Friday, March 25, 2011

Sifat Orang Iman: Memberi tidak Meminta

Assalamualaikum,
Saudara, kalau kita telek dan halusi ajaran Islam itu, kita akan dapati begitu murninya sifat-sifat orang yg islam dan benar-benar beriman. Ini disebutkan dalam hadith di bawah ini pengajaran Rasulallah (s.a.w).
Diriwayatkan hadith dari 'Urwah b Zubairi dan Said b Musaiyab bahawasanya Hakim b Hizam (r.a) berkata: 'Aku meminta dari Rasulallah (s.a.w), maka memberi dia kpdku; kemudian aku minta (lagi), maka memberi dia kpdku; kemudian aku minta (lagi); memberi dia kdku, kemudian bersabda (Rasulallah): 'Wahai Hakim! Sesungguhnya ini harta (yg dibahagi-bahagikan) kelihatan hijau (yakni, sedang dipandang) manis (apabila diperolehi); maka barangsiapa mengambilnya dgn merasa senang pada hatinya, diberkati akan dia (oleh Allah) di dalam harta itu, dan barangsiapa mengambilnya dgn berlebhan (yakni, perasaan tamak), tidak berkat baginya (yg mengambilnya) di dalam harta itu sebagaimana orang yg makan dan tidak merasa kenyang. (Sesunguhnya) tangan yg di atas (yg memberi) adalah lebih baik dari tangan yg di bawah (yg menerima).' Maka berkata Hakim: 'Wahai Rasulallah (s.a.w)! Dan demi zat yg mengutus engkau dgn kebenaran (sebagai Rasul dan Nabi), tidak akan meminta-minta aku dari seseorangpun selepas engkau (i.e. selepas ketiadaan engkau) sesuatupun sehingga memisahi aku akan dunia (i.e. sehingga mati aku).' Maka (kata kedua-dua perawi) adapun Abu Bakar (r.a) (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin pertama selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w)) mengundang (yakni, memanggil) Hakim kpd pemberian (harta yg hendak dibagai-bahagikan); maka enggan (atau, menolak dia) bahawa menerimanya dari pemberian. Kemudian ketika (zaman pemerintahan) Omar (r.a) (khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2), mengundang (atau memanggil akan dia) supaya memberi kpdnya (bahagian agihan harta haknya), maka enggan (atau, menolak) dia dari menerima pemberian sedikitpun. Maka brkata Omar (r.a) (membuat pengumuman): 'Sesungguhnya aku mempersaksikan kpd kamu sekelian wahai umat Islam atas Hakim! Sesungguhnya aku mendatangkan atas beliau haknya dari ini harta 'faiyk', maka enggan (atau menolak) dia bahawa menerima (yakni, mengambil) bahagiannya.' Maka tidak mengambil Hakim dari seseorangpun dari manusia setelah (ketiadaan) Rasulallah (s.a.w) sehingga diwafatkan (yakni, mati) dia.' [Hadith Bukhari, Kitab Zakat]
Saudara, hadith di atas itu menjelaskan suatu peristiwa dalam zaman Rasulallah (s.a.w), dan kemudian zaman Abu Bakar dan Omar (r.an) kisah seorang yg berhak menerima zakat dari harta 'faiyk', iaitu Hakim b Hizam, yg ditegur oleh Rasulallah (s.a.w) kerana setelah diberikan bahagiannya dia meminta lagi tambahan. Kerana itu beliau berjanji kpd Rasulallah (s.a.w) bahawa dia tidak akan minta lagi di masa-masa depan sebarang harta selepas wafatnya Rasulallah (s.a.w). maka dalam zaman pemerintahn Abu bakr (r.a) dan Omar (r.a), dia enggan menerima bahgaian agihan untuk dirinya.
Saudara, apakah pengajara dalam hadith ini? Pertama, orang Islam dan iman itu tidak digalakkan meminta-minta (seumpama meinta-minta dari orang sesuatu). Kedua, meminta lebih dari hak kita tidak memberkati rezki yg kita terima dari pemberian itu. Ketiga, dalam perkara beri memberi dan terima dan menerima, orang yg memberi itu (yakni, tangan yg di atas, i.e. yg memberi) lebih baik dari orang yg menerima (yakni, tangan yg di bawah, i.e. yg menerima). Keempat, apabila berjanji sesuatu maka hendaklah janji itu ditepati dan jangan dimungkiri. Kelima, dalam apa jua perkara janganlah tamak atau pentingkan diri sendiri, kerana jika begitu hilanglah keberkatan sesuatu yg kita dapati atau terima. Dan, keenam, di dalam Islam wajib mendengarkan nasihat pemimpin dan kemudian menerimanya sebagai pengajaran dan panduan.
[Nota: Harta 'faiyk' adalah harta yg diserahkan oleh orang bukan Islam sebagai pampasan kpd dibebaskan dari diperangi oleh orang Islam kerana tidk memeluk Islam].

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment