Sunday, March 20, 2011

Peringatan : Jagalah Mulut & Perbuatan Kita.

Assalamualaikum,
saudara, bagi kita yg suka bercakap kita dinasihatkan oleh Rasulallah (s.a.w) bahawa berjaga-jagalah, kerana apa yg kita ucapkan boleh membatalkan amalan kita, seumpama memfitnah, mengumpat dan mengata serta memburuk-buruk orang lain. maka dengan itu Rasulallah (s.a.w) menasihatkan kita jika takda sesuatu yg baik hendak diatakan lebih baik dia. Dan, lebih utama mesej hadith berikut:
Diriwayatkan hadith dari abi Hurairah (r.a) berkata: 'Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): 'Sesungguhnya seorang lelaki (atau perempuan) itu nescaya bercakap atau mengucapkan sesuatu kata-kata atau ucapan, tidak melihat dia (yakni, tidak sedar dia) bahaya (dari beberapa kalimat yg diucapkan atau dikatakannya) menjerumuskan dia ke dalam neraka selama 70 tahun.' [Hadith at-Termidzi]
Maka dgn itulah Rasulallah (s.a.w) mengajarkan kita supaya berdoa mohon perlindungan Allah (a.w) dari apa-apa ucapan dan perbuatan kita yg menghampirkan kita kpd neraka, dan minta Allah (a.w) bukakan hati kita supaya bercakap dan melakukan sesuatu yg menghampirkan kita ke syurga. Justeru itu, berwaspadalah ketika bercakap, terutama bercakap yg bukan-bukan atau melakukan yg bukan-bukan. Suatu perbuatan dan ucapan boleh menjerumuskan kita ke neraka, dan mengucapkan dan melakukan sesuatu yg boleh mendekatkan kita kpd syurga.

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment