Saturday, March 5, 2011

Menarik hari ini ... Practical Demo

Assalamualaikum,
saudara, 
menarik hari ini apabila terbaca lapuran dalam akhbar The Star terbitan hari ini, 5 Mar 2011, yg menyebutkan bahawa seorang mahaguru, Professor, iaitu Prof John Michael Bailey, Jabatan Psikologi di Northwestern University, Chicago, mengadakan satu demo oleh seorang lelaki dan seorang wanita tentang penggunaan alat tiruan kelamin atau sex toys dalam kelas ketika bersyarah/menyampaikan kuliah kpd kira-kira 100 mahasiswa. [Nota: Northwestern University di Chicago, adalah antara university yg terkemuka di US].
kadang-kadang kita tertanya apa nak jadi kpd sistem moral dan akhlak manusia zaman ini. Apakah baiknya mengajarkan suatu yg seumpama penggunaan sex-toys yg tak perlupun ditunjuk ajar kpd murid, kerana syaitan dahpun ajarkan tanpa perlu didemokanpun ... [Nota: hari ini pelajar umur 15 tahunpun dah pandai, tak perlu diajarpun, melainkan kalau niat mereka yg terlibat itu adalah sex dibolehkan dgn mengambil precaution supaya jangan hamil! Jika ada orang Islam terlibat dalam penggubalan kurikulum sedemikian, jelaslah dia secara tak langsung bersekongkol dgn kebatial yg ditegah oleh Islam].
Mudah-mudahan tidaklah berlaku di Malaysia satu experimen atau demonstrasi sedemikian, terutama sekarang ini semua orang bercakap bahawa masalah keruntuhan akhlak remaja sekarang ini boleh dihapuskan melalui 'Pendidikan Seks' atau sex education. Nanti akan ada pula guru yg mendemokan hubungan seks berbagai kaedah dgn guru lain di kelas atau membenarkan demonstrasi hubungan seks antara pelajar lelaki dan perempuan supaya pelajar lain faham bagaimana nak menjaga diri dari kehamilan ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment