Assalamualaikum,
saudara kita wajib sentiasa memperingatkan diri kita sebagai orang Islam beberapa perkara; antaranya, pertama, kita wajib bersyukur kpd Allah (a.w) kerana memberi kita peluang hidup menikmati dunia sehingga kini. Ada orang yg tak sempatpun merasai nikmat dunia kerana dimatikan awal, ketika baru dilahirkan atau ketika umur remaja atau ketika masih muda dalam 30han atau 40han, berbanding dgn kepuasa hidup yg dinikmati oleh orang seumpama Mahathir kini 85 tahun. [Nota: kanak-kanak yg mati ketika kecil beruntung kerana tiada dosa padanya, maka dia secara otomatis menjadi ahli syurga. Orang yg panjang umurnya untung di dunia kerana dapat melihat perubahan zaman dan mengecap pelbagai nikmat, tetapi mungkin mrugikannya dalam konteks akhirat kerana lebih lama hidup ebih banyak pula dosa yg didapatinya kerana segala sesuatu yg dilakukannya yg menyalahi ketetapan Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). Ini adalah 'istidraj' iaitu Allah (a.w) lanjutkan umur seseorang itu sehingga dia lupakan tanggungjawabnya kpd dan terhadap Allah (a.w). Istijrad adalah seumpama 'mirage' di padang pasir, semakin dihampiri semakin jauh dia. maka orang itu semakin sesat dalam hidupnya. Tambahan pula apabila syaitan menghiasi perlakuan dan pemikirannya dalam hidup, sehingga tersasar jauh dari matlamat hidup orang iman dan tersesat dia, dan menjerumuskannya lebih dalam dalam neraka. Orang ini celaka akhiratnya. Sebaliknya, kalau lanjut umur seseorang itu, maka dia memperbetulkan amalan dan ibadahnya dan mempertingkatkan keimanan serta ketaqwaannya, menyemak amalan dan ibadahnya supaya sebaik mungkin menepati apa yg dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w), maka dia adalah orang yg beruntung kerana usahanya itu Allah (a.w) menambah kpd rezkinya dan memberi petunjuk kpd jalan yg membolehkan dia mendapat syurga kelak].
Kedua, kita diberi kesempatan oleh Allah (a.w) hidup di dunia ini dgn bersyarat, iaitu jika kita bersyukur kpdNya dan kita menjalankan tanggungjawab kita sebagai hamba Allah (a.w) yg beriman, maka selamatlah kita. Jika sebaliknya binasalah kita, kalau tidak di dunia, binasa di akhirat, atau mungkin biasa kedua-duanya sekali, jika kita tenggelam punca dalam menjalani kehidupan di dunia. Allah (a.w) akan memberikan segala kehendak kita, sama ada kita akur atau tidak dgn ketetapan Allah (a.w), bahawa kita diberi kesempatan hidup supaya tidak lupa mengabdikan diri kita (yakni, mengerjakan amalan dan ibadah yg ditetapkan olehNya menepati contoh yg ditunjukkan atau diajarkan oleh Rasulallah (s.a.w) yg membimbing kita dalam mengabdikan diri kpd Allah (a.w). Kalau kita tidak akur atau kita lupa asas mengapa kita hidup, maka kitalah yg akan menanggung kerugian kelak di akhirat. Janganlah kita jadikan diri kita seumpama orang atheists (=tak percayakan kewujudan Allah (a.w)) atau orang yg syirik (=yg menduakan Allah (a.w) dgn menyembah berhala dan patung) atau kafir (=orang yg akui ada tuhan tetapi tidak akui Allah (a.w) sebagai tuhan dan tidak akui Islam itu ugama Allah (a.w), ugama pilihan Allah (a.w), maka dia tidak mau menjadi orang Islam) atau kufur (= dia akui dirinya Islam tetapi tidak langsung beramal dan beribadah dgn apa yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w)).
Saudara, mudah-mudahan kita tidaklah tergolong dari kalangan mereka itu. Semoga Allah (a.w) selamatkan kita dari terjebak ke dalam golongan manusia yg tidak mensyukuri peluang hidup yg diberikan oleh Allah (a.w) kpd merka.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment