Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun maklum bahawa Allah (a.w) perintahkan umat Islam supaya amalkan Islam secara berejema'ah atau dgn berjema'ah. Berjema'ah adalah struktur pokok dalam penghayatan Islam. Jema'ah adalah juga sistem pemerintahan, sistem politik, sistem kemasyarakatan dalam Islam. Jema'a adalah satu institusi utama yg dimandatkan oleh Allah (a.w) spt yg difirmankan oleh Allah (a.w) pada Ayat 103, Surah ali-Imran yg telah kita rujuk dalam post yg lalu. Islam bukanlah semata-mata satu fahaman ugama, sebagaimana yg difahami oleh majoriti manusia, termasuk di kalangan umat Islam sendiri. Islam adalah satu sistem total yg memiliki ciri-ciri khusus yg ditetapkan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran dan diperincikan dgn jelas secara detail oleh Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah. Dan, al-Quran dan as-Sunnah adalah panduan haq bagi umat Islam dalam menjalani kehidupan dunia mereka sehari harian.
Sejajar dgn ketetapan Allah (a.w) opada Ayat 103, Surah ali-Imran itu, Rasulallah (s.a.w) memerintahkan di dalam as-Sunnah seperti dalam hadith berikut:
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
Saudara, dalam hadith di atas itu ada tiga perkara yg Allah (a.w) ridha (yakni, suka apabila dilaksanakan oleh hambaNya, yakni manusia, khususnya umat Islam); iaitu: pertama, Allah (a.w) ridha apabila Dia (Allah) kita sembah sebagai tuhan yg esa. Kerana, Allah lah yg menjadikan mansuia, walaupun manusia itu wujud melalui proses pensenyawaan antara bibit/benih lelaki (sperma) dan bibit/benih wanita (ovum). Tanpa kehendak Allah (a.w) pensenyawaan itu tidak akan berlaku. Maka dgn itulah ramai pasangan suami isteri tidak mendapat zuriat. Dan, ramai yg mengandung tetapi keguguran. Ada yg melahirkan anak tetapi meninggal ketika bayi atau ketika masih kecil. Allah (a.w) wajibkan manusia dalam Ayat 57, Surah az-Zariat yg kita rujuk kerpakali dalam blog ini supaya mengabdikan diri mereka hanya kpdNya semata-mata. Kita diberi peluang hidup di dunia mencari segala yg kita mahukan dalam hidup asalkan kita tidak lupa menyembahNya dan menjalani kehidupan dunia itu mengikut landasan yg ditetapkan olehNya. Kedua, sebagai hambaNya Allah (a.w) tidak ridha jika kita syirik, yakni menyekutukanNya atau menduakanNya, sebagaimana pengikut ugama selain Islam, mereka menyembah barang-barangan ciptaan mereka sendiri sebagai simbol tuhan atau ketuhanan (spt orang Cina dan India menyembah berhala, yg mereka cipta sendiri dan berikan sifat-sifat ketuhanan atau diangkat sebagai jelma'an tuhan. Bagi orang Islam pula, Allah (a.w) tidak akan ridha jika kita menyakini ada kuasa ketuhanan selain ketuhanan Allah (a.w). Maka dgn itu mempercayai sesuatu yg kurafat dan tahyul adalah merupakan perbuatan syirik, kerana kita akui ada kuasa ketuhanan dalam benda-benda atau makhluk lain. Ketiga, dan ini amat relevan dalam perbincangan kita kali ini iaitu, kita anuti dan amalkan Islam dan syariatnya serta tuntutannya dgn berjema'ah atau secara berjema'ah dan jangan kita mengasingkan diri dalam perkumpulan umat Islam yg terasing dan eksklusif, seperti bermazhab atau mengikut ajaran-ajaran yg terasing dalam Islam [Nota: Termasuklah kemungkinan tersasar apabila jahil ilmu menjadi pengikut taksub mazhab, kumpulan tarikat atau fahaman sufi dan sebagainya].
Kemudian, Rasulallah (s.a.w) memberitahu kita yg Islam, janganlah kita lakukan tiga perkara yg Allah (a.w) benci; iaitu: pertama, kita bercakap sesuatu mengenai Islam dalam kejahilan atau kita berkata sesuatu tentang Islam itu begitu dan begitu dalam kejahilan. Atau, atas persangkaan, tanpa sandaran ilmu atau bukti. Siapa dalam Islam diistilahkan atau digolongkan sebagai orang yg jahil? Iaitu mereka yg berkata sesuatu atau menyuruh buat itu dan ini tanpa didasarkan oleh ilmu. Apa dia ilmu dalam Islam yg membolehkan kita mengasaskan cakap-cakap dan kata-kata kita yg dianggap benar? Yg benar itu adalah ilmu al-Quran dan ilmu as-Sunnah. Segala sesuatu yg hendak kita katakan atau ajarkan manusia mengenai Islam hendaklah ada sandaran nas dan dalil al-Quran atau as-Sunnah. Segala sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah, kita bercakap mengenainya adalah kebatilan. Kedua, Allah (a.w) benci kalau kita banyak soal dalam ugama, maksudnya apakala kita diberitahu sesuatu itu adalah ketetapan Islam atau ketetapan atau carahidup Islam, apabila didasarkan kpd nas dan dalil al-Quran dan as-Sunnah, kita banyak soal atau banyak pula berhujjah. Orang Islam itu benar-benar beriman apabila diberitahu sesuatu mengenai Islam dgn sandaran al-Quran dan as-Sunnah, dia terima dgn hati yg rida tanpa soal. Orang iman itu diwajibkan 'dengar dan taat' apa yg dikatakan dan diperintahkan oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). [Nota: Namun, Rasulallah (s.a.w) memberi kelonggaran sedikit, bahawa apabila diberitahu sesuatu secara haq (benar, i..e didasarkan ketetapan al-Quran dan as-Sunnah) kita hendaklah 'dengarkan' apa yg diberitahu dan dinasihatkan.Dan, yg ditegah dijauhi dan yg disuruh kita hendaklah 'taat sekuat mampu kita'. Itu saja kelonggaran yg diberikan oleh Rasulallah (s.a.w)]. Ketiga, kita yg berada atau berharta mensia-siakan atau membazirkan harta. Apakah pembaziran dalam Islam? Pembaziran adalah menggunakan razeki dalam bentuk harta dan wang ringgit yg kita dapati secara halal itu, jika melebih yg lazim untuk kehidupan kita dan keluarga kita kerana keperluan makan-minum, pakaian dan tempat tinggal, mencukupi keperluan, selebihnya ada lebihan yg wajib dipergunakan atau dibelajakan untuk fi sabilillah dan membantu umat Islam lain yg dhaif, terutama fakir miskin, anak-anak yatim, orang-orang yg menanggung hutang yg berat kerana keperluan, orang-orang yg berusaha mengimarahkan dan mengembangkan ugama Allah (a.w) (i.e. berdakwah), dan sebagainya. Jika kita belanjakan bukan atas tujuan fi sabilillah, maka kita membazirkan harta. Kalau digunakan untuk yg batil, maka kita menderhakai rezki kurniaan Allah (a.w)!
Saudara, insya Allah kita akan sambung lagi perbincangan kita tentang sistem jema'ah dalam Islam dalam post-post akan datang, supaya kita faham. Apabila kita faham, kita akan dapat menilai dimanakah kita berada dalam syariat Islam yg haq itu. Dan, kalau kita menyimpang bagaimana membetulkan hidup kita, dan apakah akibatnya kpd kita di akhirat kelak.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment