelmarin dunia lebih baik dari hari ini dan hari ini lebih baik dari esok hari, yakni dunia dan masyarakat dan manusia semakin meninggalkan tuhan mereka, semakin melupakan wujudnya akhirat. Jelaslah, syaitan semakin berjaya. Maka tak hairanlah apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu di akhir zaman ini umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau mazhab, 72 golongan atau mazhab, walaupun islam, beramal dgn Islam dgn istiqamah, tak dapat syurga, tetapi dapat neraka, dan hanya satu golongan umat Islam yg dapat syurga.
Menceritakan hadith oleh Safuan Nahwahu berkata: ‘Menceritakan hadith Azhar b Abdullah al-Haraziyu, hadith dari Abi ‘Amirin al-Hauzani, hadith dari Muawiyah bin Abi Sufiyan bahawasanya dia berdiri di kalangan kami (sahabat-sahabatnya), maka berkata Muawiyah (b Abu Sufiyan): ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (sahabat), maka bersabda dia: ‘Ala inna man qablakum min ahli kitabi iftaraqu ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan, wain hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati wahial jama’atun.' [Maksud: Ingatlah bahawa orang-orang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam, yakni kaum Yahudi dan Nesrani) telah berpecah atas tujuh puluh dua (72) golongan (atau mazhab ugama), dan sesungguhnya ini golongan (yakni, ugama Islam) berpecah atas tujuh puluh tiga (73) golongan (atau, mazhab), tujuh puluh dua (72) golongan (atau mazhab) di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu mereka yang Islam secara berjemaah.] [Hadith Abu Daud]
Hadith di atas ini memberitahu kita sinario akhir zaman, yg akan mengulangi sinario yg berlaku zaman sebelum Islam, apabila Isa (a.s) sudah diangkat ke langit, kaum Yahudi dan Nesrani berpecah dalam ugama yg mereka pegang atau anuti menjadi 72 golongan atau mazhab. Dalam jarak masa kira-kira 600 tahun semenjak itu, sebelum Islam di nobatkan dan sebelum Rasulallah (s.a.w) diutus menjadi Rasul. Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa kerana begitu lamanya syariat ugama Allah (a.w) berlangsung tanpa ada para nabi yg terus menyemarakkannya dan memperingatkan manusia zaman itu, khususnya Bani Israil, kaum Yahudi dan kaum Nesrani berpecah dalam ugama pegangan mereka. Perpecahan yg serupa akan berlaku pada orang Islam di akhir zaman ini. Kini Rasulallah (s.a.w) telah meningalkan umat Islam lebih 1,400 tahun. Perpecahan sedemikian dan perselisihan faham yg sedemikian juga akan melanda umat Islam. Ini sudahpun bermula di Malaysia sendiri.
Saudara. ketika manusia, terutama umat Islam semakin jauh dari zaman Rasulallah (s.a.w), dan semakin pupusnya ilmu yg haq mengenai Islam dalam dada para ulama' dan ilmuwan, dan semakin ramai manusia bertuhankan keduniaan dan keseronokan keduniaan, dan semakin berjaya syaitan mempengaruhi manusia yg beriman sekalipun. Yg pasti, hanya umat Islam yg istiqamah mengerjakan amalan dan ibadah yg sejajar dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan mereka berjema'ah dalam Islam yg akan berjaya mendapat syurga. Apabila generasi tua yg berilmu (tentang al-Quran dan as-Sunnah) semakin ramai yg meningal dunia, dan semakin berkurangan, dan generasi muda pula tidak ingin diwariskan ilmu dan tidak berminat mencari ilmu yg hak itu, maka masyarakat Islam semakin jauh. Akan wujudlah sinario bilamana orang-orang yg jahil tentang Islam dan syariatnya (i.e. jahil dalam konteks ilmu yg haq, iaitu al-Quran dan as-Sunnah) tetapi berpengaruh diangkat menjadi alim ulama' dan pemimpin umat Islam, maka manusia akan menggunakan kebijasanaan akal fikiran mengajarkan dan memimpin umat Islam tanpa berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, maka mereka sudahlah sesat, mereka pula akan menyesatkan pengikut-pengikut mereka.
Kerana akal fikiran dan lain-lain pertimbangan menonjolkan manusia sebagai pemimpin masyarakat dan sebagai pemimpin ummah, dan al-Quran dan as-Sunnah diketepikan, maka timbullah begitu banyaknya perselisihan faham tentang Islam. Maka umat Islam akan berpecah menjadi 73 golongan atau firqah atau mazhab, kesemuanya Islam, tetapi terjerumus ke dalam neraka di akhirat kelak, kerana menyimpang dari acuan Islam yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) dan berlainan dari spesifikasi Islam yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Hanya satu golongan yg kekal berpadukan al-Quran dan as-Sunnah dan menjalani kehidupan dunia mereka sebagai orang Islam yg berjema'ah yg berjaya mendapat syurga, maka selamat di akhirat. Kita telahpun maklum bahawa Rasulallah (s.a.w) memberitahu jika umat Islam yg tidak berjema'ah pasti tak dapat syurga. Itu ketetapan Allah (a.w) dan itu jugalah ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg haq.
Mudah-mudahan kita benar-benar faham tuntutan Islam dan syariatnya. Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan orang Islam yg rugi itu. Namun, hari ini berapa orangkah ulama' dan ilmuwan Islam yg bercakap tentang kewajipan berjema'ah dan kewajipan mengikuti al-Quran dan as-Sunnah? Oleh itu wajarlah kita mencari jalan yg benar itu supaya tidaklah kita rugi di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment