Assalamualaikum,
Saudara, dalam post sebelum ini kita telahpun diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa Kaum Yahudi berpecah dalam ugama mereka menjadi 72 firqah atau kumpulan atau mazhab, Kaum Nesrani juga berpecah kpd 72 firqah atau kumpulan atau mazhab. Kemudian Rasulallah (s.a.w) membayangkan bahawa umat beliau juga akan berpecah menjadi 73 firqah atau kumpulan atau mazhab kelak. Saudara hari ini sudahpun berlaku perpecahan umat Islam dalam dunia mereka dan juga dalam ugama mereka. Umat Islam berpecah belah dalam ugama mereka, bertentangan dgn perintah Allah (a.w).
saudara, jelaslah kita dalam Islam telah membelakangkan perintah Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran (yg bermaksud) menyuruh kita pegangi ugama Islam secara berjema'ah dan jangan berfirqah atau berpecah belah (dgn menubuhkan perkumpulan tertentu dalam Islam). Kita ingkar dgn ketetapan Allah (a.w). Kita tidak anuti Islam secara berjema'ah dan kita juga tidak endahkan tegahan Allah (a.w) supaya jangan berpecah belah, kita rela berpecah belah dan kita taksub pula bertaklid kpd sesuatu perkumpulan, walhal Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) beritahu kita bahawa umat Islam itu umat yg satu! Tak hairanlah kalau umat Islam dewasa ini menghadapi pelbagai permasalahan kerana mereka menolak perintah Allah (a.w).
Saudara, kita lihat pula hadith berikut yg menjelaskan bahawa umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau golongan atau mazhab, semua perkumpulan sedemikian dgn bangganya berkata bahawa panduan hidup mereka adalah al-Quran dan as-Sunnah, tetapi Rasulallah (s.a.w) menyebutkan daripada 73 firqah atau golongan tersebut, 72 golongan atau 72/73 tidak berjaya mendapat syurga, sebaliknya masuk neraka! Mengapa? Kalau mereka berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan ilmu untuk amalan dan ibadah, masakan boleh tergelincir mencari syurga, dapat neraka! Rasulallah (s.a.w) bersabda hanya satu golongan sahaja drp 73 firqah atau golongan tersebut yg berjaya mendapat syurga. The success rate of 1/73. Kalaulah setiap perkumpulan itu sama ramai ahlinya, maka daripada 100 orang yg Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tak sampaipun seorang yg berjaya dapat syurga. Pendeknya drp 100 orang Islam lebih-lebihnya hanya seorang yg berjaya mendapat syurga.
Menceritakan hadith oleh Safuan Nahwahu berkata: ‘Menceritakan hadith Azhar b Abdullah al-Haraziyu hadith dari Abi ‘Amirin al-Hauzani hadith dari Muawiyah bin Abi Sufiyan bahawasanya dia berdiri di kalangan kami (sahabat-sahabatnya), maka berkata Abu Sufiyan: ‘Sesungguhnya Rasulallah (s.a.w) berdiri di kalangan kami (sahabat), maka bersabda dia: ‘Ala inna man qablakum min ahli kitabi iftaraqu ‘ala thintaini wa-sab’ina millatan, wain hazihil-millata sataftariqu ‘ala thalathina wa-sab’ina thintani wa-sab’una fin-nari wa-wahidatun fil-jannati wahial jama’atun.' [Yg bermaksud: Ingatlah bahawa orang-orang sebelum kamu (yakni, sebelum datangnya Islam, yakni kaum Yahudi dan Nesrani) telah berpecah atas tujuh puluh dua (72) golongan (atau ugama), dan sesungguhnya ini golongan (yakni, ugama Islam) berpecah atas tujuh puluh tiga (73) golongan, tujuh puluh dua (72) golongan di dalam neraka dan satu golongan di dalam syurga, iaitu mereka yang Islam secara berjemaah.] [Hadith Abu Daud]
Apakala ditanya oleh sahabat golongan yg satu manakah yg berjaya mendapat syurga itu? Rasulallah (s.a.w) menjawab iaitu golongan umat Islam yg anuti atau pegangi Islam secara berjema'ah. Jelaslah, berjema'ah itu adalah satu kewajipan untuk membolehkan kita mendapatkan kejayaan dalam Islam di akhirat, kejayaan mendapat syurga. Tanpa berjema'ah sudah pasti kita tergolong dalam 72 golongan yg tidak berjaya mendapat syurga, walaupun berpandukan al-Quran dan as-Sunnah! Jelaslah, syurga itu tidak semudah itu didapati oleh kita yg Islam!
Saudara, Islam adalah suatu ugama yg memiliki sistem dan peraturan yg lengkap, murni, kemas dan teratur. Islam is a well-organised religion and ways of life. Malangnya, kerana kejahilan pemimpin umat Islam, para cerdik pandai di kalangan orang Islam dan kerana tertutupnya minda orang yg diamanahkan dgn urusan menguruskan umat Islam dan ugama Islam, maka terjadilah Islam itu diamalkan berlainan dari ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya. Umat Islam, terutama para ilmuwan dan ulama' Islam hari ini, sudah terpengaruh dan dipengaruhi oleh cara pemikiran orang Barat dan meniru cara pengilmuwan dan penilaian ilmu orang Barat, yg mengutamakan kecerdikan dan kepintaran akal manusia, maka kerana itu segala ilmu itu dinilai mengikut apa kata para scholars atau mahaguru yg dinobatkan sebagai pemikir. Mereka menilai Islam dan syariatnya bersandarkan kepintaran otak mereka mentafsirkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kemudian, mereka tidak lagi merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah. Sebaliknya mereka merujuk kpd kitab-kitab atau buku-buku karangan manusia. Al-Quran dan as-Sunnah tidak lagi dijadikan bahan rujuk premier dalam Islam.
Tidak hairanlah kalau 73 firqah atau golongan umat Islam berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah, namun 72 drp 73 golongan tersebut tersesesat atau tergelincir. Walhal Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa jika umat Islam itu berpegang kpd dua peninggalan beliau, iaitu al-Quran dan as-Sunnah, sudah pasti tidak sesat! Mengapa kekal sesat? Pastilah golongan yg 72 itu berpandukan al-Quran dan as-Sunnah menyalahi atau tidak menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w). Mungkin kerana sebab-sebab berikut:
Diriwayatkan hadith dari Muhammad b Omar hadith dari abi Salamah hadith dari abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Barangsiapa yg meragui sesuatu dalam al-Quran sungguh-sungguh kufur.' [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Hadith di atas itu menyebutkan, seseorang atau sekumpulan umat Islam itu walaupun berpandukan al-Quran, mereka meragui sesuatu yg disebutkan di dalam al-Quran, maka mereka sudah kufur. Masakan dapat syurga jika merasa sangsi apa yg difirmankan oleh Allah (a.w)! Kalau Allah (a.w) perintahkan anuti Islam secara berjema'ah, kemudian kita buat dek atau tak kisah, malah kita takrifkan kalimah 'jami'an' dalam ayat tersebut bukan 'berjema'ah', lebih teruk dari meragui Allah (a.w). Kita menolak perintah Allah (a.w)! Masakan kita dapat syurga! Atau, mungkin kerana melanggar ketetapan Rasulallah (s.a.w) berikut:
Diriwayatkan hadith dari Qasim b Muhammad hadith dari Aisyah (r.ah) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w):' Barangsiapa membuat pembaharuan di dalam perkaraku (i.e. Islam dan syariatnya) sesuatu apa-apa yg tiada di dalamnya (yakni, Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w)), maka dia (yakni, amalannya atau ibadahnya) ditolak.' [Hadith Abu Daud, Kitab Sunnah]
Hadith ini adalah satu drp beberapa banyak hadith menyebut tentang bid'ah dalam Islam. Rasulallah (s.a.w) menyebut sesiapa yg membuat pembaharuan (yakni, bid'ah) kpd Islam dan syariatnya, maka amalannya ditolak. Amalan orang yg mengamalkan bid'ah tidak diterima Allah (a.w). Sesuatu perkumpulan Islam itu mungkin berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, tetapi pada masa yg sama, mereka juga amalkan bid'ah, maka mana mungkin perkumpulan sedemikian mendapat syurga kerana amalan mereka tidak diterima? Malah, bid'ah itu lebih disemarakkan oleh orang Melayu apabila mereka berhujjah wujudnya 'bida'ah hasanah'. Bukan setakat ingkar, berani menambah kpd syariat ugama Islam pula! Rasulallah (s.a.w) menyebutkan bahawa sesiapa yg mengamalkan bid'ah tidak diterima kesemua amalannya - amalan atau ibadah wajib ataupun sunat - dan orang tersebut terkeluar atau tergelincir dari Islam tanpa mereka sedari, seumpama sehelai rambut dalam adunan tepung yg ditarik keluar tanpa sedikitpun tepung melekat pada rambut. Maksudnya, apa juga amalan dan ibadah tidak memberi kesan kpd aqidah orang yg mengamalkan bid'ah. Dia tidak lagi Islam. Malah dalam sepotong hadith lain jatuh syirik (i.e. menduakan Allah (a.w)). Kenapa? Allah (a.w) perintahkan taatkan Rasulallah (s.a.w), kemudian kita tidak taatkan perintah Rasulallah (s.a.w). Bukan sahaja kita ingkar, malah kita menolak perintah Allah (a.w), seolah-olah ada tuhan selain Allah (a.w) yg berkuasa. Jadi, tidak hairanlah 72 golongan gagal dapat syurga dan hanya satu golongan yg berjaya dapat syurga, iaitu golongan yg berpegang dgn as-Sunnah dan mereka anuti Islam secara berjema'ah.
Saudara, inilah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' yg hakiki. Kita sudahpun cuba perjelaskan konsep dan hakikat ini dalam blog ini, supaya umat Islam Melayu berwaspada, syurga itu tidak semudah yg kita sangkakan ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment