Friday, March 18, 2011

Orang Bisnes atau Peniaga atau Pedagang Yg Mulia

Assalamualaikum,
Saudara, kita sering diberitahu, malah mendapat tahu bahawa selain bertani atau bercucuk tanam, kegiatan ekonomi yg mendatangkan banyak ganjaran pahala, selain rezki yg berkat, adalah berniaga atau berdagang atau melibatkan diri dalam jual belia atau bak kata istilah zaman ini adalah bisnes. Ramai orang yg mudah dan cepat kaya kalau mereka berniaga. Orang yg makan gaji takkan mudah jadi kaya. malah tak mungkin boleh kaya. Kecualilah dia itu menyeleweng dan sebagainya. Tapi, kalau berniaga pasti mudah kaya jika tak boros dan pandai menabung.
Saudara, dalam hadith berikut kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) kelebihan orang bisnes jika dia merupakan seorang yg benar dalam rusan bisnesnya dan dia orang yg sangat dipercayai sebagai peniaga atau pedagang atau penjual atau apa saja urusan bisnes yg diceburinya.
Diriwayatkan hadith dari Abi Hamzah hadith dari hasan hadith dari Abi Said hadith dari Nabi (s.a.w) bersabda: 'Seorang pedagang (atau peniaga atau penjual atau orang bisnes) yg jujur (yakni, tidak menipu) dan orang yg dipercayai (yakni, mengikuti setiap amanah al-Quran dan as-Sunnah dalam berdagang atau brniaga) akan bersama-sama dgn para nabi dan para siddiqin orang yg benar dan jujur) dan orang-orang yg mati syahid (di akhirat kelak).' [Hadith at-Termidzi, Kitab Dagangan]
Saudara, begitulah ganjaran syurga di akhirat kelak bagi seorang peniaga atau orang bisnes atau pedagang jika dia adalah orang yg jujur dan dia adalah orang yg dipercayai oleh orang lain, terutama pelanggan (i.e. clients). Syurga tahap yg paling tinggi dicapai oleh para nabi dan rasul. Syurga sedemikian juga dai capai oleh orang-orang yg jujur ('siddiqin', contoh Abu Bakar (r.a) digelar orang 'as-Siddiq' kerana kejujurannya. Masakan tidak jujur. Beliaulah orang yg pertama, selain Siti Khadijah (r.a), isteri Nabi (s.a.w), yg mula-mula masuk Islam dan berjuang di sebelah Rasulallah (s.a.w). Dia memeluk Islam sebaik diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa dia diangkat menjadi Rasul dan diberikan al-Quran).
Saudara, hari ini berapa ramaikah orang Islam yg jujur dalam bisnesnya atau sebagai pedagang atau sebagai peruncit atau pemborong atau kontraktor atau pembekala dan seumpamnya? malah majoriti peniaga tidak jujur dan tidak amanah. Begitu mudah mendapat tahap syurga yg tinggi, begitu mudah juga bagi mereka itu terjerumus ke dalam neraka, wal iya zubillah.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment