Assalamualaikum,
Saudara, insya Allah dalam blog ini sedikit demi sedikit kita atas teliti apakah sebenarnya yg dimaksudkan 'berjema'ah' dalam Islam dan syariatnya. Kefahaman kita tentang hakikat 'berjema'ah' ini amat penting, kerana ramai orang Islam tidak faham. malah ramai juga para ulama' dan ilmuwan Islam yg tidak faham. Berjema'ah adalah pra-syarat kedua untuk diakui sahnya keIslaman kita. Dan, berjema'ah adalah satu drpd dua ciri mereka yg diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' - satu frasa yg lazim disebut-sebutkan oleh apra ulama' dan ilmuwan ketika bercakap dan berceramah, tapi mereka keliru maksud yg sebenarnya!
Kita telah teliti perintah Allah (a.w) tentang 'jema'ah' itu (Ayat 103, Surah ali-Imran). Kita juga telah ikuti ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg mengulangi kewajipan 'berjema'ah' itu dalam as-Sunnah. di bawah ini kita lihat pula bahawa Omar ibni Khattab (r.a), khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2 Islam, mengulangi dan membuat rumusan tentang jema'ah itu. Apabila kita menyebut tentang ‘jemaah’, maka kita harus faham apakah utamanya berjemaah itu. Di dalam hadith berikut, Omar (r.a), merumuskan konsep dan hakikat tentang ‘jemaah’ itu. [Nota: Jangan lupa bahawa Omar (r.a) bercakap bukan atas kepandaiannya sendiri, tetapi bersandarkan ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Tambahan pula kita sudahpun faham bahawa yg dikatakan 'as-Sunnah' itu, mengikut ketetapan Rasulallah (s.a.w), adalah sunnah (atau peraturan atau perlakuan) beliau dan sunnah (atau peraturan) khalifah rasyidin al-mahdiyin].
Diriwayatkan hadith daripada Abdul Rahman b Maisarah hadith dari Tamim ad-Dariyi berkata: ‘Berlumba-lumba (atau bersaingan) manusia (yakni, para sahabat Muslimin) di dalam membina binaan atau bangunan (yang tinggi dan tersergam) dalam zaman Omar (r.a), maka berkata Omar (r.a): ‘Wahai masyarakat Arab! Dunia! Dunia! (maksudnya, janganlah dilekakan oleh kehidupan dunia) Sesungguhnya tidak atau bukan (dikatakan) Islam kecuali dengan berjemaah dan tidak (dikatakan) berjemaah kecuali dengan berimam (yakni, diangkat menjadi Imam seorang dari kalangan mereka jemaah Islam) dan tidak (dikatakan) berimam kecuali dengan ketaatan (rokyah atau rakyat kepada imam); maka barangsiapa memilih imam dari kalangan kaumnya yang faqih (yakni, kefahaman tentang Islam sedemikian) ada kehidupan (yakni, tenteram, selamat dan bahagia) bagi imam mereka dan ada kehidupan bagi mereka (kaumnya). Barangsiapa memilih imam mereka kerana pertimbangan selainnya kefaqihan (tentang Islam secara berjemaah) ada baginya (imamnya) kerosakan dan kerosakan bagi kaumnya.] [Hadith ad-Daramiyi]
Ketetapan dalam hadith ini wajib dijadikan panduan oleh semua yang Islam yg inginkan Islamnya diterima Allah (a.w). Tak guna kita akui atau rasai diri kita Islam jika tak diterima Allah (a.w) ke Islaman kita. Kerana, Allah (a.w) yg menentukan segala sesuatu, termasuklah apakah kita di akhirat kelak menjadi ahli syurga atau ahli neraka!
Hadith di atas itu menyebutkan beberapa prinsip atau ketetapan utama mengenai Islam:
Pertama, tidak Islam seseorang yang mengakui dirinya Islam itu jika tanpa berjemaah atau berada dalam Jemaah Islam. Makasudnya, keIslaman seseorang itu hanya sah apabila dia anuti Islam secara berjema'ah atau dia berada dalam kelompok umat Islam mengamalkan ketetapan Islam (i.e. al-Quran dan as-Sunnah) itu dalam jem'ah;
Kedua, tidak dikira berjemaah jika tiada ‘imam’, yakni orang yang memimpin dan mengetuai Jemaah itu [Nota: Zaman hayat Rasulallah (s.a.w) jema'ah umat Islam dipimpin oleh Rasulallah (s.a.w) sendiri. Kemudian apakala beliau wafat, Abu Bakar as-Siddiq (r.a) diangat menjadi 'khalifah'. Dia memerintah jema'ah Islam selama 2 tahun. Kemudian Omar b Khattab (r.a) diangkat menggantikan beliau sebagai khalifah, dan dia memerintah jema'ah umat Islam selama 12 tahun. Kemudian diganti oleh Othman b Affan (r.a), yg memerintah jema'ah Islam selama 10 tahun. Kemudian Ali b Abi Thalib (r.a) mengambil alih selama 6 tahun pula. Tempoh pemerintaahan sistem khalifah adalah 30 tahun. Rasulallah (s.a.w) kemudian memberitahu bahawa jema'ah Islam kemudiannya akan diperintah oleh orang yg digelar 'al-Malik' (atau raja), atau 'Amir' (atau, 'Amirul Mukminin' (=Pemimpin Orang-orang Iman) atau 'Imam' (gelaran umum pemimpin jema'ah Islam); dan
Ketiga, tidak dikatakan ada ‘imam’ atau sistem 'keimaman', yakni kepimpinan dalam Jemaah Islam, jika pemimpin tidak ditaati oleh rukyah atau rakyat (anggota jemaahnya) [Nota: pemimpin jema'ah Islam itu wajib didengar nasihatnya atau ketetapannya (i.e. ijtihadnya) dan mentaati atau melaksanakan perintah dan suruhannya selagi dia tidak memerintahkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan Allah (a.w), yakni ketetapan al-Quran dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni ketetapan as-Sunnah. Maka jika ketetapan atau suruhan Imam itu sejajar atau tidak bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, sebagai ahli jema'ah Islam, wajib dipatuhi. Contoh: Allah (a.w) perintahkan setiap yg Islam yg tahu sesuatu ilmu (al-Quran dan as-Sunnah), walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith, wajib disampaikan. Maka jika Imam (pemimpin) menghalangnya, perintahnya tidak wajib didengar dan tidak wajib ditaati, wajib sampaikan kpd orang lain.Contoh: Kalau dalam amalan dan ibadah khusus kita ditegah campuradukkan dgn sesuatu yg bercorak 'bid'ah', kerana itu ketetapan Rasulallah (s.a.w) dan ketetapan Allah (a.w), kita disuruh buat, maka kita wajib menolak perintah dan suruhan tersebut.]
Ketetapan Omar (r.a) ini amat fundamental. Seseorang itu hanya dikira Islam (atau Muslim) jika dia menganuti Islam secara berjemaah, iaitu Jemaah Islam atau, dengan lain perkataan, Jemaah as-Sunnah.
Kemudian Omar (r.a) menyebutkan pula tiada Jemaah Islam jika tiada kepimpinannya, iaitu yang diistilahkan ‘imam’ (oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan oleh Rasulallah (s.a.w) dalam ketetapan as-Sunnah) [Nota: Ingat, 'imam' bukan setakat mengimamkan solat]. Kemudian, tiada imam atau institusi keimaman dalam Jemaah Islam itu jika jemaahnya atau anggota jemaahnya tidak mentaati ‘imam’ atau kepimpinannya.
