Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan melihat dalil hadith tentang ketetapan Allah (a.w) bahawa sesiapa yg akhir kalamnya, yakni ketika hendak menghembuskan nafas yg terakhir, dia menyebut kalimah tauhid 'la-ilaha ilallah' itu masuk syurga. Disebutkan dalam post sebelum ini kalau orang yg mati itu adalah seorang penzina dan pencuri sekalipun, asalkan sebelum mati dia bertaibat dan menyesal akan perbuatannya, kemudian ketika sekarat atau naza' dia sempat atau berjaya menyebut kalimah 'la-ilaha ilallah' tersebut, dapat masuk syurga. Dalam hadith berikut diperjelaskan pula satu situasi yg lain pula. iaiatu situasi bilamana seorang yg akui dirinya Islam, dan dia membuat keabaikan hanya sebesar biji gandum yg besar, atau yg halus atau sebesar semut hitam sekalipun, jika ketika nak menghembuskan nafas akhirnya, dia berjaya menyebut kalimah tauhid 'la-ilaha ilallah' tersebut, masuk syurga, tetapi setelah dia dibasuh dalam neraka dari segala dosa-dosanya yg dilakukannya sepanjang hidupnya. Dengan lain perkataan: jikalah seseorang itu beriman bahawa wujud Allah (a.w), tuhannya yg esa, dan dia yakin kemudian dia tidak pula mengerjakan sebarang amalan dan ibadah, melakukan kesemua dosa, tapi ketika nak mati, akhir kalamnya dia menyebut 'la-ilaha ilallah', dan dia membuat suatu kebaikan sebesar 'sya'irah' (= biji gandum yg saiznya besar, atau lebih kecil 'burrah' (= biji gandum yg halus), atau lebih kecil lagi iaitu saiz 'zarrah' (= semut kecil), dia akan masuk syurga juga akhirnya setelah dibersihkan di dalam neraka.
Menceritakan hadith oleh Mu'az, iaitu ibnu Hisham, berkata diceritakan hadith oleh abi Qatadah yg mendapat hadith dari Anas b malik (r.a) bahawasanya Nabi bersabda: 'Keluiar dari neraka orang-orang yg berkata (atau menyebut akhir kalamnya) 'la-ilaha ilallah' dan ada dalam hatinya (qalbunya) dari kebaikan seberat 'sya'irah'; kemudian dikeularkan dari neraka orang-orang yg akhir kalamnya menyebut 'la-ilaha ilallah' orang-orang yg ada kebaikan seberat 'burrah'; kemudian keluar dari neraka orang-orang yg akhirkalamnya 'la-ilaha ilallah' dan ada dalam hatinya (qalbunya) kebaikan seberat 'zarrah'.' Hadith Muslim, Kitab Iman]
[Nota: Yg disebut 'sya'irah' itu adalah merujuk kpd biji gandum yg tidak hancur ketika dikisar gandum untuk membuat tepung, manakala 'burrah' itu adalah bijij-biji gandum yg telah dikisar halus, dan 'zarrah' adalah semut yg didapati dalam gula atau bekas gula yg apakala kita picit ada suatu bau yg khusus itu. Saudara boleh lihat dalam bekas gula yg renggang penutupnya akan ada sejenis semut yg makan manisan gula yg halus. Itulah yg dipanggil 'zarrah']
saudara, dalam hadith lain disebutkan, mereka itulah ahli syurga yg terkemudian setelah dibersihkan dari segala dosa-dosanya dalam neraka. Setiap dosa yg tidak ditaubatkan atau diampunkan oleh Allah (a.w) akan dibersihkan dalam neraka (Nota: Walhal Allah (a.w) adalah Zat yg Maha Pengampun dan Maha Penerima Taubat, bersedia mengampunkan segala dosa kecuali dosa syirik. Manakala dosa kerana mengamalkan bid'ah pula hanya akan diampunkan apabila yg mengamalkan bid'ah itu meninggalkan amalan bid'ahnya. Selagi tidak ditinggalkan, maka selagi itulah taubat orang tersebut tidak diterima dan diperkenankan oleh Allah (a.w). Ingatlah membuat bid'ah dan mengamalkan bid'ah itu besar dosanya, kerana kita menolak perintah Allah (a.w) pada Ayat 7, Surah al-Haysr, kerana kita menolak as-Sunnah atau ketetapan Rasulallah (s.a.w) yg memberikita tahu bahawa semua pembaharuan dalam perkara ugama adalah bid'ah dan semua bid'ah adalah kesesatan. Juga. Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita semua amalan dan ibadah - termasuk bentuk-bentuk amalan dan ibadah, serta kaedah dan cara beramal dan beribadah - yg tidak dicontohkan atau dibuat oleh Rasulallah (s.a.w) tidak diterima Allah (a.w). Hadith: 'Man amala 'amilan laisa min amruna, fahua raddun' (yg bermaksud: Barangsiapa atau sesiapa yg beramal dgn suatu amalan yg tidak termasuk dalam apa yg aku (Nabi) bawakan, maka dia (amalannya) ditolak. [Hadith Bukhari & Muslim] dan juga hadith-hadith yg seumapamanya dalam at-Tirmidzi, an-Nasa'i, Abu Daud, dan ibnu Majah.] justeru itu, antara orang yg tergolong dalam senarai yg ada mengerjakan kebaikan sebesar 'sya'irah' atau 'burrah' atau 'zarrah' itu adalah mereka yg semua amalannya ditolak, tidak diterima Allah (a.w) maka amat sedikitlah kebaikan yg dikerjakannya dalam hidup yg menepati as-Sunnah itu.
Jazakallahu khairah
Askm, Pangkal pokoknya, kita sebagai seorang manusia adalah HAMBA Allah. Sebagai seorang hamba, mesti ta'at kpd tuannya. Olih demikian sesaorang yg mengaku yg dia ialah seorang Islam, maka mereka wajib ta'at kpd Allah & Rasulnya, period. Ikut yg diperentah, jauhi yg dilarang. Semuanya telah jelas tapi olih sebab nafsu & hasutan syaitan, hati mereka keras, mata mereka buta dan telinga mereka pekak, maka mereka akan menggunakan akal mereka untuk mempersoalkan sebab2nya dan memberi berbagai2 alasan saperti orang2 sebelumnya ( yakni Yahudi & Nasrani ) yg Allah telah laknati. Tapi yg peliknya kalau kita kata mereka itu sudah kafir, mereka marah pula. Hanya dgn ilmu Quran Hadith saja yg akan dapat menyelamatkan mereka dari azab neraka. Semuga Allah memberi hidayah kpd mereka.
ReplyDelete