Saturday, March 26, 2011

Ibubapa: Perintah Allah (a.w) (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita lihat pula firman Allah (a.w) selanjutnya tentang tajuk di atas itu: Ini disebutkan di dalam al Quran sebagaimana difirmankanNya dalam Surah Luqman
Firman Allah (a.w): 'Wa wasainal insana biwalidaihi hamalathu … (hingga) … waliwalidaika ilaiyal masir.' [Maksud: ‘Dan telah kami wasiatkan (yakni, wajibkan) akan manusia supaya berbuat ma’aruf (yakni, kebaikan) kepada dua ibu bapanya, (yang) mengandung akandia oleh ibunya (dalam keadaan) dhaif (yakni, kesusahan) bertambah atas dhaif (ketika) besar perut dan dhaif (yakni, kesusahan) sakit semasa beranak dan dhaif (yakni, kesusahan) semasa melahirkan anaknya, dan seslesainya itu (yakni, menyusukan anaknya) pada dua tahun dan Aku (Allah (a.w)) kata bagi merekaitu bahawasa: ‘Syukur olehmu hai manusia bagi Aku (Allah (a.w)) dengan menyembah Aku (Allah (a.w)) dan syukur bagi kedua ibu bapa kamu dengan berbuat baik pada keduanya dan taat suruhan keduanya’, kepada Aku (Allah (a.w)) tempat kembali kamu (di akhirat kelak).] [Ayat 15, Surah Luqman] 
Saudara, dalam Ayat 15, Surah Luqman ini Allah (a.w) ulangi kisah susah payah kedua ibubapa ketika mengandungkan anak dan melahirkan sehinggan membesarkan mereka, spt Ayat 15 Surah al-Ahqaf yg kita teliti dalam post sebelum ini. Secara khusus dalam ayat ini Allah (a.w) perintahkan kita sebagai anak: Syukur olehmu hai manusia bagi (yakni, kpd) Aku (Allah (a.w)) dengan menyembah Aku (Allah (a.w)) dan syukur bagi (yakni, kpd) kedua ibu bapa kamu dengan berbuat baik pada keduanya dan taat suruhan keduanya’. Ada beberapa perintah wajib, iaitu: pertama, syukuri segala nikmat Allah (a.w) kpd kita; kedua, sembahlah Allah (a.w) sebagai Tuhan; ketiga, sukurilah kpd kedua ibubapa kita; keempat, berbuat baiklah kpd kedua ibubapa kita; dan kelima, taatilah suruhan dan perintah kedua ibubapa kita. Jika kita abaikan ketetapan ini, maka kita mengingkari Allah (a.w). maka tergolonglah kita dalam golongan orang yg akan mendapat neraka mengikut ketetapan Ayat 14, Surah an-Nisa' itu. wal iyazubillah.
Saudara, kita lihat pula selanjutnya perintah Allah (a.w) pada ayat berikutnya pula dalam Surah Luqman itu, iaitu:
Firman Allah (a.w): ‘Wa in jahadaka ‘ala an tusyrika … (hingga) … bima kuntum ta’maluna.' [Maksud: Dan jika menyuruh keduanya akan dikau supaya syirik (yakni, tidak mengesakan Aku (Allah (a.w)) barang yang engkau tidak ketahui, maka jangan engkau ikuti (dan jangan) taati keduanya, dan bersahabat olehmu (i.e. berbuat baiklah) akan keduanya pada dalam dunia ini dengan kebaikan dan hubungkan silaturahim dan hormat ta’zim lemah lembut bagi keduanya, dan ikut olehmu akan jalan ugama mereka yang taat kepada Aku (yakni, taat akan Allah (a.w)), [dan taat kepada Nabi (s.a.w) dan sahabat-sahabatnya].’ ‘Kemudian kepada Aku kembali kamu di Akhirat maka Aku khabarkan akan kamu dengan barang yang ada kamu berbuat ‘amalan kebajikan atau kejahatan, Aku balas akan kamu atasnya.’] [Ayat 15, Surah Luqman] 
Saudara, apakah perintah Allah (a.w) dalam ayat di atas itu? Pertama, jika kedua ibubapa menyuruh syirikkan Allah (a.w) (yakni, sembah sebagai tuhan selain Allah (a.w) yg kita, sebagai anak, takda ilmu mengenai suruhan ibubapa kita, maka jangan kita patuh. [Nota: Jelasnya, kalau kita dilahirkan tidak islam kemudian disuruh oleh kedua ibubapa kita sembah sesuatu sebagai tuhan dan kita taktahu ilmunya atau mengapa, maka kita wajib enggan dan cari ilmu supaya dipastikan kita tahu apa maksud perintah tersebut. Ilmu itu adalah al-Quran dan as-Sunnah kerana itu datangnya dari Allah (a.w). Bukan sebarang ilmu!] Kedua, berbuat baik dgn kedua ibubapa kita ketika di dunia (kerana, walaupun, katalah, kedua ibubapa kita itu tidak Islam dan kita, sebagai anak, terima Islam (dalam kes orang China dan India atau siapa saja yg tak Islam), tetap sebagai anak wajib berbuat baik kpd kedua-duanya. Ketiga, wajib kita menghormati kedua-duanya sebagai ibubapa kita. Keempat, eratkan tali kekeluargaan dgn menyambung silatur rahim terhadap saudara mara, rakan taulan, sahabat handai dan orang-orang yg rapat dan akrab dgn kedua mereka. Kelima, ikuti jalan ugama kedua-duanya (jika mereka Islam), yakni ikuti kedua-duanya dalam mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w).
Saudara, perintah yg akhir itu (iaitu yg ke-empat) wajib kita fahami bahawa jika kedua-dua ibubapa kita ajarkan dan ajak kita kpd syariat Islam yg menepati al-Quran dan as-Sunnah, maka wajib kita ikuti mereka. Kalau kedua-duanya mengajak berbuat sesuatu yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah seperti mengamalkan 'bid'ah hasanah' yg tiada dalam syariat Islam, wajib kita tolak dan nasihatkan kedua-duanya supaya tidak tergelincir dari ketetapan Islam yg haq iaitu al-Quran dan as-Sunnah.
[Nota: Kalau kita itu dilahirkan dalam keluarga bukan islam, maka diajak oleh mereka mengikuti ugama mereka, maka, mengikut ketetapan firman Allah (a.w) di dalam ayat di atas itu, wajib kita menyemak ilmu mereka, untuk mempastikan kedua ibubapa kita bersandarkan ilmu yg haq atau tidak. Wajib diingat, ilmu yg haq itu adalah apa yg disebutkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Ilmu yg didasarkan kpd pendapat atau karangan manusia bukan ilmu yg hak, kesemua itu dikira 'pendustaan' dalam konteks al-Quran, yakni firman Allah (a.w).]

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment