Assalamualaikum,
saudara, kita teruskan perbincangan kita tentang perkara kematian dan amalan yg berkaitan dgnnya, sebagai peringatan kpd kita. Di dalam hadith berikut Rasulallah (s.a.w) memberitahu 7 perkara yg harus kita lakukan atau krjakan dan 7 perkara yg harus, malah wajib kita tinggalkan, kalau kita lakukan. Membuat yg disuruh mendapat pahala yg besar, selain pahala as-Sunnah, dan melakukan sesuatu yg dilarang oleh Rasulallah (s.a.w), bererti melakukan sesuatu yg juga dilarang oleh Allah (a.w), maka mendapat dosa pula.
Diriwayatkan hadith dari Athath berkata:'Aku mendengar Mu'awiyah b Suaidi b Muqarrinin hadith dari Barrak (r.a) berkata: 'Memerintahkan kami (dia dan para sahabat) oleh Nabi (s.a.w) dgn 7 perkara dan menegah akan kami 7 perkara. Memerintahkan atas kami dengan (pertama) mengiringi (atau mengikuti) jenazah (ketika dibawa ke kubur untuk dikuburkan); (kedua) menjengok orang yg sakit; (ketiga) mengkabulkan (yakni, didatangi) undangan (yakni, apabila dijemput untuk sesuatu majlis); (keempat) memberi pertolongan kpd orang yg dianianya; (kelima) memperbaiki sumpah (yakni, menunaikan janji); (keenam) mengembalikan (yakni, menjawab) 'salam'; (dan ketujuh) mendoakan orang yg bersin. Dan melarang (Nabi (s.a.w) (pertama) dari menggunakan bekas (apa-apa) yg diperbuat dari perak; (kedua) memakai cicncin emas (oleh lelaki); (ketiga) 'al-harir' (= sutera halus); (keempat) (memakai) 'ad-dibaj' (= sutera tebal); (kelima) (memakai) al-kasiyi' (= sutera halus); (dan keenam) al-istabraq' (= sutera kasar).' [Hadith Bukhari, Kitab Jenazah]
Saudara, hadith di atas itu menyebut tujuh (7) perbuatan yg disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) kita kerjakan; iaitu:
1. Apabila mati kita mengiringi atau mengikuti jenazahnya ketika dibawa orang ke kubur;
2. Apabila sakit seorang saudara dalam Islam, melawatinya;
3. Apabila kita dijemput atau diundang atau dipanggil untuk sesuatu majlis (yg tidak maksiat), hendaklah diterima dan dihadiri (kiranya tidak bekelapangan, minta izin);
4. Apabila seseorang itu dzalimi oleh orang lain, hendaklah tampil membentu dan menolongnya;
5. Apabila bersumpah (dgn nama Allah (a.w)) dgn sesuatu, maka hendaklah kita sempurnakan sumpah (i.e. tepati janji atau laksanakan apa yg disumpah atau dijanjikan);
6. Apabila seseorang Islam itu mengucapkan 'salam' kpd kita, wajib kita membalas 'salam' tersebut dgn kalimah yg sama atau dgn kalimah yg lebih baik; dan
7. Apabil bersin seseorang Islam yg menyebut dia kalimah 'Alhamdulillah', maka kita wajib jawab (i.e. mendoakannya dgn kalimah 'Yarham kumullah, balakum' [Nota: kalau dia tak sebut 'alhamdulillah', tak perlu dijawab atau didoakan kebaikan baginya].
Tujuh (atau enam) perkara yg dtegah atau dilarang Rasulallah (s.a.w) kita lakukan adalah: (pertama) Menggunakan sesuatu bekas (termasuk dulang, mangkuk, pinggan, cerek air, sudu dan garfu dan lain-lain alat) yg diperbuat dari perak (silver); (kedua) dilarang (lelaki sahaja) memakai cincin emas (Nota: Barangan kemas dari emas dikhususkan untuk wanita sahaja. Namun setakat cicin cin perkahwinan sahaja, perhiiasan selainnya tidak digalakkan walaupun dibolehkan kerana ditakuiti timbul rasa bangga dan riak, dan ditakuti menjadi fitnah kpd lelaki. Dalam ketetapan yg lain, perempuan ditegah memakai gelang kaki, kerana dia menyebabkan lelaki melihat kpdnya apakala berbunyi perhiasan trsebut ketika berjalan, sebagai contoh); (ketiga) dilarang lelaki memakai sesuatu (spt kain, baju dan selimut dan sebagainya) yg dibuat dari sutera halus; (keempat) (lelaki) memakai barang atau kain dan bahan pakaian selainnya yg diperbuat dari sutera tebal (Nota: Dibolehkan wanita memakai sutera apa kualiti sekalipun]; (kelima) menggunakan barangan yg diperbuat dari sutera halus yg digunakan untuk membuat lining di sisi kain atau baju atau seluar; (dan, keenam) (lelaki) dilarang memakai sutera kasar. [Nota: walaupun disebutkan 7 perkara tetapi sebenarnya hanyalah 6 perkara sahaja yg ditegah dalam hadith ini.]
Hadith di atas itu menyebut larangan Rasulallah (s.a.w) atas 7 perkara, jangan dilakukan atau amalkan, iaitu:
1. Menggunakan sebarang bekas untuk apa jua tujuan yg dibuat dari perak (termasuk peralatan untuk makan minum spt sudu dan garpu, cerek air);
2. Memakai cincin emas oleh lelaki (wanita dibolehkan, tetapi setakat cincin perkahwinan sahaja dan cincin lain asalkan tidak menunjuk-nunjuk);
3 hingga 6 lelaki dilarang memakai apa jua jenis pakaian yg diperbuat dari sutera apapun jenis dan kualiti sutera tersebut, walaupun sedikit.
Saudara, hari ini begitu ramai orang Islam yg tidak mengamalkan apa yg Islam (i.e. Rasulallah (s.a.w) suruh. Sebaliknya, ramai orang Islam yg membuat apa-apa yg ditegah atau dilarang oleh Rasulallah (s.a.w). Contoh: Lelaki memakai cincin emas bertatahkan berlian pula. Lelaki memakai rantai emas pula. Memakai kain atau baju batik (termasuk jubah dan lain-lain pakaian lelaki) yg diperbuat dari sutra - yg halus, tebal atau nipis - lagi mahal harganya. Kemudian dijadikan pula pakaian resmi oleh kerajaan dan dipakai pula dua hari seminggu! Wanita Islam memakai rantai kaki dgn kain yg senteng maka kelihatan bukan saja gelang kaki tapi sebahagian betisnya pula! Wanita memakai sebanyak mungkin gelang tangan dan rantai emas untuk menunjukkan status dan kedudukan atau kekayaan mereka atau darjat kenamaan mereka pula, satu perlakuan yg jelas riak. Kemudian berjalan pula dgn angkuh atau hidung tinggi, menoleh kpd orang lain dgn iras atau penampilan wajah seumpama benci pula.
[Nota: Wanita iman itu tidak dibolehkan menghias diri di luar rumahnya. Dia disuruh menghias diri ketika berada dgn suaminya di rumah. Jika terpaksa keluar tidak digalakkan memakai pakaian yg menarik minta lelaki, sama ada dari segi fesyennya atau warna dan corak kain atau bajunya, atau dari segi kenipisan kainnya dan seumpamanya yg menampakkan tubuh atau bentuk tubuh dan perhiasan diri mereka (i.e. bahagian dadanya), seumpama telanjang walapun berpakaian.Malah wanita yg keluar rumah memakai wangi-wangian disamakan oleh Rasulallah (s.a.w) dgn seorang pelacur!]
Jazakallahu khairah
Askm, Mereka mengaku Islam tapi tak menta'ati Allah & rasulnya. Kalau mereka diberitahu pun tentang perkara yg di larang itu, maka mereka akan membantahnya dgn berbagai2 alasan. Sepatutnya kalau tak tahu atau tak pasti carilah dalilnya2.
ReplyDeleteAndainya mereka tak kelapangan utk menghadiri kelas mengaji, hanya melayari blog ini saja mereka telah mendapat ilmunya utk difikirkan kebenarannya.
Tapi sayang sekali yg mereka itu tidak mengharapkan hidayah dari Allah SWT. Wallahulam ..