Assalamualaikum,
Saudara, dilapurkan dalam akhbar the Sun hari ini (2 Mac 2011) bahawa Nelly Furtado penyanyi hot Kanada, pemenang Grammy, berkata dia akan 'sedekahkan' US$1.0 juta yg dibayar oleh Gaddafi kerana membuat perembahan di Italy 4 tahun lalu. Dalam ruangan tersebut dilapurkan juga bahawa penyanyi hot lain spt Beyonce Knowles, Usher, Mariah Carey dan Lionel Richie juga dikatakan telah mendapat bayaran yg sedemikian kerana membuat persembahan kpd keluarga atau ahli keluarga Gaddafi!
Memalukan apakala ada orang yg kononnya Islam yg jadi pemimpin negara dan umat Islam membazirkan wang yg begitu banyak kerana keseronokan dunia. Apakah Muammar Gaddafi sebagaimana Hosni Mubarak mendapat kekayaan sedemikian dari usahanya sendiri? Kalaupun kerana keringatnya sendiri, sebagai pemimpin Islam dia bertindak lebih teruk lagi berbanding dgn pemimpin kafir!
Dilapurkan juga bahawa US telah membekukan aset atau harta milik Libya kira-kira US $30.0 bilion (RM 93.0 bilion), jumlah terbesar yg pernah dibekukan oleh US terhadap harta milik negara atau orang asing di US (i.e. yg dilaburkankan atau disimpan di institusi kewangan US). Apakah wang itu milik Gaddafi? Atau, milik Libya?
Rata-rata kita lihat pemimpin negara Islam memerintah negaranya, tidak memakmurkan rakyatnya, tetapi mengayakan dirinya dan keluarganya. Kita dah lihat Hosni Mubarak di Mesir. Kini kita lihat Muammar Gaddafi pula. Nanti akan kita lihat pula yg lain, kerana Yahudi dan US telahpun menumbangkan buah Domino di Timur Tengah, yg pasti memperkuatkan lagi kedudukan Israil dan Yahudi apakala lemah dan berkuburkan kekuatan orang Islam. Kita tengok apa yg akan berlaku pula di Bahrain, Syria, Lebanon, Abu Dhabi, negara-negara Emirates yg lain, Yemen, Algeria, dan mungkin Saudi Arabia sendiri. US dan Yahudi tak akan kacau Saudi Arabia kerana negara Arab itu memangpun sudah jadi 'milik US' sejak bertempatnya tentera US di tanah Arah tersebut, di Taif.
Mengapakah orang Arab - pemimpin Arab dan kerajaan Arab - tidak menyimpan wang di Malaysia, yg lebih selamat? Mungkin pulangannya tak sama. Lagipun kalau banyak tersimpan di M'sia pun tak guna kerana pulangannya kecil, penggunaannya terhad. Lagipun nanti tahu orang rahsia mereka. Menyimpan di US atau UK atau di negara Eropah lebih menguntungkan kpd mereka, yg memikirkan dunia dan lupakan kematian.
Kita harap taklah ada pemimpin negara kita yg juga seumpama Hosni dan Gaddafi, menyimpan kekayaan di luar negara, walaupun kita dah lihat pemimpin kecil-kecilan di Malaysia yg boleh bina istana dan mahligai, apakah kalau PM atau TPM tak mampu? Dah ada pemimpin kerajaan negeri yg dilapurkan memiliki banyak harta serta menyimpan kekayaan mereka di luar negara, yg disebutkan dalam internet. Bagi mereka yg kaya dan kalau mereka kaya Allah (a.w) menunggu mereka menginfaqkan sebahagian hartanya untuk membela Islam dan umat Islam. Tapi, Allah (a.w) tak terima infaq yg hasilnya tidak halal. Rasulallah (s.a.w) bersabda: 'La yaqbalullahu solatan bi-ghairi tuhurin; wa-la sodaqotan min ghululin.' (yg bermaksud: Allah (a.w) tidak menerima solat yg tidak disertai dgn wudu'; dan Allah (a.w) tidak menerima sedekah (termasuklah infaq) yg dihasilkan dari sumber yg dicuri.) [Hadith an-Nasa'i, Kitab Toharah]. Wang yg dibelanjakan untuk Islam adalah tempahan tempat terbaik di syurga. Tapi, kalau kaya seumpama millionaire atau billionaire, tidak menginfaqkan sebahagian kekayaannya, pastilah dia masuk neraka di akhirat kelak, wal iya zubillah. Kalau diinfaqkkan, kuranglah hisaban atas dirinya di akhirat dan banyaklah pula pelaburan akhiratnya kelak, untuk mencapai mertabat syurga tertinggi pula di akhirat, insya Allah.
Jazakallahu khairah
Askm,
ReplyDeleteSebenarnya mereka ini semua tidak sedar yg segala nekmat yg Allah telah berikan dan disediakan di dunia ini( semuanya bersifat sementara ) semata2 utk menjadi bahan2 ujian kepada ketaqwaan & keimanan manusia kepada Penciptanya dan hanya mereka yg lulus ujian ini saja yg akan ditempatkan di syurga Allah. Kerana sifat ego dan kegilaan kuasa dan mengejar kekayaan inilah yg akan menempatkan mereka2 bersama iblis yg telah dilaknati Allah, di neraka jahanam kekal buat selama2nya.