Assalamualaikum,
Saudara, kita diberitahu oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa seseorang yg sedang sekarat, yakni naza', jika menyebut kalimah tauhid 'La-ilaha ilallah', dan kemudian menghembuskan nafasnya yg terakhir masuk syurga. Makan dgn itu ketika berada di sisi orang yg sakit yg sedang naza', janganlah kita lakukan lain-lain perkara kecuali mengajarkannya kalimah 'la-ilaha ilallah' supaya dapat diucapkannya, dan kemudian janganlah kita bising atau sesuatu yg menyebabkan terlupa, maka orang tersebut menyebutnya atau disebutnya pula lain-lain kata-kata (yg membatalkannya pula). Sesiapa yg Islam yg menyebut kalimah tauhid ini sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, i.e. mati dia, masuk dia ke dalam syurga. Itulah janji Allah (a.w).
Saudara, ketetapan ini nampak mudah. Namun, bolehkah kita, umpamanya, menjamin diri kita yg kita mampu menyebutnya ketika kita sudah naza' atau sekarat? Belum pasti. Kita mungkin diajarkan oleh saudara Islam yg lain untuk menyebutnya, tapi syaitan juga, pada masa yg sama, akan berusaha supaya kita dilamun oleh fikiran dan ingatan yg lain, yg menyeronokkan, sehingga kita dilalaikan dari menyebut kalimah tauhid tersebut. Wajib diingati bahawa syurga Allah (a.w) tidak semudah itu mendapatkannya. Kalau sepanjang hidup kita kita tidakpun mengerjakan apa yg disuruh dan meninggalkan apa yg ditegah, kemudian kita berharap akhir kalam kita adalah 'la-ilaha ilallah' itu! Tak mungkin. Maka dgn itulah saudara yg berada di sisi kita ketika naza' itu disuruh membantu kita melafazkannya, kerana itulah peluang terakhir untuk mendapat syurga secara pasti [Nota: Janji Allah (a.w) dalam perkara ini adalah suatu yg pasti]!
Diceritakan hadith dari aba Aswad ad-Diliya hadith drpd aba Zarr bahawasanya aba Zarr (r.a) berkata: 'Datang aku kpd Nabi (s.a.w) dan atasnya berpakaian serba putih dan dia sedang tidur. Kemudian datang aku kpdnya dan sungguh-sungguh dia sudah terjaga, maka bersabda padaku: 'Apa-apa seorang hamba yg berkata (yakni, menyebut) 'la-ilaha ilallah', kemudian mati dia dalam demikian keadaan (yakni, tidak menyebut lain-lain kalimah), kecuali masuk syurga dia.' Berkata aku (kata aba Zarr): 'Dan jikapun dia berzina dan mencuri?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dan jikapun dia berzina dan mencuri.' Berkata aku (kata aba Zarr, sekali lagi): 'dan jikapun dia berzina dan mencuri?' Bersabda Nabi (s.a.w): 'Dan jikapun dia berzina dan mencuri, atas rompongnya hidung aba Zarr.' Dan adapun aba Zarr ketika menceritakan akan hadith ini berkata: 'Dan jikapun rompong hidung abi Zarr.' Berkata abu Abdillah (menjelaskan): 'Ini (hadith) ketika hendak mati atau ketika hampir-hampir mati, ketika bertaubat dia dan menyesal dia (akan perbuatannya), dan menyebut dia 'la-ilaha ilallah', maka diampunkan oleh Allah (a.w) dosanya (i.e. dosa orang tersebut).' [Hadith Bukhari dalam Kitab Pakaian]
Saudara, hadith di atas itu memperjelaskan hadith-hadith yg kita lihat sebelum ini bahawa sesiapa yg sedang naza' atau sekarat, kemudian dia boleh menyebut, sebagai ucapan terakhirnya sebelum menghembuskan nafas yg terakhir, kalimah tauhid itu akan masuk syurga. Kalaupun dia penzina atau pencuri sekalipun, dia dapat masuk syurga dgn syarat dia telahpun bertaubat dan menyesal akan perbuatannya sebelum dia mati, maka Allah (a.w) mengampunkan dosanya. Maka dia mendapat syurga.
Saudara, insya Allah akan kita perjelaskan dalam post yg akan datang latarbelakang kpd hadith di ats supaya kita lebih faham maksud hadith di atas itu. Antara yg wajar kita faham adalah, pertama, semua dosa yg tidak dikikis melalui taubat, tetap mengakibatkan dia masuk nerka. Kedua, meninggalkan satu waktu solat fardu jatuh kafir, bererti orang sedemikian pasti masuk neraka. Demikian juga segala sesuatu yg difardukan dan tidak kita kerjakan, pasti masuk syurga. Orang Islam yg melakukan sesuatu yg syirik - sama ada secara jelas atau secara samar (yakni, kelihatan begitu jelas, yakni syirik yg tidak disedari) terkeluar dari Islam. Maka wajib masuk neraka. Dalam blog ini kita telah berikan situasi atau keadaan bilamana jika dilakukan pasti masuk neraka. Namun, Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran bahawa Allah (a.w) bersedia menerima taubat seseorang yg bertaubat itu kecuali taubat kerana mensyirikkan akan Dia. Jelasnya, syirik terhadap Allah (a.w) tidak diampunkan! Demikian jugalah taubat orang yg mengerjakan atau mengamalkan bid'ah tidak akan diterima Allah (a.w) dan segala amalannya tidak diterima Allah (a.w), kecuali setelah dia meninggalkan amalan atau perbuatan bid'ahnya! Oleh itu berwaspadalah.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment