Assalamualaikum,
Saudara, manusia telahpun diperingatkan oleh Allah (a.w) tujuan mereka diberi kesempatan hidup di dunia, iaitu semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kpd Tuhan mereka, Allah (a.w) (iaitu firman Allah (a.w): 'Wa-ma khalaqtul jinna wal-insa illa liya'budini' (yg bermaksud: Dan tidaklah Aku (Allah (a.w)) jadikan jinn dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kpd Aku (Allah (a.w)) Ayat 56, Surah az-Zariat). Manusia itu diberitahu bahawa mereka dikira melaksanakan amanah ketetapan Allah (a.w) tersebut jika mereka anuti Islam, yakni menjadi orang Islam. Orang-orang yg tidak Islam - menganuti ugama lain atau tidakpun menganuti mana-mana ugama, telah gagal mematuhi ketetapan ayat ini. maka, manudia itu adalah tiga golongan; iaitu: pertama, orang yg tidak islam atau kafir, yg tidak mahu terima Islam. Golongan ini termasuklah orang yg syirik, iaitu akui adanya tuhan tetapi mentuhankan benda-benda lain, spt berhala. Termasuk dalam golongan orang Yahudi yg tidak menerima Islam dan al-Quran dan Rasulallah (s.a.w). Juga, orang Kristian yg akui adanya 'Trinity of God', Jesus itu tuhan atau anak tuhan, Mary itu 'isteri' tuhan. Mereka juga tak akui al-Quran dan IUslam dan Rasulallah (s.a.w); kedua, orang yg berpura-pura Islam, yakni orang yg secara lahiriahnya nampak anuti Islam, tetapi hakikatnya mereka tidak terima Islam; dan ketiga, orang Islam yg akui Allah (a.w) itu Tuhan mereka yg esa dan Muhammad (s.a.w) itu adalah hamba Allah (a.w) dan Pesuruh Allah (a.w), yg menyampaikan dan mengajarkan manusia Islam.Telah ditetapkan pula bahawa hanya mereka yg Islam akan berpeluang mendapat syurga, golongan yg tidak islam, walaupun akui ada tuhan, mereka tidak akan dapat masuk syurga dan mereka akan dicampakkan ke dalam neraka.
saudara, dari kalangan manusia yg Islam itu pula ada tiga golongan. Ini disebutkan oleh Allah (a.w) pada Ayat 32, Surah Fathir.
Firman Allah (a.w): 'Thumma aurathnal-kitabal-lazina ... (hingga) ...hual fadlul kabiru' (yg bermaksud: Kemudian Kitab itu (yakni, al-Quran) Kami (Allah (a.w)) wariskan kpd orang-orang yg Kami (Allah) pilih dikalangan hamba-hamba Kami (yakni, manusia), maka dikalangan mereka ada yg menganianya (atau menzalimi) ('i.e. zalimul linafsih) diri mereka sendiri; dan diakalangan mereka ada yg pertengahan (muqtasidun) ; dan dikalangan mereka ada yg berlumba-lumba berbuat kebaikan (i.e. fastabikuqul khairat) dengan izin Allah (a.w) (yakni, mendapat petunjuk atau hidayah Allah (a.w)),; orang-orang yg demikian itu (yakni, golongan yg ketiga itu) adalah kurniaan yg amat besar (yakni, mendapat syurga di akhirat kelak).' [Ayat 32, Surah Fathir]
[Nota: Diperjelaskan bahawa golongan yg menzalimi diri sendiri (i.e. zalimu li nafsih) adalah orang-orang Islam yg melanggar ketetapan al-Quran dan as-Sunnah lebih banyak dari amal kebaikan mereka. Golongan 'muqtasidun' itu adalah orang-orang pertengahan banyak dosanya dan banyak juga kebaikannya. 'Fastabiqul khairat' itu adalah golongan yg banyak kebaikannya dan sedikit sekali dosa-dosanya. Golongan ketiga inilah yg beruntung.]
Saudara, setelah menyemah diri kita, golongan manakah kita agaknya? Kita sedniri yg tahu. Orang lain tak tahu.
Orang yg diwariskan Allah (a.w) al-Quran itu menerima sepenuhnya ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka tidak campuradukkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dgn ketetapan manusia atau kata-kata manusia yg bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Orang-orang Islam yg berpandukan ajaran Islam dan syariatnya kpd kitab-kitab karangan manusia atau cakap-cakap manusia yg bertentangan dgn al-Quran dan as-Sunnah, tidak tergolonga dalam tiga golongan tersebut. Mereka termasuk dalam golongan yg 'mewarisi al-Quran' adalah mereka yg Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah semata-mata sejajar dgn ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam sabdanya: 'Taraktu fikum amraini lan tadillu ma tamasaktum bihima, kitaballahu wa-sunnatu nabiyi' (yg bermaksud: Aku (Nabi) tinggalkan kpd kamu sekelian dua perkara, tidak akan sesat kamu selama-lamanya jika berpegang kamu kpd kedua-duanya, iaitu Kitab Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan sunnah NabiNya (yakni, as-Sunnah)', iaitu ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa'.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment