Wednesday, March 30, 2011

Wanita dan Neraka

Assalamualaikum,
saudara, kali ini kita akan teliti beberapa ptongan hadith yg mungkin memarhakan kaum wanita apakala membacanya. namun, seperti biasa yg kita muatkan dalam blog ini adalah fakta dalam Islam. Penulis ingin menyampaikan ketetapan Allah (a.w) (dalam al-Quran) dan ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah, yakni ketetapan Islam dan syariatnya. 
Saudara, kita teliti kembali hakikat berikut: pertama, ilmu yg haq serta wajib dipelajari dan difahami oleh setiap orang yg akui dirinya Islam dan beriman, itu hanyalah al-Quran dan as-Sunnah. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita kalaulah kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita sebagai seorang Islam yg beriman, pasti kita akan mendapatkan jalan ke syurga; dan ketiga, jika, setelah kita jadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai panduan hidup kita, kita beramal dgn segala ketetapannya sebaikmungkin, kita pasti dapat syurga (Ayat 13, Surah an-Nisa' dan Ayat 72, Surah az-Zuhruf). Sebaliknya, jika kita tak pelajari al-Quran dan as-Sunnah, kita beramal dan beribadah tanpa panduan al-Quran dan as-Sunnah, atau kita beramal dalam kejahilan, pasti kita rugi, kerana tidak diterima Allah (a.w) segala amalan dan ibadah kita (Ayat 36, Surah al-Isra'). Kalau kita tak jadikan panduan, kita tak pula amalkan yg kita tau, malah kita langgar ketetapan-ketetapannya - dalam sedar atau dalam kejahilan - pasti masuk neraka (Ayat 14, Surah an-Nisa').
Saudara, kita lihat hadith berikut supaya kita faham ketetapan Islam,khususnya ketetapan yg khusus kpd kaum wanita yg beriman. 
Diceritakan di dalam hadith bahawa Rasulallah (s.a.w) semasa dalam perjalanan peristiwa Isra’ dan Mikraj, dinampakkan keadaan di neraka dan di syurga. Antara hadith yang banyak tentang Isra’ dan Mikraj itu, terdapat hadith yang menyebut tentang imbasan-imbasan keadaan di neraka dan syurga. Apabila kita meneliti hadith mengenai neraka itu, kita akan temui hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Imran (r.a) hadith daripada Nabi (s.a.w) yang bersabda: ‘Aku melihat ke dalam syurga, maka aku lihat kebanyakan isinya orang-orang miskin. Dan, aku melihat ke dalam neraka, maka aku lihat kebanyakan isinya kaum wanita.’ [Hadith Bukhari] 
Hadith ini dengan jelas mengatakan bahawa kebanyakan penduduk neraka itu adalah kaum wanita. Di dalam sepotong hadith lain disebutkan pula: 
Diriwayatkan hadith daripada Usamah (r.a) katanya hadith daripada Nabi (s.a.w) berkata: ‘Aku berdiri di pintu syurga, maka kebanyakan yang masuk ke dalam syurga itu orang-orang miskin dan orang-orang yang sengsara hidupnya, dan ketika isi neraka disuruh masuk ke dalamnya, aku berdiri di pintu neraka, kebetulan kebanyakan yang masuk ke dalam neraka itu adalah kaum wanita.’ [Hadith Bukhari] 
Mengapa dan kenapa? Sebab utama wanita itu dimasukkan ke dalam neraka adalah kerana mengabaikan perintah Allah (a.w) tentang ‘aurat’ ini! Disebutkan di dalam hadith bahawa wanita Islam yang tidak menutup aurat rambutnya akan digantung rambutnya di dalam neraka dan dibakar tubuh badannya dan menggelegak otaknya. Bayangkanlah sakitnya. Sakit yang teramat, tetapi tidak pula mati! 
Sebab kedua, kerana mulutnya. Wanita itu sememang resminya suka bercakap, suka ingin tahu perkara yang tidak sepatutnya dia tahu, ingin tahu hal orang, suka menyampaikan ‘berita’ buruk orang lain kepada orang lain, suka mengumpat, suka mencaci cerca, supaya mendengar cerita-cerita yang batil tentang hal ehwal orang lain dan menyampaikannya pula kepada orang lain, sukasangat bercakap, dan tidak kurang pula mereka yang tidak mensyukuri nafkah yang diberikan oleh suaminya dan mencaci pula nafkah yang diberikan oleh sumainya. Itulah antara banyak sebab mengapa hadith itu menyebut bahawa ramai penghuni neraka itu adalah kaum wanita, bukan kerana banyaknya penduduk wanita itu berbanding dengan penduduk lelaki! Wanita yang ‘buruk’ perangainya kerana mulutnya akan digantung dengan rambutnya kemudian dituangkan air neraka yang panas mendidih tersebut melalui mulut dan kerongkongnya, maka melecurlah segala isi perutnya keluar seumpama air pekat, kemudian kembali elok seperti sedia kala pula, maka diulangi pula oleh malaikat neraka, azab yang sama, begitulah tanpa henti-henti selama-lamanya!
[Nota: Di dalam sepotong hadith disebutkan bahawa Rasulallah (s.a.w) menasihatkan umat Islam jangan banyak bercakap, dan kalau tiada ssesuatu yang baik untuk dicakapkan, lebih baik diam. dalam hadith lain disebutkan, seorang iman itu tidak sedar dia apakala mengeluarkan sesuatu kata-kata atau ucapan, menjerumuskan dia ke dalam neraka selama 40 tahun!]

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment