Sunday, March 20, 2011

Peringatan: Amanah & Khianat

Assalamualaikum,
Saudara, kita semua diberi amanah. Amanah yg utama adalah amanah dari Allah (a.w) kerana memberikan kita peluang untuk hidup. Rujuk Ayat 57, Surah az-Zariat yg menyebutkan firman Allah (a.w), yg bermaksud: 'Aku (Allah (a.w) jadikan jinn dan manusia itu semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kepadaKu.' Justeru itu, mengabdikan diri - beribadah dan beramal sebagaimana yg disuruh dan meninggalkan yg ditegah adalah amanah. Kita yg bekerja diberikan tugas seharian mengikut tugasan jawatan yg kita sandang, adalah amanah. Kita wajib laksanakan kerja kita sebaik mungkin supaya tidak membazirkan waktu dan perbelanjaan majikan kita. Itu adalah amanah. Sebagai suami kita diberi amanah untuk menyara isteri dan anak-anak, memberikannya makan, pakaian dan tempat tinggal sedaya mampu kita, adalah amanah. Dan, yg utama sebagai suami dan bapa kita wajib akur dgn ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 6, Surah at-Tahrim yg bermaksud: 'Jagalah dirimu dan ahlimu (yakni, keluargamu) dari api neraka (yakni, masuk neraka).' Maka anak isteri itu wajib dipimpin supaya mereka celik uagama dan melaksanakan apa-apa yg diwajibkan oleh Islam. Isteri diwajibkan mentaati suaminya, menjaga rumah tangga suaminya dan menjaga harta milik suaminya dan mendidik anak-anaknya. Itu adalah amanah.
saudara, budi orang iman itu tinggi dan orang yg benar-benar iman itu memiliki 'akhlak karimah' i.e. budi pekerti yg baik, sehinggakan kalau kita diberi sesuatu yg buruk oleh seseorang kita balas dgn memberikan kebaikan. Jika kita boleh lakukan sedemikian, jelaslah kita memiliki sifat-sifat mahmudah. Sebaliknya kita kembalikan sesuatu yg buruk kpd orang yg memberi sesuatu yg baik pada kita, maka kita memiliki sifat-sifat mazmumah. Sifat-sifat mazmumah adalah ajaran syaitan!
Diriwayatkan hadith dari ai Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Nabi (s.a.w): 'datangkanlah (yakni, laksanakanlah) amanah kpd yg memberikan amanah (kpd kita); dan janganlah khianat kpd orang yg mengkhianati engkau.' [Hadith Abu Daud, Kitab Dagangan]
Begitulah budi pekerti orang Islam yg iman itu, bahawa apakala diberi amanah oleh seseornag kpdnya, maka disempurnakannya amanah tersebut dan tidaklah khianat akan amanah tersebut. Dan, jika dia dikhianati oleh seseorang, tidaklah dia membalas dgn mengkhianati pula orang itu.
Diriwayatkan hadith dari abi Abdul Rahman al-Hubuliyi hadith dari abi Ayub berkata: 'Aku mendengar Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'Barangsiapa memisahkan antara ibu dgn anaknya, memisahkan Allah (a.w) antara dia dgn orang yg dikasihinya pada hari kiamat (bermaksud, akan dipisahkan dia dari Allah (a.w) dan RasulNya, maksudnya tidak dikasihi di hari kiamat).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Daganmgan]
Hadith di atas melarang orang Islam memisahkan ibu dari anaknya. Ini berlaku ketika berlaku perceraian contohnya, apabila bapa yg menceraikan isterinya tidak membenarkan bekas isterinya menemui anak-anaknya. Itu adalah suatu penganianyaan. Begitu juga isteri yg bercerai dgn suaminya, tidak membenarkan bekas suaminya menemui anak-anaknya.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment