Assalamualaikum,
Saudara, dalam pos yg lalu kita telah jelaskan beberapa perkara pokok. Antaranya, adalah pertama, peringatan pada Ayat 56, Surah az-Zariat, iaitu jinn dan manusia dijadikan (i.e. diberi kesempatan hidup di dunia ini) semata-mata untuk mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w), tuhan mereka. Kedua, pengabdian itu adalah melalui ugama yg diridhai (atau, diterima) oleh Allah (a.w), iaitu ugama Islam, (Ayat 19, Surah ali-Imran). Kalau tidak Islam tidak ada keuntungan akhirat yg didapati dalam mengabdikan diri - apa jua bentuk, kaedah dan cara - tidak diterima Allah (a.w). Ketiga, pengabdian itu merujuk kpd mentaati Allah (a.w) dan mentaati Rasulallah (s.a.w) (Ayat 13, Surah an-Nisa'), dgn mengerjakan amalan dan ibadah dan meninggalkan larangan. Keempat, sekiranya manusia itu tidak Islam atau dia Islam tetapi melanggar ketetapan pada Ayat 14, Surah an-Nisa', mereka pasti masuk neraka. Saudara, kalau saudara seorang yg perihatin (observant), melalui postpost yg terdahulu, kita telahpun tahu beberapa perkara. Selain, empat di atas itu, ada perkara-perkara lain yg, sama utamanya, wajib kita ambil ingatan, antaranya: perkara Kelima, sesiapa yg taatkan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w), pasti mendapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa'). Keenam, umat Islam itu diwajibkan ambil panduan as-Sunnah dan mencontohi segala perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w) dalam perkara amalan dan ibadah (Ayat 7, Surah al-Haysr). Ketujuh, sesiapa yg mentaati Rasulallah (s.a.w) sudah pasti dia diiktirafkan oleh Allah (a.w) sebagai telah mentaati Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Kedelapan, hamba Allah (a.w) yg terulung itu adalah orang yg menyayangi Allah (a.w), dan untuk berjaya diiktiraf Allah (a.w) sebagai orang yg menyayangi Allah (a.w), hendaklah dia ikuti perlakuan dan perbuatan Rasulallah (s.a.w), yakni kuti as-Sunnah. Maka orang yg sedemikian itu akan diampuni dosa-dosanya dan diakui sebagai orang yg kasihkan Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Kesembilan, janganlah kita mati kecualilah mati sebagai seorang Islam, kerana jika mati kafir atau musyrik, maka sudah pastilah tidak mendapat syurga. Justeru itu, demi keselamatan di akhirat, wajib mati dalam ugama Islam. Kerana semua atau apa saja amalan kebaikan orang kafir itu tidak mendapat sebarang ganjaran pahala di sisi Allah (a.w), tak lebih seumpama debu atau habuk sahaja (Ayat 18, Surah Ibrahim). Kesepuluh, janganlah kita yg Islam itu jadi orang munafiq kerana orang munafiq sama sekali tidak mendapat syurga, malah ditempatkan dijurang neraka yg paling dalam sekali, yakni di lubuk neraka (Ayat 145, Surah an-Nisa'). Kesebelas, apabila kita Islam kita diwajibkan pula anuti Islam dan amalkan Islam dan syariatnya secara berjema'ah dan jangan kita tubuhkan perkumpulan atau berpecah-pecah dgn pelbagai fahaman ataupun aliran (Ayat 103, Surah ali-Imran). Keduabelas, setelah berada dalam jema'ah Islam, kita mengamalkan Islam dan syariatnya secara berjemaah itu, kita diwajibkan mentaati 'ulil amri' (yakni, barisan dan hirarki kepimpinan) jema'ah Islam yg kita menjadi anggotanya (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Ketigabelas, apabila kita laksanakan Islam dan anuti secara berjema'ah, dgn tertubuhnya jema'ah itu, jika berlaku perselisihan pendapat mengenai segala sesuatu mengenai Islam dan syariatnya, kita diwajibkan merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah sahaja untuk mendapatkan penyelesaian atau jawapan, bukan kpd 'ulil amri' memutuskannya (Ayat 59, Surah an-Nisa'). Keempatbelas, selain Islam itu sahaja ugama yg diridhai (atau, diterima) Allah (a.w) untuk manusia, Islam adalah juga ugama yg mengatasi segala ugama-ugama lain, maka Islam tidak sama dan tidak boleh disamatarafkan dgn lain-lain ugama, termasuk ugama Yahudi dan Nesrani (Ayat 28, Surah al-Fath). Justeru itulah, Rasulallah (s.a.w) itu diutus bukan kpd sesuatu kaum, sebagaimana para rasul dan nabi sebelumnya, tetapi untuk seluruh dunia dan seluruh umat manusia dan semua zaman (Ayat 107, Surah al-Anbiya'). Islam adalah ugama akhir zaman. Kelimabelas, ugama Islam itu sudah sempurna dan tidak perlu, malah tidak boleh, diubahsuai atau dipinda atau ditokok tambah (Ayat 3, Surah al-Maidah).Selanjutnya, keenambelas adalah hakikat bahawa amalan hendaklah dikerjakan atau dilaksanakan dgn sandaran ilmu yg haq, tidak boleh melalui persangkaan atau diagak-agak atau ditiru dari orang lain (Ayat 36, Surah al-Isra'). Kalau beramal dan beribadah tanpa sandaran ilmu yg benar - al-Quran dan as-Sunnah - maka amalan tersebut terkeluar dari ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) atau tergelincir dari apa yg diperintahkan atau yg ditetapkan oleh Allah (a.w). Ketujuhbelas, semua amalan hendaklah dgn niat yg betul, dan jika tidak sejajar dgn ketetapan Allah (a.w), maka segala amalan dan ibadah tidak diterima (Ayat 57, Surah al-Isra'). Kedelapanbelas, dalam Islam, yakni dalam mengerjakan segala amalan dan ibadah, janganlah ikut kata-kata atau cakap-cakap golongan majoriti, kerana jika diikuti pasti disesatkan oleh mereka (Ayat 116, Surah al-An'am). Lagipun, ajakan orang-orang majoriti itu tiada asas yg haq kecuali persangkaan mereka semata-mata (Ayat 36, Surah Yunus). Kesembilanbelas, dalam Islam janganlah jadi seumpama seekor anjing dalam berugama (Ayat 176, Surah al-A'raf) apabila dinasihat atau ditunjukkan kebenaran tak mahu mendengar nasihat dan tidak mahu dinasihati tentang ugama. Keduapuluh, janganlah jadi orang yg tidak mensyukuri nikmat yg dikurniakan oleh Allah (a.w) kpd kita. Kalau kita syukuri rezki kita akan ditambah, kalau kita ingkar pula azab yg akan kita terima amat pedih (Ayat 7, Surah Ibrahim).
Saudara, kemudian, keduapuluh satunya, Allah (a.w) peringatkan kita bahawa wajib kita mensyukuriNya, kerana kita diberikan nikmat yg, kalau kita nak hitung, takkan terhitung oleh kita (Ayat 34, Surah Ibrahim dan Ayat 18, Surah an-Nahl). Keduapuluh dua, jangan kita yg ada sedikit ilmu itu membuat perubahan atau penambahan atau pengurangan kpd Islam dan syariatnya, i.e. ketetapannya, kerana kita berpandangan Islam yg dibawakan oleh Rasulallah (s.a.w) dulu itu perlu penyesuaian kerana zaman dan masa serta masyarakat berubah. Kerana, seolah-olah kita beranggapan ilmu Allah (a.w) itu cetek dan al-Quran dan as-Sunnah itu sudah mulai jumud. Ilmu Allah (a.w) itu tidak dapat diselami oleh manusia (Ayat 109, Surah al-Kahfi dan Ayat 27, Surah Luqman). Keduapuluh tiga, janganlah kita lebihkan dunia atau cintakan dunia atau utamakan dunia, kerana nanti kita lupa diri dan terlepas dari mendapat hidayah (atau petunjuk) ke arah syurga (Ayat 107 & 108, Surah an-Nahl). Keduapuluh empat, orang yg taatkan Allah (a.w) dan RasulNya dan dia takutkan Allah (a.w) adalah orang yg beruntung kelak (yakni, mendapat syurga, selamat dari neraka) (Ayat 52, Surah an-Nur). Dan, orang yg taatkan Rasulallah (s.a.w) akan mendapat kerahmatan Allah (a.w) (Ayat 56, Surah an-Nur).
Kemudian, kita juga telah maklum yg keduapuluh lima, jika kita mempersungguh dalam ugama (i.e. dalam mencari ilmu, mengamalkan apa yg kita sudah tahu dari ilmu tersebut menepati ketetapan al-Quran dan as-Sunnah), kita mempersungguh itu manfaatnya pada diri kita sendiri (Ayat 6, Surah al-Ankabut); dan yg keduapuluh enam, jika kita mempersungguh dalam ugama yg disuruh oleh Allah (a.w), maka kita akan diberi Allah (a.w) petunjuk atau hidayah pada beberapa jalan Allah (a.w) yg membolehkan kita menjumpai 'siratul mustaqim', yakni jalan mendapatkan syurga itu (Ayat 69, Surah al-Ankabut). Salah satu syarat untuk mempastikan kita mengerjakan amalan dan ibadah menepati apa-apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg merupakan contoh terbaik (uswatun hasanah) (Ayat 21, Surah al-Ahzab). Yg keduapuluh tujuh, jika kita taatkan Allah (a.w) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) kita pastilah orang yg mendapat kejayaan yg besar, yakni dapat syurga (Ayat 71, Surah al-Ahzab). Yg keduapuluh lapan, kita wajib faham bahawa anak pinak dan cucu cicit serta harta kekayaan kita itu tidak akan mendekatkan kita kpd Allah (a.w), kerana yg menghampirkan kita kpd Allah (a.w) itu adalah mengerjakan amalan yg soleh (Ayat 37, Surah Saba').
Saudara, setelah kita benar-benar istiqamah dalam ugama, yg keduapuluh sembilan, kita berdoalah dan Allah (a.w) itu pasti akan mengkabulkan permintaan kita dan Allah (a.w) itu akan melabelkan kita orang yg sombong jika tidak mahu berdoa kepadaNya (Ayat 61, Surah Ghafir). Dan, yg ketigapuluh, kita diperingatkan bahawa kesudahan kita, setelah tiba ajal mati kita, di akhirat kelak hanya dua pilihan sahaja, iaitu dapat syurga atau dapat neraka (Ayat 7, Surah asy-Syuri).
Insya Allah, kita akan ulangi penelitian setiap satu drpd peringatan-peringatan ini dalam post-post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment