Saturday, March 26, 2011

Ibubapa: Perintah Allah (a.w)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam mukaddimah dulu - malah dalam blog ini - kita telah tahu dan faham bahawa jika kita menepati ketetapan Allah (a.w) pada Ayat 13, Surah an-Nisa' dan kita terselamat dari tergolong dari kalangan orang yg tergolong dalam Ayat 14, Surah an-Nisa' itu, kita pasti mendapat syurga. Itu satu kepastian. Dalam suatu post lalu, kita telah sebutkan bahawa adakah satu jalan pintas atau shorcut ke syurga? Ada. Jalan pintas atau shortcut itu adalah menepati ketetapan Ayat 13, Surah an-Nisa' ini. Ayat itu menetapkan bahawa seseorang yg mentaati Allah (a.w), yakni ikuti dan patuhi ketetapan al-Quran, dan, pada masa yg sama, dia mentaati Rasulallah (s.a.w), yakni ikuti ketetapan as-Sunnah, pasti mendapat syurga. Ketaatan bermaksud ada ilmu, faham akan kehdenak ilmu dan amalkan apa yg telah dipelajari dan fahami, kerana ada tanpa amalan tak cukup. Allah (a.w) memberitahu bahawa syurga itu akan diwariskan atau diberikan atau dikurniakan Allah (a.w) kpd orang yg mengerjakan amalan bukan orang yg banyak ilmu.
Saudara, dalam konteks tajuk di atas itu, kita lihat selanjutnya apakah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran. Ketetapan Allah (a.w) pada ayat-ayat al-Quran itu adalah details atau perincian kpd ketetapan pada Ayat 13, Surah an-Nisa' itu: Di dalam Surah al-Isra’ Allah (a.w) berfirman: 
Firman Allah (a.w): 'Wa qada rabbuka alla ta’budu illal … (hingga) … waqullahuma qaulan karima)  [Maksud: ‘Dan (Aku, Allah (a.w)) telah memerintahkan kamu jangan kamu sembah selain Allah (a.w) [yakni, jika disembah selain dari Allah (a.w) maka syiriklah kamu dan tinggal di Neraka selama-lamanya di Akhirat kelak] dan hendaklah kamu (kepada) kedua-dua ibu bapa berbuat baik. Jika salah seorang diantara kedua-duanya atau kedua-duanya sampai lanjut usia dalam pemeliharaanmu, maka janganlah sekali-kali engkau mengatakan kepada kedua-duanya perkataan ‘oof’ (yakni, bercakap atau berbahasa kasar atau menggunakan kata-kata bermaksud buruk, keji atau meninggikan suara, bahkan, bercakaplah dengan mereka akan perkataan yang mulia (yakni, bercakap dengan sopan santun dan hormat dan lembut bahasa dengan kata-kata yang baik-baik belaka) dan janganlah engkau membentak (mengherdik) kedua-duanya dan ucapkanlah kepada kedua-duanya perkataan yang baik-baik.] [Ayat 23, Surah al-Isra’]
Saudara, apakah perintah atau ketetapan Allah (a.w) pada ayat ini? Ketetapan Allah (a.w) itu merangkumi perintah berikut:
Pertama, Allah (a.w) perintahkan manusia - sejajar dgn Ayat 56, Surah az-Zariat, yg kita kerapkali rujuk dalam blog ini, iait: Aku (allah (a.w) jadikan jinn dan manusia semata-mata untuk mengabdikan diri mereka (i..e buat amalan dan ibadah memperhambakan diri) kpd Allah (a.w) - supaya sembah sebagai Tuhan hanya Allah (a.w), dan jangan sembah selain Allah (a.w). maka jangan syirik, yakni jadikan suatu yg lain sebagai sembahan atau sebagai Tuhan, spt berhala atau tok pekong atau apa saja. Kedua, hendaklah manusia itu berbuat baik kpd kedua ibu bapa mereka. Itu perintah wajib. Tak buat bereerti kita ingkar dan mendapat dosa. Malah tak dapat syurga! Ketiga, hendaklah kita, sebagai anak menjaga kedua ibubapa ketika lanjut umur mereka dan dhaif mereka. kalau biarkan kedua ibu bapa kita, maka kita derhaka kpd perintah Allah (a.w). Keempat, apabila bercakap dgn kedua-dua ibubapa kita hendaklah dgn penuh hormat dan sopan, bukan dgn meninggikan suara,. malah menyebut kalimah 'oof' atau 'ah' pun tidak dibolehkan. Itupun dikira kalimah kasar atau tak sopan kpd kedua mereka. Apatah lagi meninggikan suara atau berkata kasar atau memarahi mereka. Kelima, apabila bercakap dgn kedua ibubapa kita hendaklah kita bercakap dgn menggunakan perkatan-perkataan atau kalimah yg baik-baik dan sopan santun, lemah lembut. Kelima, tak cukup dgn kata-kata nasihat Allah (a.w) spt di atas itu - kata-kata lemah lembut dan sopan santun serta rendah suara, Allah (a.w) perintahkan supaya jangan membentak atau mengherdik kedua ibubapa kita.
Saudara, demikianlah perintah Allah (a.w) dalam al-Quran mengenai adab seorang anak terhadap kedua ibubapa mereka. Soalan: kalau sianak itu mencederakan kedua ibubapanya bagaimana? Pastilah dia melanggar ketetapan Allah (a.w). Kita akan tahu kelak akibatnya. Rengkasnya anak yg sedemikian itu pasti takdapat syurga, jikalah dia tidak memohon keampunan kpd ibubapanya dan ibubapanya tidak mengampunkannya! Kalau dibunuhnya ibubapanya? Pasti masukneraka!
[Nota: Seseorang Islam (ataupun bukan Islam) yg membunuh seorang Islam yg lain, hukumannya adalah dibunuh kecualilah keluarga orang yg dibunuh itu meminta pampasan selain kematian pula. Membunuh ibubapa tiada pampasan kecuali dibunuh dan setelah kiamat dunia dimasukkan dalam neraka, kekal di dalamnya!]

Jazakallahu khairah



No comments:

Post a Comment