Assalamualaikum,
saudara, kedua ibubapa itu berhak terhadap anaknya walaupun anaknya sudahpun melewati umur yg ibubapanya wajib menyara hidupnya. Kita lihat sepotong hadith di bawah ini yg menjelaskan ketetapan islam dalam hubungan anak-anak dgn kedua orang tuanya.
Hak kedua ibu bapa terhadap anak mereka itu tiada hadnya mengikut Islam sehinggakan sekiranya disuruh cerai akan isterinya kerana seorang atau kedua-dua ibu bapa itu tidak menyukainya, hendaklah dipatuhi perintahnya, dan hendaklah diceraikan isteri itu walaupun anak itu kasih sangat akan isterinya. Ini disebut dalam hadith berikut:
Telah diriwayatkan daripada seorang sahabat Rasulallah (s.a.w) yang juga ipar Nabi (s.a.w) yang ‘alim besar namanya Abdullah bin Omar bin al-Khatab (r.a) katanya: ‘Adalah bagiku seorang peremouan yang dibawah perintahku ialah perempuan yang kasih aku akandia dan adalah bapaku, Omar bin Al-Khatab (r.a), benci ia akan isteriku yang aku kasih akandia itu, maka disuruhnya oleh bapaku akandaku bahawa aku ceraikan dia. [Maka kata Abdullah]: ‘Maka enggan aku menceraikan isteriku itu, yakni tidak mau aku menurut suruhannya menceraikan isteriku itu hingga gaduh ia menuntut pada aku menceraikan dia dan menjadikan hal yang demikian itu susah hatiku, maka pergi aku kepada Nabi (s.a.w) dan aku sebutkan demikian itu bagi Nabi (s.a.w), kataku: ‘Ya Rasullah (s.a.w), adalah bapa hamba menyuruh hamba ceraikan isteri yang hamba kasih akandia.’ Maka Sabda Rasulallah (s.a.w): ‘Ya Abdullah bin Omar (r.a), ceraikan olehmu akan isterimu kerana taatkan bapamu.’ [Hadith hasan lagi sahih at-Termidzi]
Hadith ini jelas menunjukkan bahawa kemahuan kedua ibu bapa itu lebih utama dalam Islam daripada keutamaan anak itu, sehingga ia mesti patuhi kehendak ibu bapanya walaupun berat baginya mematuhinya. Juga, betapa digambar seorang yang alim sebagaimana Abdullah bin Umar (r.a) itu patuh kepada ajaran Islam sebagaimana yang diputuskan oleh Rasulallah (s.a.w) itu supaya menceraikan isteri yang dikasihinya.
Saudara, mungkin saudara pernah mendengar peristiwa Nabi Ismail (a.s) dgn bapanya, Ibrahim (a.s). Diceritajan peristiwa bahawa Nabi Ibrahim (a.s), setelah lama tidak bertemu dgn anaknya, Ismail (a.s), yg sudah pula berumah tangga, suatu hari mengunjungi rumah anaknya, Ismail (a.s), dan dia menemui menantunya yg, apabila ditanyakan keadaan hidupnya, berkata sesuatu yg membayangkan ketidakpuasaan hatinya, maka Ibrahim (a.s) berpesan kpdnya apabila Ismail (a.s) kembali, untuk menukar pintu rumahnya, yakni menceraikannya, kerana dia kurang rida dgn kehidupan yg diharunginya dgn suaminya, Ismail (a.s). Kemudian dia bertemu pula dgn isteri bari Ismail (a.s), yg memberitahunya segala-galanya menyenangkannya, maka Ibrahim (a.s) berpesan supaya dia beritahu suaminya, Ismail (a.s), supaya tidak menukar pintu rumahnya, yakni kekal tidak menceraikan isterinya yg itu. Cerita itu membayangkan bahawa seorang anak itu wajib dia patuh dgn perintah ibubapanya.
Jazakallahu khairh
No comments:
Post a Comment