Assalamualaikum,
Saudara, kita sambung lahi penelitian kita mengenai tajuk ini dalam post ini. Di dalam hadith lain disebutkan jika kita tidak mengasihi saudara kita lebih daripada kita mengasihi diri kita sendiri, maka belum sempurna iman kita sebagai orang Islam!
Menceritakan hadith oleh Abdul Hamid bin Jaffar, hadith daripada bapanya, hadith daripada Hakim bin Aflah, hadith daripada Abi Mas’ud (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) bersabda: ‘Bagi seseorang muslim atas seorang muslim ada (haqnya dalam) empat perkara: ‘(Pertama) mendoakan orang bersin, (kedua) mengkabulkan (yakni, menerima) ketika diundang, (ketiga) menyaksikan (yakni, menemani) mayat ke kubur, dan (keempat) menjengok (yakni, melawat) ketika sakit.’ [Hadith Ibnu Majah]
Hadith yg sama juga diriwayatkan oleh perawi yg lain, iaitu abi Salamah, iaitu hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Abi Salamah, hadith daripada Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Lima daripada hak seseorang muslim atas (sesorang) muslim yang lain: (Pertama) menjawab salam, (kedua) menyambut (yakni, menerima) undangan, (ketiga) mengiringi mayat (ke kubur), (keempat) menjengok (yakni, melawat) orang sakit, (kelima) mendoakan orang bersin ketika berkata (yakni, menyebut) dia (semasa bersin). [Hadith Ibnu Majah]
Pertama, memberi ‘salam’ kepada saudara sesama Islam ketika bertemu (Islam mewajibkan seseorang yang Islam itu memberi salam ketika atau apakala bersua, sama ada kita kenal dia atupun tidak kenal, asalkan dia seorang iman);
Kedua, apabila diundang ke rumahnya untuk sesuatu majlis (yang disyariatkan atau yang dibenarkan di dalam Islam) dikabulkan, yakni diterima dan ditunaikan undangannya, kecuali kalau kita tidak dapat menghadiri kerana tugas-tugas yg mendesak, hendaklah kita minta izin tidak hadir;
Ketiga, apabila seorang Islam bersin dan dia menyebut kalimah 'Alhamdulillah', di jawab dengan ‘Yarhamkumullahi ba lakum’;
Keempat, apabila sakit seseorang saudara Islam, hendaklah dikunjungi atau dijengok atau diziarahi oleh saudara yang Islam lain, yakni kita;
Kelima, apabila mati seorang saudara Islam hendaklah diuruskan jenazahnya, termasuk mandikan dan dikafankan, kemudian disolatkan, diiringi jenazahnya ke kubur untuk dikebumikan; dan
Kelima, hendaklah kita menyayangi apa-apa yang disayangi oleh saudara seIslam sebagaimana kita sendiri sayangi perkara tersebut.
Di dalam dua daripada tiga disebutkan empat atau lima hak sahaja antara sesama Muslim itu. Namun begitu, yang wajar diperhatikan adalah enam perkara yang disebutkan dalam hadith pertama itu.
Dapat dirumuskan bahawa hak antara Muslim itu adalah enam perkara seperti yang disebutkan dalam hadith yang pertama itu. Ketetapan hadith ini ada selaras dengan firman Allah (a.w) seseorang yang Islam itu sesama Islam adalah bersaudara. Soalnya: adakah ketetapan itu wajib. Para ulama’ berpendapat bahawa tidak wajib, hanyalah disunatkan sahaja mematuhi ketetapan tersebut. Dalam masyarakat Islam yang sempurna kesemua itu menjadi amalan kebiasaan. Maka dengan itu tidak timbul isu wajib atau sunat. Kerana, jika itu yang disuruh oleh Rasulallah (s.a.w) itulah yang dibuat para sahabat. Dan, begitu ketetapan Allah (a.w) bahawa kita sesame Islam adalah bersaudara. Dan, apa-apa yang dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) kepada kita hendaklah kita ambil, yakni jadikan amalan.
[Nota: Dibalas hanya jika dia menyebut kalimah ‘Alhamdulillah’ apakala bersin. Ketetapan ini yang paling sering diabaikan oleh umat Islam dan yang paling sukar diamalkan kerana seringkali kita mementingkan diri sendiri. Tetapi di dalam Islam adalah disyaratkan bahawa jika kita memberi sesuatu kepada saudara sesama Islam hendaklah kita berikan yang terbaik, atau yang paling kita hargai atau sukai kepada saudara seIslam, bukan yang kita tidak mahu diberikan!]
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment