Saturday, March 26, 2011

Ibubapa: Perintah Allah (a.w) (Samb)

Assalamualaikum,
Saudara, kita teruskan penelitian kita tentang ketetapan Allah (a.w) dalam perkara hubungan antara anak-anak dgn kedua ibubapa mereka. Dalam post yg lalu kita telah lihat firman Allah (a.w) pada Ayat 15, Surah al-Ahqaf. Kita lihat semula firan tersebut dgn tujuan kita lihat ketetapan Allah (a.w) pada dua ayat selepas ayat tersebut. Ayat 15, Surah al-Ahqaf adalah: 
Firman Allah (a.w): 'Wa-wossainal-insana biwalidaihi ihsana, hamalthu ummuhu ... (hingga akhir ayat) ... wa-inni minal muslimina' (yg bermaksud: 'Kami (Allah) perintahkan manusia supaya berbuat baik kpd kedua-dua ibubapanya; ibunya mengandungnya dgn susah payah, dan melahirkannya dgn susah payah (pula). Mengandungnya sampai menceraikan susuan selama tiga puluh (30) bulan (yakni, 2 tahun setengah wajib disusui), sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai 40 tahun dia berdoa: 'Rabbi auzi'ni an asykura ni'matikal-lati an'amta 'alaiya wa-'ala walidaiya wa-an 'amala solihan tardahu wa-aslihli fi zurriati; inni tubtu ilaika wa-inni tubtu lilaika wa-inni minal muslimina' (yg bermaksud: 'Ya Allah ya Tuhanku! Tunjukkan aku untuk mensyukuri nikmat Engkau (Allah) yg telah Engkau (Allah) berikan kpdku dan (tunjukkanlah aku untuk mensyukuri nikmat) kepada kedua ibubapaku dan supaya aku dapat berbuat amal soleh yg Engkau (Allah) ridai; berikanlah kebaikan kpdku dgn (memberi kebaikan) kpd anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kpd Engkau (Allah) dan sesungguhnya aku termasuk dikalangan orang yg berserah (yakni, Islam)).'[Ayat 15, Surah al-Ahqap]
Perintah Allah (a.w) pada ayat ini adalah: Pertama, berbuat baik kpd atau terhadap kedua ibubapa; kedua, kedua ibubapa, yakni ibu, hendaklah menyusukan anaknya selama 2 1/2 tahun (sampai umur anak itu 2 tahun 6 bulan, baru boleh dicerai susu); ketiga, umur dewasa bagi seseorang itu adalah 40 tahun. Dan, keempat anak itu disuruh berdoa dgn kalimah-kalimah doa yg disebutkan dalam ayat-ayat ini. Apabila mencecah umur tersebut sepatutnya seseorang itu sudah mempunyai kewarasan dan kebijaksanaan yg mencukupi untuk memahami segala sesuatu, termasuklah bahawa ugama Islam itu adalah ugama Allah (a.w), ugama yg diridai oleh Allah (a.w) dan ugama yg membolehkan seseorang itu mendapat syurga. pada umur tersebut seseorang yg tidak Islam itu sepatutnya sudah menyemak aqidahnya, membuat perbandingan antara sekian banyak ugama di dunia ini, berusaha memahami hakikat bahawa kehidupan di akhirat itu pasti wujud, dan berusaha mencari ugama yg benar yg menjamin kejayaan akhirat. Begitu juga orang Islam yg iman. Seseorang yg akui dirinya Islam dan beriman dan inginkan kejayaan akhirat, ketka umur 40 tahun sepatutnya sudah faham Islam dan syariatnya, menyemak segala amalan dan ibadahnya yg lalu, apakah sejajar dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah atau tidak, supaya terjamin segala amalan dan ibadahnya diterima dan tidak ditolak Allah (a.w). Kerana, semua itu ditetapkan dalam al-Quran dan, melalui ketetapan al-Quran, ketetapan as-Sunnah. Maksudnya, melalui al-Quran spt Ayat 7, Surah al-Haysr itu, wajib bagi orang Islam terima as-Sunnah, ambil pakai dan semak segala amalan dan ibadah berdasarkan ketetapan as-Sunnah. 
Apa ketetapan Allah (a.w) pada ayat-ayat berikutnya pula? Iaitu, Ayat 16 yg berbunyi:
Firman Allah (a.w): 'Ulaikal-lazina nataqabbalu ... (hingga) ... al-lazi kanu yu'aduna' (yg bermaksud: Mereka itulah orang-orang yg kami (Allah) terima dari mereka amal kebaikan mereka yg telah mereka kerjakan dan Kami mengampuni kesalahan-kesalahan mereka,bersama-sama penghuni syurga, sebagai janji benar (Allah) yg telah dijanjikan kpd mereka.'[Ayat 16, Surah al-Ahqaf]
Kemudian, pada ayat seterusnya, Ayat 17, Surah al-Ahqaf
Firman Allah (a.w): 'Wal-lazi qala liwalidaihi 'uffin' lakuma ... (hingga) ... asatirul- auwalina' (yg bermaksud: 'Orang-orang yg berkata kpd kedua ibubapanya 'oof'! Apakah kamu berdua memperingatkan aku bahawa aku akan dibangkitkan, padahal sudah berlalu beberapa umat sebelumku? Lalu kedua ibubapa itu memohon pertolongan kpd Allah (a.w) sambil berkata: 'Celakalah kamu! Berimanlah. Sesungguhnya janji Allah (a.w) itu adalah benar.' Lalu dia berkata: 'Apa-apa ini hanyalah cerita dongeng orang-orang dahulu kala.' [Ayat 17, Surah al-Ahqaf]
Kemudian, ayat berikutnya pula, iaiatu Ayat 18, Surah al-Ahqaf bahawa anak-anak yg tidak mahu mentaati kedua ibubapanya dalam Islam, adalah orang yg pasti masuk neraka bersama-sama dgn orang-orang generasi terdahulu yg tidak Islam akan berada dalam neraka: 
Firman Allah (a.w): 'Ulaikal-lazina haqqa 'alaihim ... (hingga) ... innahum kanu khosirina.' (yg bermaksud: Mereka itulah orang-orang yg sudah pasti ketetapan (yakni, azab) atas mereka bersama-sama dgn umat-umat yg terdahulu dari kalangan jinn dan manusia; sesungguhnya bagi mereka adalah kerugian yg besar (yakni, dapat neraka).' [Ayat 18, Surah al-Ahqaf]
Saudara, Allah (a.w) memberitahu bahawa anak-anak yg ingkar mengikuti ajakan dan ajaran kedua ibubapanya kpd Islam, dan membantah pula, maka mereka itu orang yg akan dimasukkan ke dalam neraka,dan jelaslah rugi mereka tidak mahu ikuti ugama Allah (a.w).

Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment