Assalamualaikum,
Saudara, perpecahan umat Islam hari ini berlaku di merata-rata negara, termasuk di Malaysia sendiri. Mereka berpecah kerana politik, sehinggakan mereka bermusuh-musuhan walaupun sebangsa. Yg anihnya, orang China dan India berpolitik tetapi tidak berpecah dalam ugama mereka dan dalam perkara kebangsaan mereka. Orang Indiapun serupa berpecah dalam politik, tapi dalam perkara kebangsaan dan ugama mereka kekal bersepadu. Tapi, orang Melayu berpecah kerana fahaman politik dan kerana ugama. Di Malaysia politik itu seolah-olah segala-galanya - lebih dari ketetapan ugamanya, Islam. Mereka sanggup lakukan apa sahaja kerana politik, sehinggakan membabitkan akidah dan ugama. Orang Melayu berpecah dalam ugama. Setiap hari kita akan dapati pertembungan antara berbagai fahaman dalam Islam.
Golongan arus perdana, yg berpegang kuat kpd fahaman kemazhaban (mazhab as-Syafie) tidak berganjak menonjolkan golongan merekalah yg benar, dan golongan atau fahaman lain itu adalah 'pseudo-Islam', tidak diterima dan dilabelkan, tanpa usul periksa, sebagai tersesat atau menyeleweng. Mereka yg berlainan pandangan dan pendapat itu, walaupun didasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah, tetap dilabel menyimpang, sesat dan tidak Islam! Maka dgn itu, segala kegiatan puak-puak yg mereka 'brand' sebagai pengikut mazhab selain Asy-Syafie sentiasa dipantau, diserbu dan tertakluk kpd harassment yg berbagai bentuk.
Di Malaysia, fahaman Mazhab asy-Syafie itu adalah segala-galanya. [Nota: Sila ambil perhatian fahaman 'Mazhab Asy-Syafie' yg disebut dalam blog ini merujuk kpd fahaman yg diikuti di Malaysia. Imam asy-Syafie bukan mengajar fahaman kemazahaban. Juga beliau tidak akan mengajarkan sesuatu yg bertentangan dgn ketetapan as-Sunnah, kerana sebagai seorang ulama' hadith (muhadithin) Imam asy-Syafie dia tahu dan faham as-Sunnah dan kedudukan as-Sunnah dalam syariat Islam]. Fahaman lain semuanya tidak dibenarkan. Malahan kadang kala menjadikan ramai orang Islam yg tahu tentang Islam dan ilmunya beranggapan seolah-olah ketetapan kemazhaban itu mengatasi atau mendahului ketetapan Allah (a.w), yakni al-Quran, dan ketetapan Rasulallah (s.a.w), yakni as-Sunnah.
Golongan arus perdana berbangga dan penuh yakin bahawa mereka adalah golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' kerana mereka berpandukan al-Quran dan as-Sunnah. Mereka penuh yakin bahawa merekalah yg akan mewariskan syurga Allah (a.w). Ada segolongan mereka yg tergolong dalam golongan 'ahlus sunnah wal-jama'ah' melihat diri mereka 'ahlus sunnah wal-jama'ah asy-Sya'ariah', satu brand yg khusus, pengikut kpd fahaman Imam asy-Sya'ari, seorang imam fahaman Mazhab asy-Syafie, yg popular dikalangan para ulama' dan ilmuwan di Malaysia. Ada yg akui golongan mereka sebagai 'Firqah Najihin'. Golongan inilah yg sering menolak fahaman golongan Islam yg mereka label sebagai Wahhabi dan Salafi, atau Islam Moden atau golongan muda yg lebih mengutamakan as-Sunnah dalam bercakap tentang Islam. Sekarang ini, golongan ini jugalah yg menggembar gemburkan pandangan atau pendapat bahawa ada golongan atau fahaman baru, iaitu 'pluralisme dalam Islam', satu label baru, yg kita sendiripun tak faham apakah ciri-ciri 'Islam Pluralism' itu!.
Saudara, Islam itu hanya satu. Islam itu adalah apa-apa yg ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Seseorang itu tidak Islam jika seseorang itu hanya berpandukan semata-mata al-Quran dalam Islam. Begitu jugalah seseorang itu tidak Islam jika dia hanya berpandukan as-Sunnah semata-mata. Dan, seseorang itu tidak Islam kalau dia berpandukan atau berpedomankan dalam Islam dgn berpandukan buku-buku dan kitab-kitab karangan manusia. Mengapa? Insya Allah kita akan jelaskan perkara ini kelak.
saudara, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita dalam sepotong hadith bahawa umat Islam akan berpecah menjadi 73 firqah atau golongan, sebagaimana berpecahnya kaum Yahudi dan kaum Nesrani sebelum datangnya Islam.
Diriwayatkan hadith dari abi Salamah hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Iftaraqail-Yahudu 'ala ihda au thintaini wa-sab'ina firqatan wa-tafarraqatin-nasora 'ala ihda au thintaini wa-sab'ina firqatan, wa-taftariqu ummati 'ala thalathin wa-sab'ina firqatan' (yg bermaksud: Berpecah belah kaum Yahudi atas tujuhpuluh satu atau tujuhpuluh dua firqah atau golongan, dan berpecah belah kaum Nesrani atas tujuhpuluh satu atau tujuhpuluh dua firqah atau golongan, dan akan berpecah umatku (i.e. umat Islam) atas tujuhpuluh tiga firqah atau golongan.') [Hadith Abu Daud]
Rasulallah (s.a.w) menyebut dalam hadith di atas itu bahawa orang Islam akan mengikuti jejak langkah kaum Yahudi dan kaum Nesrani iaitu mereka akan berpecah-belah dalam ugama mereka. Maka Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa umat Islam akan berpecah kpd 73 firqah atau golongan. Ini adalah kejadian yg pasti berlaku, walaupun Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu 1400 tahun yg lampau! Hari ini memang umat Islam sudah berpecah. Di Malaysia sendiri umat Islam sudah berpecah dalam perkara dunianya dan lebih-lebih lagi dalam perkara ugama mereka.
Saudara, di Malaysia ada 4 fahaman kemazhaban yg dikuti oleh rakyat Malaysia. Umat Islam arus perdana mengikuti fahaman Mazhab asy-Syafie, sehinggakan mereka menjadikan undang-undang bahawa hanya fahaman Mazhab asy-Syafie yg diterima dan dibolehkan di kalangan orang Melayu. Golongan ini labelkan bahawa orang Melayu yg tidak mengikuti Mazhab asy-Sayfie sebagai Islam yg songsang dan tidak sah dan tidak diterima. Malah dianggap songsang, menyimpang, menyeleweng dan sebagainya!
Saudara, apakah fahaman Mazhab asy-Syafie itu sahaja yg Islamnya sah dan benar? Kalau fahaman selain fahaman Mazhab tidak sah dan tidak diterima, maka begitu ramainya umat Islam di dunia ini - lebih dari umat islam di Malaysia - yg tidak diterima Islamnya. Katanya, ada 60.0 juta umat Islam di mainland China. Malah Indonesialah negara yg terbanyak umat Islamnya, iaitu 80% daripada penduduk di Indonesia akui diri mereka Islam - 160.0 juta orang. Di Pakistan, 90% warganya adalah penganut Islam. Kalau mereka tidak anuti Islam dgn berpandukan fahaman kemazhaban, adakah mereka tidak Islam?
Saudara, Islam itu tidak didasarkan kpd mazhab. Islam itu di dasarkan kpd ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itulah diebutkan dalam al-Quran bahawa sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (i.e. ikuti ketetapan al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (i.e. ikuti ketetapan as-Sunnah), pasti mendapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Dan, Rasulallah (s.a.w) memberi kita tahu jika kita berpandukan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup dan panduan amalan dan ibadah, sudah pasti kita tidak sesat mencari dan mendapatkan 'siratul mustaqim', yakni kejayaan mendapat syurga. Dan, kalau kita berpandukan panduan selain al-Quran dan as-Sunnah, maka pasti kita akan sesat dan disesatkan oleh apa-apa yg kita berpandu atasnya!
Saudara, mereka yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah, mereka tidak akan berpecah dalam Islam dan tidak akan tergolong dalam 73 golongan yg disebutkan itu. Yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah adalah orang Islam yg sebenar-benarnya. Islam tidak didasarkan kpd panduan atau fahaman atau ajaran mana-mana golongan. Mana-mana golongan Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah pasti benar Islamnya, selagi ajaran golongan tersebut tidak menyalahi atau berbeza dari atau berlainan dari atau bercanggah dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Justeru itu, fahaman kemazhaban, termasuk fahaman Mazhab asy-Syafie, itu benar jika segala sesuatu yg diajarkan oleh pemimpin dan para ulama' dan ilmuwan kemazhaban tersebut sama dgn dan menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Ini jelas. Justeru itu, sebelum kita malabelkan sesuatu fahaman itu sesat dan menyimpang dari Islam yg haq, hendaklah kita terlebih dahulu faham apakah ajaran kemazhaban tersebut selari dgn dan menepati ketetapan al-Quran atau as-Sunnah? Jika tidak sama atau berbeza, maka ajaran mazhab itu salah dan tidak menjamin syurga bagi kita yg mengikutnya! As simple as that.
Saudara, dalam blog ini sudah banyak perkara yg kita teliti berdasarkan al-Quran dan as-Sunnah. Sudah pasti kita bertemu dgn beberapa perkara atau ajaran atau amalan yg sama sekali tidak sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Jika tidak selari, maka ajaran sedemikian atau perkumpulan atau mazhab sedemikian adalah terkeluar dari lunas-lunas Islam. Itulah ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' tersebut.
Insya Alah, kita akan teruskan kemudian nanti melihat ketetapan dalam perkara ugama dan fahaman ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment