Monday, March 28, 2011

Ibubapa: Ketetapan as-Sunnah (samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita semak sedikit lagi ketetapan as-Sunnah menyentuh perkara dia atas, iaitu hubungan antara anak dgn kedua ibubapanya, dalam Islam. 
Seperti yang hamba tuliskan sebelum ini sebaik-baik jalan seseorang anak itu masuk ke Syurga adalah memuaskan hati kedua ibubapanya. Apabila seseorang anak itu mengikuti kehendak mereka atau salah seorang daripada mereka, dan menjauhkan segala yang tidak disukai mereka tentulah memuaskan hati mereka. Malahan jika seorang anak itu beristeri dan benci salah seorang ibubapanya akan isterinya, kemudian disuruhnya menceraikan isterinya itu, maka tentulah memuaskan hati kedua ibubapanya apabila dia menceraikan isterinya. Dengan berbuat sedemikian itu, jadilah anak itu menyediakan sebaik-baik pintu Syurga baginya. 
Ini dijelaskan dalam sepotong hadith yang dikeluarkan oleh Imam Termizi dalam kitabnya Sunan at-Termidzi [Nota: jangan lupa bahawa Sunahn at-Termidzi adalah satu drpd kitab yg disebut Kuttubul Sittah]: 
Diriwayatkan daripada seorang sahabat Nabi (s.a.w) namanya Abu Darda’ (r.a) bahawasanya seorang lelaki datang menemuinya kerana mahu bertanyakan bagaimana ia perlu buat sesuatu terhadap masalah yang melibatkan dirinya. Apabila dia telah mengadap Abu Darda’ (r.a) lalu berkata: ‘Bahawasanya ada bagiku seorang perempuan (yakni, isteri) (yang aku kasih akandia), dan bahawasanya ibuku (tidak suka akan isteriku itu), menyuruh aku ceraikan dia.  (Maka bagaimana aku perbuat? Adakah aku ceraikan isteri yang aku kasihi dan aku tidak ambil peduli akan kemarahan dan ketidaksukaan ibuku itu?)’ (Bila didengar oleh Abu Dhardah (r.a) akan kata lelaki itu demikian itu, lalu dijawabnya). Kata Abu Dhardah (r.a): ‘Telah aku dengar Rasulallah (s.a.w) bersabda dia: ‘Bapa itu, (yakni keridaannya dan kepuasan hatinya itu) sebaik-baik pintu Syurga (yang disediakan).  Maka jika engkau berkehendakkan (pintu Syurga yang baik dan terbuka) maka letaklah olehmu itu pintu (atau engkau pelihara pintu Syurga terbuka dengan memuaskan hati bapa, demikianlah jua ibumu).’  [Hadith sahih at-Termidzi] 
Hadith di atas ini menjelaskan sejauh mana seseorang anak itu perlu mematuhi kedua ibubapanya supaya menyenang dan menyukakan hati mereka. Dan, sejauh mana pula sesorang anak itu perlu berkurban demi kehendak kedua ibubapanya, atau apakah tindakannya demi menyuka atau memuaskan hati keduanya diperjelaskan dalam hadith di atas itu. Sekiranya dia perlu menceraikan isteri yang dikasihinyapun untuk menyukakan atau memuaskan hati keduanya, maka hendaklah dia menceraikan isterinya itu. Keridaan keduanya, sama ada bapa atau ibu itu, adalah keridaan Allah (a.w), yang menjamin Syurga sebagai balasan. [Nota: Sila rujuk ketetapan dalam hadith dalam post sebelum ini]. Sudah pastilah sebagai seorang Muslim yang taat akan Tuhannya dan akur perintah RasulNya, dan sentiasa mencari jalan untuk mendapat Syurga, maka menceraikan isterinya adalah lebih baik daripada mengingkari kedua ibubapanya.  Mengingkari salah seorang mereka menyebabkan dia terjerumus masuk Neraka. Hadith terdahulu menjelaskan rida Allah (a.w) akan seorang anak itu apakala rida ibu atau bapanya atau kedua-duanya terhadapnya. [Nota: Bagi kita yg faham Islam, khususnya mengenai perkara perkahwinan dan penceraian dalam Islam, kita tahu bahawa sesuatu yg halal atau dihalalkan oleh Allah (a.w) tetapi tidak disukaiNya adalah perceraian. Apabila bercerai sepasang suami isteri, bergoyang arasy Allah. Namun, Allah (a.w) meletakkan keridaanNya pada keridaan kedua ibubapa kpd atau terhadap seorang anak!]

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, mencerai isteri yg tersayang kerana disuruh olih ibu-bapa semata2 utk menyenangkan hati ibu-bapa? Nampaknya keras sungguh perkara ini dan perlu diperbincangkan dgn lebih lanjut takut ramai akan lebih keliru. Benarlah ini ada sangkut paut dgn cerita nabi Ibrahim menyuruh nabi Ismail menceraikan isterinya. Tapi itu ada bersebab. Saya rasa mencerai semata2 kerana suruhan ibu-bapa is a little bit harsh kerana perkara halal yg Allah benci ialah perceraian. Saya rasa mesti ada lagi nas yg memberi penerangan yg lebih lanjut. Mungkin atas alasan kerana isteri itu tak beriman, selalu ingkar kpd suami, mencerita keburukan suami, tak menjaga harta suami dan akhlak sendiri dll.
    Bagaimana pula jika ibu-bapa yg tak beriman sedangkan isterinya pula seorang yg kuat imannya?
    Saya berpendapat perkara ini perlu dikaji lebih mendalam lagi. Misalnya kita ambil hadith mengatakan "bahawa sesaorang itu akan pasti masuk syurga jika di saat2 dia nak menghembus nafasnya terakhir dapat melafazkan kalimah - la'ilaha'ill'allah. Itu je dah cukup? Dan bila ditanya olih sahabat - sungguh pun mereka itu pencuri atau perogol? Sahabat terpaska bertanya 3 kali berturut kerana kurang percaya bila Nabi SAW jawab naam/ye". Kan akhirnya ada hadith2 yg menerangkan bahawa itu bagi mereka yg sempat bertaubat dan taubatnya Allah terima. Wallahu'alam.

    ReplyDelete