Wednesday, March 16, 2011

Kalimah 'Allah': Ujian kpd Pemimpin dan Juruhukum Islam

Assalamualaikum,
Saudara, terlupa penulis mengingat saudara bahawa tak lama dulu kita mendengar permintaan oleh orang Kristian supaya mereka dibenarkan mencetak 'al-Kitab' atau The Bible dalam Bahasa Melayu (atau bahasa Malaysia) untuk kegunaan penganut Kristian di Malaysia, terutama mereka yg bermestautin di Sabah dan Sarawak. Dalam satu tulisan dalam The Star, beberapa hari lalu, disebutkan sebanyak 5,000 naskhah buku tersebut ditahan oleh Kementerian HE Dalam Negeri. Dalam pada itu Mahkamah Rayuan katanya sedang menimbangkan rayuan oleh pihak yg terbabit. Selama ini, kata mereka, kitab Bible tersebut telah diperolehi dari masyarakat Kristian di Indonesia, yg mencetak kitab tersebut dan mengedarkannya ke Sabah dan Sarawak dan telahpun digunakan di kedua-dua negeri tersebut sekian lama, kata mereka. Itu tidak penting. Tapi, yg lebih penting mereka ingin menggunakan nama 'ALLAH' untuk merujuk kpd kalimah 'Lord' atau 'God' dalam kitab tersebut. Kata mereka, memangnya kalimah tersebut telahpun digunakan oleh mereka sekian lama, mungkin semenjak kitab itu dicetak di Indonesia dalam bahasa Indonesia. Dalam versi Inggeris kalimah yg digunakan adalah 'Lord'. Dalam Bible dgn jelas merujuk kpd konsep 'Trinity of Good' - The Son (atau Jesus) (kononnya Isa), Mary (kononnya Maryam) and the Holy Ghost (kononnya 'Allah' atau Malaikat Jibril?). Kurang pasti ...
Dalam post sebelum ini kita telahpun turunkan beberapa firman Allah (a.w) yg relevan dalam meneliti kes ini  (dalam bahasa Inggeris, supaya orang spt Pairin Kitingan dan Dr Chua Soi Lek, lebih faham). 
Ayat 19: Surah ali-Imran: Sesungguhnya ugama (yg diridai) di sisi Allah (a.w) itu hanyalah ugama Islam ...
Ayat 85: Surah ali-Imran: Barangsiapa mencari (i.e. inginkan) ugama selain ugama Islam, maka tidak sekali-kali diterima (ugama itu) daripadanya, dan dia di akhirat termasuk orang-orang yg rugi (yakni, masuk neraka). 
Ayat 116: Surah ali-Imran: Sesungguhnya orang yg kafir itu baik harta mereka maupun anak-anak mereka tidak dapat menolak azab Allah (a.w) dari mereka sedikitpun. Dan, mereka adalah penghuni neraka; mereka kekal di dalamnya. 
Ayat 17: Surah al-Maidah: Sungguh kafirlah orang-orang yg berkata: 'Sesungguhnya Allah itu adalah al-Masih (kata orang Kristian, Jesus) putera Maryam...' 
Ayat 36: Surah al-Maidah: Sesungguhnya orang-orang kafir sekiranya mereka memiliki bumi ini dan segala isinya dan digandakan sebanyak itu pula untuk menebus diri mereka dengan harta tersebut dari azab hari kiamat, tidak akan diterima dari mereka; dan mereka (di akhirat kelak) mendapat azab yg pedih .
Dan, Allah (a.w) memperingatkan dalam firmanNya berikut pula tentang konsep tuhan atau the 'Trinity of God':
Ayat 72: Surah al-MaidahSungguh kafirlah orang-orang yg berkata: 'Sesungguhnya Allah itu adalah al-Masih (kata orang Kristian, Jesus) putera Maryam; pada hal al-Masih (Isa (a.s)) berkata: 'Wahai Bani Israil! Sembahlah Allah (a.w) Tuhanku dan Tuhan kamu'. Sesungguhnya orang yg menyekutukan (sesuatu dgn) Allah (a.w), maka pasti Allah (a.w) mengharamkan kepadanya syurga, dan tempatnya adalah neraka .
Ayat 73: Surah al-Maidah: Sungguh-sungguh kafir orang yg mengatakan: 'Bahawasanya Allah adalah satu dari yg Tiga' (konsep: 'Trinity of God'), pada hal sekali-kali tiada Tuhan (yg berhak disembah) selain Tuhan yg Maha Esa (i.e. Allah (a.w)) 
Saudara, bagi kita yg berugama Islam, dan yg benar-benar faham Islam, ayat-ayat al-Quran di atas adalah firman Allah (a.w) yg memberitahu kita bahawa barangsiapa menyatakan sama ada Isa (a.s) itu adalah anak Tuhan atau Maryam (a.s) itu isteri Tuhan dan tuhan itu ada tiga, atau tiga serangkai, adalah kafir. Oleh yg demikian, apakah wajar orang yg dimurkai Allah (a.w) mengambil namanya sebagai nama tuhan mereka? Apakah boleh orang Islam benarkan orang Kristian atau penganut apa ugama sekalipun menggunakan kalimah 'Allah' untuk merujuk kpd nama atau sebutan atau gelaran pada tuhan atau tuhan mereka, walhal tuhan yg mereka maksudkan tidak memiliki sifat Allah (a.w)?? 
Allah (a.w) melarang menduakan atau menigakan Dia. Allah (a.w) melarang sesiapa yg menyatakan adanya 'Trinity of God'. Allah (a.w) melarang sesiapa yg beriktikad atau menyebutkan bahawa Jesus atau 'Son of Mary' (yg kononnya merujuk kpd Isa (a.s) anak Maryam (a.s)) sebagai 'anak Tuhan'. Tiada logiknya orang Kristian menggunakan nama Allah sedangkan Allah menolak ketetapan The Bible sebagaimana di atas itu! Allah (a.w) itu Esa. 
Mana mungkin orang Kristian boleh menggunakan kalimah Allah dgn mengambil dari al-Quran dan meletakkannya ada The Bible atau 'al-Kitab', walhal Allah (a.s) sendiri memutuskan bahawa Dia hanya satu, Dia bukan Isa (a.s), dan Maryam (a.s) adalah hambaNya sebagaimana manusia lain, yg tiada hubungan kekeluargaan dgn Allah (a.w). Maryam hanyalah manusia yg diberi kelebihan oleh Allah (a.w) untuk membuktikan kpd manusia bahawa Allah (a.w) itu berkuasa melakukan segala sesuatu, termasuk menjadikan Adam (a.s), manusia pertama di dunia, dari segumpal tanah yg dibentuk kemudian ditiupkan roh untuk hidup. Begitu juga Isa (a.s) dijadikan tanpa berbapa dgn Jibrail (a.s) meniupkan roh pada rahim Maryam, walhal Maryam adalah kekal seorang dara! [Nota: Maryam sebagaimana Aisyah, isteri Firaun, adalah contoh wanita terbaik dalam Islam].
Adakah menghairankan kalau kita sendiripun diwujudkan melalui tiupan roh oleh malaikat ke dalam rahim ibu kita setelah dipertemukan secara fisikal ovum (benih ibu) dan seperma (benih bapa) selepas dikandungkan selama 120 hari? Ketika ditiupkan roh untuk memberi kita nyawa, kita membuat perjanjian dgn Allah (a.w) - Perjanjian Roh - bahawa kita akui Allah (a.w) adalah Tuhan kita yg Esa? 
Saudara, jika kalimah 'Allah' dibenarkan digunakan oleh penganut Kristian, walhal Allah (a.w) menolak hakikat yg disebutkan oleh pengikut Kristian, termasuklah Pope yg ada di Vatican City, Rome, itu, pastilah kita - pemimpin umat Islam dan Juruhukum Syar'iah - membelakangkan perintah Allah (a.w). Orang yg membelakangkan perintah Allah (a.w) pastilah ahli neraka! Oleh itu orang Islam wajib berwaspada. Janganlah menempah neraka kerana dunia. Janganlah memperdagangkan akhirat kerana dunia!
Memang benar, kalau merujuk kpd sokongan Dr Chua Soi Lek, Presiden MCA itu, memang logical dalam konteks perundangan manusia - Perlembagaan Malaysia dan Human Rights (kebebasan berugama di Malaysia) - dan adalah juga logical kalau di teliti dalam konteks Undang-undang Syar'iah yg dipakai di Malaysia, kerana tiada halangan menggunakan kalimah 'Allah'. Namun, undang-undang Allah (a.w) itu mengatasi sebarang undang-undang manusia. Undang-undang Rasulallah (s.a.w) (yakni, as-Sunnah) mengatasi undang-undang manusia (Sila rujuk Ayat 59, Surah an-Nisa'). Namun, tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah menyebut tentang larangan menggunakan kalimah 'Allah'. Yg ada adalah ketetapan Allah (a.w) bahawa Allah yg memiliki 99 nama ('Asma'ul Husna'), termasuk ar-Rahman dan ar-Rahim yg sering dirujuk dalam surah-surah al-Quran itu, adalah tuhan nenek-moyang manusia sejak zaman Adam (a.s) hinggalah kiamat dunia dan hinggalah manusia itu dibangkitkan semula, di hisab, kemudian ditetapkan secara kekal menjadi penghuni syurga atau neraka. Allah (a.w) itu adalah yg mula wujud (al-Auwalu) dan yg akhir wujud (al-Akhiru). Semua yg lain musnah, Allah (a.w) kekal! Yg ada adalah ketetapan Allah (a.w) dalam KitabNya, al-Quran, bahawa Dia itu Esa, Dia tiada anak dan tidak pula diperanakkan. Orang yg meyakini wujud The Trinity of God (kepercayaan orang Kristian) atau yg percaya Jesus anak Tuhan (yakni, Allah), pasti kafir. Orang-orang yg menyembah patung atau berhala (orang China dan India), yg tidak berkuasa memudaratkan mereka, jika tidak disembah, atau yg tidak berkuasa memberi manfaat kpd mereka, apabila disembah, itu adalah golongan kafir. Semua yg kafir pasti masuk neraka di akhirat kelak. Justeru itu, golongan yg menolak perintah dan ketetapan Allah (a.w) tidak berhak menggunakan namaNya! Dan, Allah (a.w) menyebut bahawa Islam itu tidak boleh disamakan dgn ugama lain. Dan, Islam hendaklah diletakkan dimercu yg paling tinggi di dunia ini. Islam (a.w) adalah ugama ciptaan Allah (a.w) sejak Adam (a.s), sejak Nuh (a,s), sejak Musa (a.s), Ibrahim (a.s), Isa (a.s) sehingga diutuskan Nabi terakhir, Muhammad (s.a.w)! 
Saudara, apakah Hishamuddin Menteri HE Dalam Negeri atau Najib, sebagai PM, takutkan Dr Chua Soi Lek, atau mereka yg lantang hendak menggugat kesucian nama Allah (a.w)? Golongan yg semakain beranai dan lantang mencabar orang Islam?  Dan, mempermainkan Allah (a.w)?
Yg lebih baik bagi Chua (dan orang yg bukan Islam) adalah masuk Islam, kerana dgn menjadi Islam itu dosanya sebagai 'adulterer' terhapus, dan segala kebaikan yg dilakukannya dari dulu sampai kini, dicatitkan dalam Kitab Catatan Amalannya. Kebajikannya dalam konteks Islam lebih baik dari pemimpin Islam lain, mungkin sekali mengatasi kebaikan Najib atau Mahathir dalam konteks Islam! Kenapa? Dosanya terhapus secara otomatik bila masuk Islam. Dosa Najib atau Mahathir hanya terhapus apabila ditaubatkan dan Allah (a.w) terima taubat mereka! 
Saudara, mudah-mudahan pemimpin Melayu benar-benar faham Islam dan bertindak mengutamakan kebajikan akhirat mereka dan bukan melihat kpd kebajikan dunia mereka. Kalau Kerajaan dan Hakim Sayar'iah luluskan maka mungkin Malaysia sebagai negara yg kononnya Islam akan hancur ... Ramai orang Melayu yg mengakui Islam sudahpun hancur akhirat mereka, dan hanya menunggu kiamat dunia untuk dihumbankan oleh malaikat ke dalam neraka. Golongan ini ramai. Tak kurang di kalangan ahli politik, ulama' dan artis serta selebriti yg terbanyak. 
Ingatlah: Daripada 1,000 orang Melayu yg Islam hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga! Fikirkanlah ...


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment