Assalamualaikum,
Saudara, kita tlahpun teliti beberapa perintah Allah (a.w) dalam al-Quran tentang hubungan anak-anak dgn kedua ibubapa mereka. Kita juga telah maklum bahawa seorang anak itu jika dia inginkan syurga dia wajib mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) dan mentaati kedua ibubapanya. dalam post ini kita lihat pula ketetapan as-Sunnah mengenai perkara yg sama.
Islam menyuruh kita berbakti kepada kedua ibubapa kita. ‘Berbakti’ bermakna mengerjakan apa yang disuruhnya dan disukainya dan meninggalkan apa-apa yang ditegah dan tidak disukainya, selagi mereka tidak menyuruh anak-anaknya derhaka kepada Allah (a.w), iaitu membuat maksiat (kejahatan dan laranganNya) dan meninggalkan suruhan Allah (a.w) (iaitu berbuat amalan mengikut rukun Islam). Ini dijelaskan oleh sepotong hadith, iaitu:
Diriwayatkan daripada Maawiyah bin Hidat al-Kasyiri (r.a) katanya: ‘Telah aku tanya Rasulallah (s.a.w) akan siapa aku berbuat bakti dan ikhsan [belas kasihan] kepadanya di dalam masa hayatku, kataku kepadanya, ‘Ya Rasulallah (s.a.w), siapa hamba berbuat bakti kepadanya?’ Jawabnya, ‘Berbuat bakti kamu kepada ibumu.’ Telah ku tanya lagi Rasulallah (s.a.w) kataku: ‘Kemudian siapa pula hamba berbuat bakti kepadanya?’ Sabdanya: ’Ibumu.’ Aku tanya juga Rasulallah (s.a.w) [sekali lagi] kataku, ‘Kemudian siapa pula ya Rasulallah (s.a.w) hamba berbuat bakti?’ Sabdanya: ‘Ibumu’. Aku tanya juga lagi akan Rasulallah (s.a.w), kataku: ‘Kemudian siapa hamba berbuat bakti ya Rasulallah (s.a.w) kepadanya?’ Jawabnya: ‘Kemudian bapamu, kemudian [saudara] yang lebih hampir maka yang lebih hampir.’ [Hadith hassan sahih at-Termidzi]
Saudara, hadith ini sering disebutkan oleh para ustaz yg memberi ceramah dalam Kuliyah Maghrib atau Kuliyah Subuh di majid-masjid. Allah (a.w) menyuruh anak-anak itu brbuat baik terhadap kedua ibu bapa mereka, menjaganya ketika mereka sudah tua dan dhaif, menghormati mereka, dan bercakap dgn suara yg rendah dan lemah lembut dan tidak mengucapkan kata-kata kasar atau mengecil hati mereka. Dalam hadith di atas itu jelas bahawa ibu itu tiga kali lebih utama seorang anak itu berbuat baik kepadanya, kemudian bapanya.
Insya Allah, akan kita temui ketetapan as-Sunnah yg menyebutkan bahawa seorang anak itu hanya akan mendapat syurga jika kedua ibubapanya rida terhadapnya. Justeru itu, anak-anak yg menganianya atau tidak berbuat baik terhadap kedua ibubapanya akan menyebabkan mereka tidakrida terhadap mereka. Apabila tidak rida mereka, maka Allah (a.w) juga tidak akan rida.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment