Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun tahu dan faham bahawa yg diklasifikasikan sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah itu adalah mereka yg menepati dua syarat;: iaitu, pertama, dia menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ilmu panduan amalan dan ibadah dan juga pegangan aqidah Islam dan keimanan mereka; dan kedua, dia amalkan Islam secara berjema'ah. Jika salah satu drpd dua syarat ini tidak dipenuhi, maka orang Islam sedmikian itu belum boleh diiktiraf sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah'! Golongan ini ditafsirkan sedemikian itu bukan atas kehendak kita sendiri, tetapi atas nas dan dalil as-Sunnah yg telah kita rujuk dalam post sebelumnya. Kita telah teliti dua potongan hadith: sepotong merujuk kpd 'as-Sunnah' ( = sunnah Rasulallah (s.a.w) dan sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin) dan sepotong lagi merujuk 'berjemaah'. Kita telah lihat ketetapan ini juga dalam konteks perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan perintag Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah.
Kita sudah rumuskan bahawa 'ahlus sunnah wal-jama'ah' itu berpegang kpd atau berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan pada masa yg sama mereka berada dalam suatu jema'ah Islam yg mengamalkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah.
Saudara, Allah (a.w) dalam firmanNya pada Ayat 103, Surah ali-Imran mewajibkan kita orang Islam yg beriman masuk islam dan amalkan syariat Islam secara berjema'ah:
Firman Allah (a.w): ‘Wa’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wazkuru ni’matallahi ‘alaikum iz kuntum ‘ada-an fa-alfa baina qulubikum fa-asbahtum bi-ni’matihi ikhwanan wa-kuntum ‘ala safa hufratin minan nari fa-anqazakum minha kazalika yubaiyinullahu lakum ayatihi la’allakum tahtaduna) [Yg bermaksud: Berpegang teguhlah dengan tali (ugama) Allah (a.w) berjemaah dan jangan berfirqah (yakni, berpecahbelah), dan ingatlah akan nikmat (yakni, hidayah Islam) Allah (a.w) atas kamu sekelian apabila ada kamu sekelian bermusuh-musuhan antara kamu, maka menyatukan Allah (a.w) beberapa hati kamu dan menjadikan kamu dengan nikmat (hidayah ugama Allah (a.w) itu) bersaudara dan adapun kamu (sebelum itu, yakni sebelum Islam) atas tepi jurang neraka, maka menyelamatkan Allah (a.w) kamu sekelian daripadanya (neraka itu) demikian itulah menerangkan Allah (a.w) ayat-ayatnya (kepada kamu) mudah-mudahan kamu mendapat petunjuk.] [Ayat 103, Surah ali-Imran]
Saudara, perintah dalam ayat ini adalah perintah wajib. Seseorang yg Islam itu wajib dia berjema'ah dalam Islam. Allah (a.w) peringatkan bahawa sebelum Islam atau sebelum Nabi Muhammad (s.a.w) diangkat menjadi Rasul, masyarakat Arab di Arab Saudi, berpecah belah dan mengtamakan suku dan kesukuan, dan berbangga dgn keturunan dan antara puak-puak tersebut akan berperang sesama sendiri dan tidak ada keamanan yg kekal. Dgn datangnya Islam, orang-orang yg memeluk Islam menjadi bersaudara tanpa mengira darah keturunan. Wujudlah kestabilan di tanah jajahan orang Islam, di bawah pemerintahan yg adil.
Saudara, yg utama kita ambil ingatan dalam post ini adalah hakikat bahawa Islam itu menyuruh umatnya berjema'ah. Islam menyuruh umatnya bersolat secara berejama'ah. Perintah berjema'ah itu tidak semata-mata dalam mengerjakan solat fardu sahaja. Kerana, berjema'ah ketika mengerjakan solat fardu itu hanyalah satu manifestasi berjema'ah yg lebih global dalam Islam. Carahidup umat Islam itu sepatutnya menepati hakikat Islam sebagai 'ad-Din' - satu cara hidup yg menyeluruh dan sempurna. Malangnya, hari ini dalam Islam yg kita sama-sama amalkan, dan yg kita diberitahu oleh ara ulama' dan ilmuwan, adalah berjema'ah dalam konteks mengerjakan solat fardu sahaja. Manifestasi berjema'ah secara global dalam Islam itu sudah lama ditinggalkan oleh umat Islam, berikutan kepimpinan Islam diinstitusikan melalui politik yg dicampuradukkan dgn amalayg berpaksikan pemikiran manusia, apabila wujudnya sistem beraja dan apabila fahaman demokrasi tajaan Barat mencengkap pemikiran manusia. Amalan Islam secara berjema'ah itu semakin dilupakan dan ditinggalkan.
Insya Allah kita akan teliti dalam post yg akan datang ketetapan as-Sunnah apabila Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam ayat ini supaya umat Islam berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) juga memperincikan konsep 'jema'ah' ini dalam menterjemahkan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu dalam realiti kehidupan, pemerintahan atau kerajaan Islam secara berjema'ah itu. Ayat ini tetap menjadi nas tentang perintah berjema'ah itu. Di dalam as-Sunnah, kita akan lebih faham apakah yg dimaksudkan dgn 'berjema'ah' itu dan faham apakah implikasinya kpd kita yg Islam jikalah kita abaikan atau tidak laksanakan.
Insya Allah kita akan teliti dalam post yg akan datang ketetapan as-Sunnah apabila Rasulallah (s.a.w) mengulangi perintah Allah (a.w) dalam ayat ini supaya umat Islam berjema'ah. Rasulallah (s.a.w) juga memperincikan konsep 'jema'ah' ini dalam menterjemahkan perintah Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran itu dalam realiti kehidupan, pemerintahan atau kerajaan Islam secara berjema'ah itu. Ayat ini tetap menjadi nas tentang perintah berjema'ah itu. Di dalam as-Sunnah, kita akan lebih faham apakah yg dimaksudkan dgn 'berjema'ah' itu dan faham apakah implikasinya kpd kita yg Islam jikalah kita abaikan atau tidak laksanakan.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment