Thursday, March 3, 2011

Peringatan: Jangan jadikan Diri Tersisih dari Hidayah

Assalamualaikum,
saudara, kita sering mendengar kata-kata ulama' dan ilmuwan tentang kalimah 'hidayah' atau Melayunya 'petunjuk'. Apa dia 'hidayah'? Hidayah itu adalah keimanan dan kepercayaan bahawa Allah (a.w) itu adalah tuhan manusia dan sebagai hamba yg dijadikan olehNya, wajib bukan setakat menyakini Dia (Allah) wujud tetapi wajib mentaatiNya dan mengerjakan suruhan dan perintahnNya. 'Hidayah' itu adalah keyakinan bahawa hidup di dunia ini sementara, apabila sampai ajal mati seseorang itu, dia akan menjalani 'kehidupan' dalam alam barzah (atau kubur), kemudian ada kiamat, bilamana semua manusia dari zaman Adam (a.s) akan dibangkitkan oleh Allah (a.w) untuk berhimpun di padang makhsyar untuk menerima Kitab Catatan Amalan masing-masing, dihisab dan akhirnya ditentukan tempat yg kekal baginya sama ada di dalam syurga yg penuh kenikmatan atau dalam neraka yg penuh dgn siksaan. Dunia adalah persiapan untuk tiga fasa kehidupan yg akan muncul - alam barzah, alam padang makhsyar dan alam akhirat yg kekal. Manusia yg mati zaman Adam (a.s), yakni anak-anaknya, masih di kubur sekarang. Sudah berapa lama? Kalau seseorang itu ahli syurga, maka dia di dalam kuburnya seumpama berehat dalam taman-taman syurga. Kalau dia calun neraka pula, maka kubur itu adalah tempat menerima balasan azab yg mula-mula. Kemudian, menunggu di padang makhsyar itu adalah selama 50,000 tahun pula, bilamana setiap sehari di padang makhsyar itu, adalah selama 1,000 tahun kiraan waktu dunia! Justeru itu, kalaulah kita hidup kini 85 tahun di dunia, tak sampaipun seminit!
Saudara, kita orang Melayu belum mendapat hidayah Islam. Kenapa? Kita bernasib baik dilahrikan Islam kerana ibu bapa kita orang Islam. Kita mendapat hidayah apakala kita sendiri sedar apa yg disebutkan di atas itu. Apabila kita sedar, maka kita berusaha memahami Islam. Orang-orang Arab zaman Rasulallah (s.a.w) diangkat menjadi Nabi dan Rasul, menolak Rasulallah (s.a.w), i.e. Islam, kerana tidak mendapat hidayah. maka mereka ikut (atau bertaklid kpd) segala sesuatu yg diamalkan oleh nenek moyang mereka. Begitu juga kita yg Islam kerana 'accident of birth' bertaklid kpd apa yg diamalkan oleh ibu bapa dan nenek moyang kita. Kenapa? Kerana kita sendiri 'terima bulat-bulat amalan ibu bapa dan nenek moyang kita (i.e. 'take for granted Islam'). Maka kalau mereka benar, selamatlah kita. Kalau mereka silap, maka rosaklah kita.
Orang yg mendapat hidayah adalah orang-orang yg berusaha memahami Islam - dgn belajar atau mengaji - ilmu al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn kerana itu dia ditunjukkan jalan yg benar atau Islam yg benar itu. Dgn itu segala sesuatu yg kita amal dan kerjakan dalam hidup kita terpandu dan dipandu oleh hidayah melalui ilmu yg kita telah pasti benarnya kerana didasari oleh perintah Allah (a.w) (yakni, al-Quran) dan perintah Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah). Malah kita wajib mempelajari as-Sunnah, kerana kita diperintah oleh Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr dan Ayat 80, Surah an-Nisa', serta Rasulallah (s.a.w), sebagai 'uswatun hasanah', menjelaskan serta memperincikan al-Quran dan Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita Islam, dia menunjukkan dan mendemokan serta mencontohkan bagaimana menjadi hamba Allah (a.w) yg menepati ketetapan dan kehendak Allah (a.w) dalam menjalani kehidupan dunia dan, pada masa yg sama, menyediakan diri untuk mengahadapi kehidupan selepas matinya kita. Itulah hidayah. Hidayah itu adalah kurniaan Allah (a.w). Namun, kita perlu cari dan berusaha untuk mendapatkannya. Hanya dgn usaha kita diberikan hidayah dan ditunjukkan perjalanan hidup yg haq dan selamat di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Firman Allah (a.w): 'Wa-man jahada fainnama yujahidu linafsihi ...' (yg bermaksud: 'Dan barangsipa (atau, sesiapa) mempersungguh (dalam ugama Allah (a.w)) maka sesungguhnya apa-apa dia persungguhkan nescaya untuk dirinya sendiri.' [Ayat 6, Sural al-Ankabut]
Jelaslah, tanpa usaha kita sendiri, maka tak mungkinlah kita faham Islam dan kita diberi hidayah oleh Allah (a.w). Dan, kemudian Allah (a.w) memberitahu:
Firman Allah (a.w): 'Wal-lazina jahadu fina lanahdiyanahum subulana; wa-innalllaha lama'al mukhsinina.' (yg bermaksud: 'Dan barangsiapa (atau sesiapa) yg mempersungguh pada jalan Kami (Allah) nescaya Kami (Allah) memberi mereka hidayah pada jalan-jalan Kami (Allah (a.w)) (yakni, jalan yg benar itu).' [Ayat 69, Surah al-Ankabut]
Saudara, jelaslah bahawa kalau kita ingin menjadi orang Islam yg benar kita hendaklah keluar dari kelonsong (cocoon) Islam yg kita warisi dari nenek moyang kita dan mencari Islam yg haq dgn mengaji al-Quran dan as-Sunnah dan memahami ketetapan al-Quran dan as-Sunnah dan seterusnya mempersungguh untuk mengamalkan apa-apa yg ditetapkan dalam al-Quran dan as-Sunnah. Wajib kita mempelajari as-Sunnah kerana as-Sunnahlah yg mendetailkan bagaimana hendak mengabdikan diri kpd Allah (a.w) menepati kehendak Allah (a.w) itu. Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) memberitahu: 'Berilmulah dahulu sebelum kamu beramal (atau mengerjakan amalan).' Dan Allah (a.w) memberitahu: 'Janganlah kamu lakukan (atau amalkan atau buat sesuatu amalan atau ibadah) tanpa kamu terlebih dahulu tahu dan faham ilmu mengenainya' [Ayat 36, Surah al-Isra'].
Saudara, orang spt Hussein Yee, Dr Ridhuan Tee dan Farid Ravi adalah contoh orang yg tidak dilahirkan Islam. Mereka mencari Islam dan diberi Allah (a.w) petunjuk, maka mereka menjadi seorang Islam yg berilmu kerana mereka berusaha mencari ilmu supaya lebih faham tentang Islam [Nota: Namun begitu, masih ada kesilapan mereka, kerana mereka juga perlu memahami Islam yg sebenarnya dgn mempelajari as-Sunnah dari orang yg faham dan faqih. Jika tidak akhirnya mereka juga tergolong dari kalangan orang Islam yg majoriti yg masih tersimpang dari Islam yg haq]. Ada orang Melayu, yg kini ulama', bermula dgn mencari ilmu sampai dapat ijazah Ph D, tapi setelah dapat ilmu yg membolehkan dia mencari maisya (habuan hidup), habuan hidup itu menjadi pedoman dan matlamat hidup mereka, bukan kerana mencari ilmu supaya lebih faham Islam. Apabila dia faham Islam maka dia mendapat hidayah, dan terjamin menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa']. Maka keutamaan mereka mencari dunia, maka mereka diberikan dunia, tetapi kekal jahil tentang Islam yg haq. Tidak hairanlah ada orang Islam yg mensyaratkan bahawa orang yg berilmu tentang Islam itu wajib mendapat tauliah dahulu sebelum berdakwah. Walhal, Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) sudahpun mentauliahkan sesiapa saja yg ada ilmu - walaupun sekadar sepotong ayat al-Quran atau sepotong hadith - menyampaikannya kpd orang lain! Apakah mereka berhak menghadkan ketetapan Allah (a.w) dan RasulNya? Wal iya zubillah.
Saudara, untuk benar-benar mendapat petunjuk itu, kita wajib melalui 'lifelong learning', supaya sedikit demi sedikit, kita memperbaiki dan memperbetulkan amalan kita. Maka dgn itulah Islam meberitahu bahawa ilmu dipelajari dari ketika masih dalam buaiyan (i.e. ketika kanak-kanak) sampai ke liang lahad (i.e. sampai ajal kita). Dan, kita diwajibkan belajar ilmu.

Jazakallahu khairah






No comments:

Post a Comment