Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu dua ayat al-Quran, iaitu Ayat 59, Surah al-Ahzab dan Ayat 31, Surah an-Nur. Dalam perkara aurat wanita ini, keinginan Omar b Khattab (r.a), yg menyebabkan turunnya Ayat 31, Surah an-Nur tersebut, memberi ketetapan mengenai aurat dan pakaian wanita orang iman. 
Mengikut hadith, ketetapan mengenai ‘aurat’ wanita itu bermula dengan peristiwa yang disebutkan di dalam hadith bahawa Omar (r.a) inginkan supaya wanita Islam itu berpakaian yang kemas, sesuai dengan kedudukan wanita Islam, dan tidaklah menonjolkan sifat-sifat fisikal kewanitaannya. Dalam zaman jahiliah wanita itu lebih disukai mendedahkan bahagian-bahagian tubuhnya demi keseronokan kaum lelaki. Wanita dalam zaman jahiliah adalah alat hiburan dan tempat kaum lekaki melepaskan nafsu syahawat mereka. Maka Omar (r.a) sentiasa mengharapkan agar Allah (a.w) turunkan perintah dan ketetapan mengenai ‘aurat’ ini. Ini disebutkan di dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.a) berkata: ‘Apabila para isteri Nabi (s.a.w) hendak buang air adapun (mereka) keluar waktu malam, mereka pergi ke tanah lapang, maka adapun Omar (Ibnu Khattab) (r.a) berkata kepada Nabi (s.a.w): ‘Memakai hijablah isteri-isteri kamu.’ Maka tidak ada Rasulallah (s.a.w) berbuat sedemikian. Pada suatu malam maka keluarlah Saudah bte Zam’ah (r.ah), isteri Nabi (s.a.w), dari malam waktu Isya’, dan adapun dia itu seorang perempuan yang tinggi lampai, maka (mudah dicam oleh Omar (r.a)) menegur akandia oleh Omar (r.a): ‘Adakah tidak sungguh-sungguh mengenal aku akan engkau wahai Saudah!’, dia (Omar (r.a) menegur atas perlakuan Saudah (r.ah)) suatu malam) bahawasanya (Omar (r.a) mengharapkan supaya) diturunkan (ayat perintah) mengenai hijab atau jilbab (yakni, ayat tentang pakaian jilbab bagi menutupi aurat wanita). Maka diturunkan Allah (a.w) ayat hijab atau jilbab. (yakni, ayat tentang pakaian jilbab bagi menutupi aurat wanita)’. [Hadith Bukhari] 
Apabila kita meneliti Ilmu al-Hadith, kita akan dapati keistimewaan Omar (r.a) pada zaman Rasulallah (s.a.w). Kita diberitahu bahawa pada awal Islam, Rasulallah (s.a.w) berharap dengan berdoa kepada Allah (a.w) agar dua personaliti utama masyarakat Quraisy masa itu masuk Islam, iaitu bapa saudaranya Abdul Muttalib, bapa saudaranya yg memeliaranya sejak kecil dgn penuh kasih sayang, dan Omar bin Khattab (r.a), seorang yg gagah yg ditakuti oleh kaum Quraisy. Ketika itu kedua-duanya belum atau tidak Islam. Jika Abdul Mtatalib masuk Islam, beliau sebagai pemimpin kaum Quraisy, akan dapat menarik lebih ramai Arab Quraisy memeluk Islam, kerana beliau seorang yg disegani, dan berpengaruh. Dengan itu nanti dapatlah pengaruh Abu Jahal an Abu Lahab dilemahkan. 
[Nota: Bagi tujuan post ini dan semua post yg akan muncul, penulis menggunakan konsep atau istilah Ilmu dgn merujuk kepada al-Quran dan as-Sunnah, kerana itulah ilmu yg haq dan panduan ugama yg haq (sila rujuk post-post yg lalu, yg membicarakan isu atau tajuk 'ilmu'). Ad-Sunnah = al-Hadith merujuk kpd segala sabda, perbuatan, prlakuan, ketetapan, suruhan Rasulallah (s.a.w) kpd para sahabat dan umat Islam zamannya, dan juga sunnah khalifah yg empat selepas beliau wafat, yg menggantikan beliau sebagai Imam atau Amir atau Kahlifah jema'ah umat Islam. Kesemua hadith itu terdapat dalam kitab-kitab hadith yg muktabar dan sahih yg disebut ‘Kuttubul Sittah’ (Kitab yang Enam), iaitu Sahih Bukhari, Sahih Muslim, Sunan at-Termidzi, Sunan an-Nasa’i, Sunan Abu Daud, dan Sunan Ibnu Majah.  Selain itu, terdapat juga kitab-kitab hadith yg lain spt kita Imam malik, Imam al-Baihaqi, Imam at-Tobrani dan lain-lainnya. Ada sejumlah 51 ulama' muhadithin, mengikut penyelidikan pelajar ilmu as-Sunnah, wujud di dunia dewasa ini.] 
Saudara, dalam Islam kedudukan Omar (r.a) adalah tinggi, sehinggakan Rasulallah (s.a.w) menyuruh orang Islam selepas kewafatan beliau hendaklah ikuti sunnah Abu Bakar as-Siddiq dan sunnah Omar ibni Khattab, radiallahu 'anhum (dan sunnah Othman ibni Affan dan Ali b Abi Thalib, radiallahu anhum. Rasulallah (s.a.w) memberitahu melalui sepotong hadith, bahawa Allah (a.w) meletakkan kebenaran pada kata-kata atau ucapannya. malah, Rasulallah (s.a.w) memberitahu jikalah Allah (a.w) hendak melantik seorang nabi selepas beliau, pastilah orang itu Omar b Khattab (r.a)] 

Jazakallahu khairah


No comments:

Post a Comment