Assalamualaikum,
Saudara, kita telah lihat dalam post yg lalu ketetapan Islam berdasarkan as-Sunnah. hak kedua ibubapa terhadap anaknya itu adalah 'absolute', yakni wajib ditaati dan dipatuhi. Jika disuruh kita sebagai anaknya lakukan sesuatu, termasuklah menceraikan isteri kesayangan kita, kita wajib akur perintahnya.
Kita lihat pula satu lagi ketetapan Islam mengikut as-Sunnah dalam hadith berikut:
Saudara, seorang anak itu tidak sekali-kali dibolehkan membantah suruhan kedua ibubapanya dan hendaklah sebaik mungkin berbakti kepada kedua ibubapanya. Membantah adalah perbuatan yang berdoa besar dan haram hukumnya dalam Islam. Hadith berikut jelas menunjukkan perkara ini.
Diriwayatkan daripada (seorang sahabat Nabi (s.a.w) namanya) Abi Bakrah (r.a) katanya: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w), ‘Mahukah aku khabarkan pada sekelian kamu dengan sebesar-besar dosa?' [Pada sesetengah riwayat, diulangi Rasulallah (s.a.w) kata-kata itu tiga kali]. [Apabila didengar para sahabat akan Nabi (s.a.w) mahu memberitahu mereka apa dia dosa yang sebesar-besar dosa bila dikerjakan], lalu dijawab mereka itu: ‘Bahkan, Ya Rasulallah (s.a.w)! Khabarkan pada hamba sekelian.’ [Bila didengar Nabi (s.a.w) demikian itu, maka] bersabda dia: ‘Yang sehabis-habis besar dosa itu ialah menyekutukan Allah (a.w) (yakni, beriktiqad atau mengatakan bahawa Tuhan (a.w) tidak bersifat esa malah ada sektutunya (sebagaimana Orang Nasrani menyatakan Isa (a.s) itu anak Tuhan atau mempercayai Tuhan itu ada tiga dan ada yang berkuasa selain Allah (a.w)), kemudian daripada itu derhakakan kedua ibubapanya. ‘Maka sesiapa yang tidak menurut dan taat kepada keduanya, maka dialah orang yang derhaka namanya. [Kata Abi Bakrah (r.a), habis sahaja Nabi bersabda sedemikian itu, lalu Nabi (s.a.w) duduk betul (sebelum itu dia duduk bersempoh)], dan sabdanya: ‘Saksi palsu atau perkataan palsu’. [Beberapa kali diulanginya kata-kata itu tanpa berhenti hingga kata Abi Bakrah (r.a) meminta Nabi (s.a.w) berdiam supaya tidak mengulangi kata-kata tersebut kerana, katanya: ‘Sesungguhnya mengulang-ulang kata-kata tersebut menakutkan mereka (para sahabat) (dan) takut kami nescaya penat pula Nabi (s.a.w)’. [Hadith Hassan dan Sahih at-Termidzi]
[Nota: Terjemahan hadith ini di dapati dari 'Kitab Barul Mazi' iaitu sebuah kitab tulisan seorang ulama' tersohor Melayu 50 tahun yg lalu, menterjemahkan Kitab Sunan at-Termidzi. Maka dgn itu terjemahannya adalah mengikut lenggok bahasa dan tulisan zaman itu.]
Saudara, hadith di atas itu menyebutkan bahawa dosa yg amat besar dalam Islam adalah menyekutukan (atau syirik terhadap) Allah (a.w). Kemudian derhaka kpd atau terhadap kedua ibubapa. Kemudian, menjadi seorang saksi yg dusta atau memberi keterangan yg palsu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment