Thursday, March 10, 2011

Menarik hari ini ... Kekayaan Anak Pemimpin Malaysia

Assalamualaikum,
Saudara tak lama dulu kita terbaca cerita betapa kayanya anak Hosni Mubarak, mantan Presiden Mesir yg digulingkan oleh demonstrasi rakyat yg berlangsung selama 18 hari. Kemudian kita terbaca pula berita kekayaan dan pembaziran dan kebatilan perbelanjaan anak (dan keluarga) Muammar Gaddafi, Presiden Libya yg kini berdepan dgn demonstrasi rakyat yg serupa. Entah bila dia akan mengalah wallahu a'lam. Gaddafi memerintah Libya selama lebih 40 tahun. Kini baru keluar cerita kekayaan beliau dan pembaziran oleh beliau dan keluarga beliau. Demikianlah jeleknya atau aibnya pemimpin umat Islam yg kononnya Islam tetapi lebih keBaratan dari orang Barat.
Saudara, hari ini (9 Mac 2011) keluar pula dalam akhbar Kosmo, cerita yg hampir-hampir seakan-akan apa yg berlaku di Mesir dan di Libya tetang kekayaan seorang anak pemimpin Malaysia, iaitu anak Abdul Taib Mahmud, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir, Pengerusi Eksekutif Cahaya Mata Sarawak Bhd, sebuah syarikat Papan Pertama (Main Board) BSKL, milik keluarga Ketua Menteri Sarawak.  Kata isterinya yg tidak bersama dgn beliau, Datin Seri Shahnaz, menuntut bahagian harta sepencarian RM 400.0 juta. Katanya Mahmud Abu Bekir mempunyai harta ratusan milion dalam CMS dan beberapa syarikat lain, berpuluh-puluh kereta mewah, dan sebagainya dan kini memiliki isteri orang Rusia, seorang janda beranak tiga, pula! Baru-baru ini kita ditonjolkan kisah bapanya, Abdul Taib Mahmud yg kahwin pula dgn wanita Arab.
Nampaknya, di Malaysia, ada pemimpin dan anak pemimpin yg begitu kaya sekali. Mudah-mudahan, tidaklah keluar berita pemimpin Malaysia yg kaya dan anak bini mereka yag kaya, kemudian mengamalkan pula gayahidup yg lebih teruk dari orang yg bukan Islam - membazirkan harta. 
Mungkin cerita yg ditonjolkan hari ini itu hanyalah bak kata orang 'the tip of the iceberge' hanya Allah (a.w) yg tahu. Itu baru anak pemimpin di peringkat negeri. Bagaimana agaknya kalau ada pemimpin di peringkat pusat? Ada rakan ceritakan kes seorang berjawatan menteri minta seorang kontraktor upkan (i.e. inflate) satu kontrak secara direct nego dari harga RM 80.0 juta menjadi ke RM 120.0 juta supaya ada lebihan RM 40.0 juta untuk menanggung kos politik! Wallahu 'alam, Allah (a.w) saja yg tau. [Nota: Siapa yg bayar lebihan RM 40.0 juta itu? Pastilah Kementerian Kewangan (i.e. kerajaan) dan siapa yg tanggung hakikatnya, kita semualah nanti - generasi sekarang dan generasi akan datang menanggung beban hutang kerajaan tambahan kerana menyediakan keperluan politik!].
Yg penting kita ambil maklum bahawa cerita perlakuan tamak dan penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Islam akan terdedah, dan semakin didedahkan di Mesir, di Libya dan mungkin di Yemen, UAR, dan lain-lain negara yg pemimpinnya orang Islam. Semuanya akan dilondehkan, akan ternampak segala yg disurukkan selama ini, akan terdedah dan didedahkan, satu demi satu. Tak kurang hebatnya nanti kita mungkin akan lihat sinario di Malaysia sendiri yg tidak jauh bezanya dgn pemimpin di Timur Tengah itu. Sekarangpun sudah mula diperlihatkan kpd kita.
Yg menyedihkan, Islam dan umat Islam akan dihancurkan oleh kuasa-kuasa luar yg didalangi oleh Yahudi dan Nesrani atau ugama lain. Yg pasti negara Islam akan semakin huruhara dan orang Islam semakin menghadapi kehidupan yg sengsara kerana karenah pemimpin mereka sendiri. Sudahlah pemimpin dari kalangan orang bukan Islam tidak mungkin membela orang Islam yg menyokong mereka (seumpama mengundi mereka ke jawatan, pangkat, tempat dan kuasa), pemimpin Islam sendiri akan menganianya orang-orang Islam, kerana mereka lupakan kebajikan rakyat, utamakan diri dan keluarga sendiri, dan mereka lupa di akhirat mereka akan disoal sebagai 'pemimpin'. Dan, apabila gagal mempertanggungjawabkan amanah mereka, dan gagal menjawab soalan-soalan yg diajukan oleh para malaikat, dihumbankan ke dalam neraka! Pemimpin adalah golongan orang iman yg terakhir masuk syurga, kalau berjaya masuk syurga! [Nota: Kalau mereka Islam dan beriman menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak mereka belum diakui Islam, atau diakui umat Muhammad (s.a.w), maka status mereka itu sama dgn yg kafir]. Mereka menunggu di padang makhsyar selama 50,000 tahun, dan setiap sehari di sana bersamaan dgn 1,000 tahun kiraan tahun dunia. 

1 comment:

  1. Askm,

    3 perkara yg suka dijadikan senjata olih syaitan utk menyesatkan manusia ialah SEX, HARTA ( kekayaan ) dan KUASA berlandaskan EGO. Olih demikian apa yg berlaku itu tidaklah menghairankan. Selagi dia itu manusia, EGO/NAFSU adalah "achille's heel" manusia. Antidotenya ialah tidak lain tidak bukan - IMAN kpd ALLAH SWT. Hanya ALLAH SWT sajalah yg dapat menghalang syaitan dari mencapai kejayaan dalam usaha utk menyesatkan keturunan Adam AS yg telah pun mendapat kelulusan dari Allah SWT, melainkan yg selamat ialah mereka2 yg beriman kepada ALLAH SWT.

    Mereka melakukan itu semua atas sebab kejahilanmereka. Mereka tidak sedar yg dunia ini sementara dan akhirat itu kekal. Mungkin kalau diberitahu pun mereka tak nak percaya tentang adanya akhirat. Oilh itu mereka mengamal cara hidup ... hidup itu sekali je.. enjoylah sepuas2nya...mati habis cerita. Padahal itu semua akan tinggal nanti bila mereka mati dan cerita tak habis bila mati. Tak kanlah mereka tak nampak/paham? Itu semua juga tak mustahil kalau ALLAH telah keraskan hatinya sebagai batu utk membuat kebaikan, butakan mata kepada kebenaran dan pekakkan telinga utk mendengar ilmu Allah/nasihat.

    Semuga semua yg berlaku itu menjadi iktibar kepada kita dan menyumbang kpd peningkatan ketaqwaan kita supaya dapat keredhaan ALLAH SWT, untuk kita masuk syurga jauhkan dari seksa neraka.... ameeen

    ReplyDelete