Keempat, diperjelaskan pula mereka yang faham tentang ketetapan ini dan memilih untuk mengikutinya, yakni dengarkan nasihat Imam dan taatkan perintah atau suruhan Imam, maka ‘imam’ (pemimpin dalam) jemaah hidup sejahtera sebagai pemimpin Jemaah umat Islam yang beriman, dan rukyahnya (i.e. rakyatnya) pula akan hidup sejahtera dalam Jemaahnya sebagai umat Islam yg sah dan diterima Allah (a.w) keIslaman mereka. Maka dengan itulah dikatakan oleh Omar (r.a) 'ada kehidupan’ bagi imam (yang memimpin) dan ada kehidupan atau kerukunan dalam jemaah (yakni, yang dipimpin), iaitu kehidupan Islam yang diridai Allah (a.w).
Saudara, suatu masa dulu satu pihak berkuasa ugama di Malaysia telah mengeluarkan fatwa bahawa sekumpulan umat Islam yg menamakan mereka, katanya, 'Islam Jema'ah', telah menggunakan dalil hadith Omar (r.a) ini dalam memberikan justifikasi kpd pergerakan mereka yg dilabelkan oleh badan tersebut sebagai 'sesat'. Badan ugama tersebut juga menolak hadith ini kerana kononnya tidak sahih atau tidak boleh dijadikan ketetapan hukum dalam aqidah Islam! Sebenarnya, hadith Omar (r.a) tak lebih dari mengulangi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran dan banyak hadith Rasulallah (s.a.w) yg memberi ketetapan dan panduan mengenai 'jema'ah dalam islam', kepimpinan dalam Islam dan tatasusila perhubungan antara kepimpinan dgn rukyah (atau rakyat) (i.e. penterjemahan Ayat 59, Surah an-Nisa' mengenai kalimah 'ulil amri' (= orang yg berkuasa tentang perkara ugama)).
Saudara, kita sudah jauh dari zaman hayat Rasulallah (s.a.w) dan zaman hayat khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin. Namun, syariat Islam yg haq itu kekal selagi kekalnya al-Quran dan as-Sunnah. Penyelewengan dalam islam yg berleluasa sekarang ini bukan kerana jauhnya kita telah ditinggalkan oleh Rasulallah (s.a.w) para sahabatnya, kerana masih ramai ulama' yg mengikuti al-Quran dan as-Sunnah, tanpa mengubahnya, sehingga hari ini, Mereka kekal mendapat petunjuk dan mengekalkan syariat Islam yg benar itu. Yg menjadikan umat Islam menyimpang adalah apabila diberi tunjuk ajar oleh orang yg jahil tentang al-Quran dan as-Sunnah, orang yg tidak faham dan tidak mahu mencari kefahaman mengenainya dgn mempelajari al-Quran dan as-Sunnah dari mereka yg tahu dan faham.
memang ramai orang Islam, terutama mereka yg sudah mencecah umur RTM (=rehat tunggu mati), yg dahagkan ilmu untuk memperbaiki amalan dan ibadah mereka dan menyediakan diri untuk bertemu dgn Allah (a.w) apabila mati mereka, mencari ilmu. Mereka temui ulama' atau ilmuwan yg jahil dan tidak faham al-Quran dan as-Sunnah, atau yg membrikan mereka recipe ugama jalan pints. Maka sesat mereka kerana yg mengajar dan memimpin mereka dalam ugama di akhir hayat mereka, adalah orang yg sesat. Mengapa yg memimpin sesat? Rasulallah (s.a.w) dahpun beritahu: Aku tinggalkan pada kamu sekelian dua perkara, yg jika kamu sekelian berpegng kepda kedua-duanya, pasti (i..e satu jaminan yg pasti) kamu sekelian tidak akan sesat selama-lamanya (mencari dan mendapat 'siratul mustaqim' itu), iaitu al-Quran dan as-Sunnah. Sesiapa yg mengaji atau mempelajari al-Quran dan as-Sunnah, pasti mendapat petunjuk dan selamat. Sesiapa yg utamakan ilmu dari kitab dan buku atau ceramah manusia, pasti lambat laut akan sesat. Tiada jaminan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment