Wednesday, March 16, 2011

Peringatan Yg Tak Wajar Dilupakan...

Assalamualaikum,
Saudara, menjadi orang Islam itu mudah, kerana dgn menyakini adanya Tuhan dan Tuhan itu adalah Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) itu HambaNya dan Pesuruhnya (i.e. RasulNya), sudah cukup menjadi seorang yg Islam.  Maka dgn itu, kita sejak kecil lagi diajarkan Rukun Islam; iaitu: pertama, mengucapkan kalimah syahadah (i.e. 'Asyhadu allailaha illallah; wa-asyhadu anna Muhammadan 'abduhu wa-rasuluh'); kedua, mendirikan solat fardu (lima waktu sehari semalam); ketiga, berpuasa wajib di bulan Ramadhan; keempat, mengeluarkan zakat dan menginfaq; dan kelima, menunaikan haji ke Mekah (i.e. Baitullah) ketika sudah 'mampu'. Semua orang Melayu tau ini, kerana sejak kecil diajarkan.
Saudara, sebagai orang Melayu juga kita tahu Rukun Iman yg enam; iaitu: pertama,  percayakan wujudnya Allah (a.w), Tuhan yg Esa, Tuhan sekelian alam, tuhan dunia dan tuhan di akhirat; kedua, percayakan wujudnya para malaikat (termasuklah yg disebutkan Rakib dan Atid, atau Kiraman dan Katibin, yg mencatit segala amalan atau perbuatan dan  tutur kata manusia, setiap saat, selagi seorang manusia itu hidup; dan malaikat penjaga neraka dan syurga); ketiga, percayakan wujudnya, para nabi dan para rasul yg diutus Allah (a.w) kpd kaumnya atau umatnya atau umat manusia sejagat untuk mengajarkan bagaimana manusia wajib syukurkan nikmat dan mengerjakan amalan dan ibdah sebagai bukti mereka mengabdikan diri mereka kpd Allah (a.w); keempat, percayakan wujudnya kitab-kitab Allah (a.w) yg diturunkan kpd para rasul dan nabi untuk menjadi panduan beramal dan beribadah kpd kaum-kaum mereka, dan antara kitab yg diketahui adalah Zabur (Nabi Daud (a.s)), Taurat (Nabi Musa (a.s); Injil (Nabi Isa (a.s) dan al-Quran (Nabi Muhammad (s.a.w)) dan beberapa kitab lain yg disebut 'Suhuf' spt Suhuf Nabi Ibrahim (a.s); kelima, percayakan wujudnya hari Akhirat atau hari Pembalasan setelah kiamatnya dunia; dan keenam, percaya dgn Qada' dan Qadar seseorang itu, sama ada baik ataupun buruk.
Saudara, semua orang tau, tapi belum pasti faham. Kalau orang Islam itu faham, masakan dia abaikan ketetapan Rukun Islam? Bagaimana bersolat? Solat itu betul jika menepati ketetapan Rasulallah (s.a.w): 'Sollu kama ra-aitumuni ussolli' itu. Bagaimana berpuasa? Apakah yg membatalkan puasa dan apa pula yg membolehkan orang yg brpusa itu memaksimumkan pahala yg diperolehnya? Bagaimana ketetapan Islam tentang zakat dan fitrah dan infaq? Siaa yg wajib mengeluarkan zakat? Apa yg boleh dizakatkan? Contoh: Adakah zakat pendapatan dalam Islam? As-Sunnah kata takda. Tapi, mengapa pentadbir umat Islam kata ada? Yg mana satu betul? Apakah yg dikatakan infaq? Mengapakah infaq lebih utama dalam Islam? Kerana, Islam dapat disemarakkan dan disebarluaskan dan umat Islam itu dibentuk dan dibela melalui sumber infaq fi sabilillah! Bagaimana pula ketetapan tentang Haji dan Umrah? Betulkah kalau dah mampu tunaikan haji tak naik haji, mati kita kafir? Bagaimanakah cara dan kaedah mengerjakan ibadah haji dan umrah? Semua ini perlukan ilmu dan panduan. Dalam Islam ilmu dan panduan tentang Islam dan syariatnya dan panduan mengamalkan tuntutan Islam adalah al-Quran dan as-Sunnah. Maka dgn itu wajib kita mengaji dan belajar dua ilmu tersebut supaya kita pasti tidak keliru dan dikelirukan oleh orang-orang di persekitaran kita, kerana mereka bercakap tanpa landasan ilmu yg haq.
Saudara, kalau umat Islam faham akan ugamanya, masakan begitu sedikitnya orang Islam yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dalam melaksanakan amal dan ibadah yg gagal mendapat syurga? Mengapa drp 1,000 orang Islam yg beramal dan beribadah secara istiqamah, pagi dan petang, siang dan malam, hanya seorang bejaya dapat syurga dan 999 orang gagal dapat syurga, sebaliknya masuk neraka. Kalau orang yg istiqamah beramal dan mengerjakan ibadahpun gagal dapat syurga, fikirkanlah orang yg tak langsung beramal dan beribadah, selain mengucapkan dua kalimah syahadah masa kecil-kecil dulu??
Saudara, semua orang Islam yakin bahawa al-Quran itu Kitab Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w) sebagai panduan amalan dan ibadah. Tapi, adakah kita faham ketetapan berikut:
Diriwayatkan hadith dari Abi salamah hadith dari Abi Hurairah hadith dari Nabi (s.a.w) yg bersabda: 'Al-mira-u fil Qurani kufrun' (yg bermaksud: Barangsiapa meragukan sesuatu yg terdapat dalam al-Quran , maka dia kufur (atau kafir).' [Hadith Abu Daud, Kitab as-Sunnah]
Hari ini ramai pemimpin Islam dan para ulama' dan ilmuwan Islam sendiri sangsikan sebahagian isi, peraturan dan ketetapan al-Quran. Apatah lagi keraguan umat Islam sendiri tentang as-Sunnah. Walhal as-Sunnah itu sama tarafnya dgn al-Quran? Maka dgn itu pada Ayat 13, Surah an-Nisa' Allah (a.w) tetapkan bahawa sesiapa yg taatkan Allah (a.w) (yakni, ikuti al-Quran) dan taatkan Rasulallah (s.a.w) (yakni, ikuti as-Sunnah) pasti akan masuk syurga.' Jika tolak Nabi atau Rasulallah (s.a.w), atau tolak ketetapan Kitab-kitab Allah (a.w), khususnya al-Quran, pastilah menjadi kafir. Malah jika tolak Nabi (s.a.w) (i.e. tolak as-Sunnah), kita menolak al-Quran atau Allah (a.w) (Ayat 80, Surah an-Nisa'). Ramai orang Islam yg tak faham. Ramai yg pertikaikan sesuatu dalam al-Quran dan as-Sunnah. Maka, tak hairanlah Rasulallah (s.a.w) beritahu kita drp 1,000 yg Islam, 999 orang gagal dapat syurga. Mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan orang yg gagal.

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, Memang benar bahawa kemungkinan semua orang Melayu tahu rukun Islam yg 5 dan juga rukun Iman yg 6 sebab perkara itu telah diajar dari kecil dan di sekolah ( kalau masih tak tahu, bermasalahlah mereka ). Ketika kecil dulu dan mungkin skrg masih juga berlaku kerana kurang budaya bertanya. Akhir kata: ramai TAHU tapi tak ramai yg tentu PAHAM apa maksud 5 & 6 itu. Yg jelas mereka ada banyak maklumat tapi yg kurang ialah ilmu = maklumat yg dimenafaatkan. Wallahu'alam.

    ReplyDelete