Saturday, March 5, 2011

Gaddafi dan University of London

Assalamualaikum,
Saudara, 
dalam akhbar The Star hari ini (terbitan 5 Mar 2011) dilapurkan bahawa Pengarah, the London School of Economics & Political Science, Univerity of London, Howard Davies, menyatakan kesilapannya menerima derma atau sumbangan dari yayasan milik keluarga Gaddafi, Saif-al-Islam Gaddafi (i.e. Gaddafi International Charity & Development Foundation) sejumlah UKP 1.5 juta atau RM 7.38 juta) dalam tahun 2009. Begitu generousnya Gaddafi 'menyedekahkan' wang yg begitu banyak kpd LSE. Adakah kerana sumbangan itu anaknya dapat belajar di LSE? wallahu 'alam. Yg pasti Gaddafi tidak mendapat sebarang pahala kerana 'sedekahnya' itu kerana bukan untuk fi sabilillah atau untuk membantu umat Islam. Kalaulah diserahkannya wang sejumlah itu kpd mana-mana pertubuhan di negara Islam lain bagi tujuan mengilmukan manusia dgn ilmu al-Quran dan as-Sunnah serta membentuk akhlak karimah dikalangan muda mudi Islam, alangkah baik untuknya, kerana dia melabur untuk akhiratnya? Tapi, itulah kelaziman manusia, walaupun Islam, tidak faham dia mana yg haq dan mana yg batil ...

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment