Assalamualaikum,
saudara menyebut tentang tajuk di atas, kita akan teliti beberapa perkara dalam al-Quran dan as-Sunnah mengenainya. Kesemua kita yg Islam tu sedar tentang amalan lazim masyarakat Melayu dalam perkara kematian ini. Antaranya, ahli keluarga dan sahabat handai yg datang menjengok orang yg sakit tenat yg hampir maut - ketika nazak atau tiba sakratul maut - digalakkan membaca al-Quran atau sekurang-kurang membaca Surah Yaasin di sisi orang yg dalam keadaan sedemikian atau selepas matiya sebelum dimandi dan dikafankan dan setrusnya di solatkan. Itu adalah amalan lazim masyarakat Melayu. Soalnya adakah itu yg disuruh oleh Islam? Kemudian, ketika disemadikan dalam kubur, seringkali dibacakan Talqin kononnya memperingatkan roh si mati bahawa akan disoal oleh malaikat dalam kubur, mudah menjawab soalan-soalan malaikat apabila ditanya. Adakah memberi manfaat kpd roh si mati bacaan talqin tersebut? Dan, kaum keluarga dan sahabat handai akan menabur bunga atas kubur si mati dan mencurahkan air mawar atas kubur, sebelum talqin dibacakan. Adakah itu yg disuruh oleh Islam? [Nota: Hanya orang yg istiqamah beramal dan beribdah ketika hidupnya sahaja yg berupaya menjawab soalan malaikat. Amalan menentukan kebajikan dalam kubur, bukan talqin]. Kemudian akan di bina di atas kubur si mati itu binaan seumpama tembok - ada yg cantik dan mahal - dan ada yg simple saja iaitu dua batu nesan.] Rasulallah (s.a.w) melarang umatnya membuat binaan di atas kubur orang Islam kerana kelak bila turun Dajjal ketika nak kiamat dunia, Dajjal akan korek kubur, hidupkan simati dan kafirkan dia. Oleh itu eloklah dirahsiakan kubur]. Kemudian akan diadakan pula Majlis Tahlil Kematian beberapa malam - tujuh malam, kemudian malam ke 40, kemudian malam ke 100 pula - mendoakan kesejahteraan pada si mati. Apakah akan memanfaatkan roh si mati? Yg dapat memanfaatkan si mati hanyalah tiga perkara berikut.
Saudara, Rasulallah (s.a.w) teklah memberi kita tahu bahawa apakala mati seorang anak Adam, maka terputuslah dia dari mendapat sebarang kebaikan dari dunia kecuali 3 perkara yg menguntungkannya dalam alam kubur dan akhirnya di akhirat kelak; iaitu: pertama, amal ibadah yg dikerjakannya sepanjang hidupnya; kedua, sedekah jariah termasuklah wang atau harta yg dibelanjakannya untuk infaq fi sabilillah; dan ketiga, anak-anak yg soleh dan solehah yg sentiasa mendoakan kebaikan atau kesejahteraan atasnya, semasa mereka masih hidup. Itupun bersyarat.
Saudara, sedekah jariah dan infaq fi sabilillah yg dikeluarkan oleh si mati ketika hidupnya akan menguntungkan dia untuk kebajikan akhiratnya, jikalah dilakukan semata-mata kerana Allah (a.w). Ikhlas dia. Keikhlasan itu adalah sebagaimana yg disebutkan pada Ayat 56, Surah al-Israk, iaitu dilakukannya dulu kerana 'mencari dan ingin mendapat kerahmatan Allah (a.w) (yakni, syurga) dan takutkan azab Allah (a.w) (yakni neraka)'. Dan, yg disedekahkan atau dibelanjakan itu dari sumber yg halal. Amal ibdah yg diterima oleh Allah (a.w) adalah amalan dan ibadah yg sejajar dgn niat ikhlas yg disebutkan dan dikerjakan menepati atau sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah sebagaimana dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) (i.e. berpandukan as-Sunnah). Jika tidak sejajar atau berlainan dari as-Sunnah, maka tiada gunanya, kerana segala amalan dan ibadah sedemikian ditolak, tidak diterima Allah (a.w). Kemudian, doa anak-anak yg soleh dan solehah adalah anak-anak yg juga mengerjakan amal dan ibadah sejajar dgn tuntutan as-Sunnah. Jika berlainan dari ketetapan as-Sunnah atau tidak sebagaimana yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) juga tiada manfaatnya. Tambahan pula kalau anak-anak yg ditinggalkan itu tidak mengerjakan solat, maka doa mereka itu tidak mendatangkan manfaat kpdnya, kerana tidak diterima Allah (a.w). Rugilah si mati jika kesemua itu tidak menguntungkannya.
Saudara, oleh kerana itulah Rasulallah (s.a.w) menyuruh kita mencari dan menuntut ilmu (i.e. belajar al-Quran dan as-Sunnah) supaya kita dapat beramal dan beribadah dgn panduan yg betul dan supaya kita pasti segala amalan dan ibadah kita itu sah dan diterima Allah (a.w), dan kemudian, amalan dan ibadah anak-anak kita diterima Allah (a.w), maka kerana itu, doa mereka juga diterima Allah (a.w)!
Saudara, maka dgn itulah, dalam post yg lalu, kita telah diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa ketika mati seorang anak Adam, tiga perkara menemani perjalannnya dari rumahnya ke kubur; iaitu: pertama, saudara mara dan sahabat handai dan rakan taulan; kedua, hartanya; dan ketiga amalan dan ketika hidup. Setelah dikuburkan, dua pihak kembali meninggalkannya di kubur, iaitu saudara mara, rakan taulan dan sahabat handai, dan, hartanya yg akan dikongsi oleh keluarganya yg berhak yg masih hidup. Pihak yg setia menemaninya di kubur hanyalah amal ibadahnya ketika hidupnya. Malaikat Mungkar dan Nakir akan datang menemui untuk cek keimanannya, sebaik sahaja orang-orang yg menemani mayatnya ke kubur melangkah 3 langkah! [Nota: Kononnya masyarakat Melayu yakin bahawa bacaan Talqin di atas kubur itu akan membantu si mati menjawab soalan malaikat tersebut. Kerana jika silap jawapannya akan dipukul oleh malaikat dgn penukul besi ...]
Saudara, mengikut ketetapan Islam yg haq, ketika seseorang itu dalam sekarat atau melalui sakratul maut atau sedang nazak, tetapi belum mati lagi, kita disuruh mengajarkan orang yg akan mati itu menyebut kalimah: 'Lailaha illallah', kerana Rasulallah (s.a.w) memberitahu dalam hadith berikut sesiapa yg boleh menyebut kalimah 'lailaha ilallah' itu adalah ucapan terakhirnya sebelum menghembuskan nafasnya yg terakhir, akan masuk syurga.
Diriwayatkan hadith dari Yahya b Umarah berkata: 'Aku mendengar aba Said al-Khudri berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Mengajarkanlah kamu orang yg akan mati dikalangan kamu sekelian (menyebut kalimah) 'la-ilaha illallah'. [Hadith Muslim, Kitab Jenazah]
Jelaslah, ketika kita berada di sisi saudara kita yg sedang nazak (i.e. sakratul maut), hendaklah kita ajarkan yg akan mati itu menyebut kalimah 'la-ilaha ilallah' sekali, kemudian duduklah senayp-senyap, Tak perlu baca al-Quran atau baca Surah Yaasin, kerana itu tidak memanfaatkannya, malah mungkin menyulitkannya menyebut kalimah 'la-ilaha ilallah' tersebut. Hadith berikut memberitahu kita mengapa kita ajarkan kalimah tersebut kpd orang yg akan meninggal.
Diriwayatkan hadith dari Muaz b Jabal berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Barangsiapa (atau, sesiapa) yg akhir ucapannya (ketika nak mati) adalah kalimah 'la-ilaha illallah' masuk dia ke dalam syurga.' [Hadith Abu Daud, Kitab Jenazah]
Saudara, insya Allah kita akan mampu menyebut kalimah trakhir yg berkat ini ketika sebelum sampai ajal mati - ketika dalam keadaan sakratul maut kelak. Tapi, orang yg mudah menyebut kalimah itu adalah orang Islam yg kental imannya yg sentiasalah dia menunaikan tanggungjawabnya sebagai orang Islam yg beriman, kerana istiqamah mengerjakan solat dan lain-lain amalan fardu dan sunat, termasuklah sering membasahi bibirnya berzikir membaca 'kalimah tahlil'.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment