Assalamualaikum,
Kita teruskan penelitian kita tentang satu dimensi syariat Islam yg telahpun disalahtafsirkan oleh para ulama' dan ilmuwan Islam. Satu dimensi syariat Islam yg kalaupun difahami oleh para ulama' dan ilmuwan Islam, tetalh tidak diberi keutamaan, malah telah ditinggalkan dan tidak lagi lagi dijadikan sandaran amalan di kalangan umat Islam zaman ini, kecualilah solat berjema'ah. Dalam post yg lalu kita telah huraikan bahawa 'berjema'ah' atau umat Islam yg berjema'ah itu adalah golongan umat Islam yg pasti berjaya mendapat syurga/ Merekalah yg sebenarnya 'ahlus sunnah wal-jama'ah'. Berjema'ah adalah satu drp dua syarat utama menjadi keIslaman kita itu sah dan menepati perintah Allah (a.w) dan perintah Rasulallah (s.a.w). Tanpa berjema'ah belum sempurna Islam kita. Tanpa berjema'ah Allah (a.w) tidak terima keIslaman kita! malangnya, perspektif ini diabaikan oleh pemimpin Islam atau para ulama' dan ilmuwan Islam.
Diriwayatkan hadith daripada ibni Tausin hadith dari bapanya hadith dari ibnu Abbas (r.a) berkata: ‘Telah bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Yadullahi ma’al jama’ati.' [Yg bermaksud: Tangan (yakni, pertolongan) Allah (a.w) adalah berserta orang yang berjemaah]. Diriwayatkan hadith dari Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) bahawasanya Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Innallaha la yajma’u ummati’ au ‘ummata muhammadin ‘ala dolalatin wa-yadullahi ma’al jama’ati waman syazza syazza ilan-nari.' [Yg bermaksud: ‘Sesungguhnya Allah (a.w) tidak mengumpulkan umatku’ atau (dalam satu riwayat, dirujuk sebagai) ‘umat Muhammad’ atas kesesatan dan tangan (yakni, pertolongan) Allah (a.w) beserta dengan jemaah dan barangsiapa memencilkan diri (atau bersendirian, yakni di luar jemaah atau tidak anuti Islam secara berjema’ah) maka memencilkan dirinya menuju ke neraka.) [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan] [Nota: 'Jema'ah' yg dirujuk dalam al-Quran dan as-Sunnah itu adalah jema'ah yg diwujudkan berdasarkan ketetapan Rasulallah (s.a.w), bukan sebarang jema'ah].
Saudara, hadith di atas itu memberi jaminan kpd umat Islam bahawa sesiapa yg berjema'ah dalam Islam pasti mendapat pertolongan Allah (a.w). Sebaliknya, sesiapa yg anuti Islam tanpa berjema'ah, yakni bersendirian tidak berjema'ah, maka dia menyendiri dalam Islam ke arah kebinasaan, iaitu pasti terjerumus ke dalam neraka. Jika begitu tidak menghairankan kalau Rasulallah (s.a.w) menggesa umatnya supaya berpegang kpd al-Quran dan as-Sunnah dan jangan berpandukan lain-lain panduan atau sumber ilmu dalam Islam, kerana berpandukan selain dua panduan yg haq itu, akan menjerumuskan umat Islam ke neraka. Allah (a.w) berjanji dalam hadith di atas itu sekiranya umat Islam itu berkumpul dalam jema'ah, maka pastilah mereka terjaga dari menyimpang ke arah keruntuhan dalam hidup mereka. Apabila berjema'ah, mereka akan terpandu dan sering dinasihati dan sering diperingatkan supaya jangan tergelincir dalam Islam. Kerana hari ini begitu meluaskan dan kuatnya pengaruh dunia. Dan, pada masa yg sama pula begitu mengiurkan keseronokan dan kesenangan dunia yg mempengarahui umat Islam - yg kayake atau yg miskinke - untuk melupakan tanggungjawab utama mereka iaitu mereka wajib mengerjakan amalan dan ibadah sebagai membuktikan mereka bersyukur kpd Allah (a.w) setelah dijadikan Allah (a.w) dan diberi kesempatan untuk hidup di dunia. Dan, kehidupan di dunia itu bertempoh.
Apabila seseorang itu anuti Islam berjemaah atau berada dalam jemaah, disebutkan, sebagai memperkuatkan hakikat ini, bahawa Allah (a.w) tidak akan membiarkan umatNya (atau, hambaNya) yang berjemaah dalam kesesatan mencari ‘siratul mustaqim’ itu. Itu jaminan Allah (a.w). Diberitahu pula seseorang yang Islam itu, jika menyendiri atau memencilkan diri, yakni tiada dalam Jemaah Islam, pastilah dia memencilkan diri ke arah menjerumuskannya ke dalam neraka. Kita diberitahu dalam hadith sebelum ini bahawa sesiapa yang menyendiri dalam Islam, maka syaitanlah orang yang kedua bersama-samanya. Demikianlah juga sesiapa yang Islam tetapi berada di luar Jemaah Islam atau dia tidak berjemaah, maka pastilah dia akan terjkerumus ke dalam neraka atas rasukan syaitan.
Jemaah itu akan sentiasalah mengadakan ada program atau kegiataan nasihat menasihati sesama ahli jemaah. Demikianlah di dalam al-Quran disebutkan bahawa nasihat menasihati sesama Islam dan beriman itu memanfaatkan orang yang beriman. Kerana, sentiasalah dia terjaga dari lupakan tanggungjawab mereka dalam Islam terhadap Allah (a.w) dan terhadap saudara seugama mereka dalam Islam. Mereka sentiasalah didedahkan kepada peraturan jemaah, yakni, ‘amrin jami’in’, yang memanfaatkan Jemaah dan anggota Jemaah (Ayat 63, Surah an-Nur)
saudara, hari ini konsep berjema'ah itu tidak lagi difahami oleh orang Islam. Dan, ada pula umat Islam yg terpengaruh dgn konsep jema'ah yg direka-reka pula oleh orang yg jahil tetapi pandai mempopularkan pendapatnya. maka wujudlah kumpulan yg pemimpinnya menamakan pergerakannya sebagai 'kerajaan langit di dunia' dan wujudlah pula 'jema'ah yg batil' apabila pemimpin mengakui dia seorang rasul spt rasul Melayu dan penjelmaan nabi atau Imam Mahdi di dunia yg menyesatkan kumpulan Arqam suatu masa dulu. Semuanya kerana umat Islam yg terlibat, walaupun terpelajar dalam ilmu dunia sebagai seorang profesional, tertipu dan terikut-ikut, kerana kejahilan tentang Islam yg haq itu.
Semua ini berlaku kerana wasiat Rasulallah (s.a.w) supaya berpandu kpd panduan dan sumber ilmu al-Quran dan as-Sunnah diabaikan. Sebaliknya, manusia mengutamakan kebijaksanaannya, melakukan sesuatu tanpa didasari oleh dua ilmu yg haq itu.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment