Monday, March 7, 2011

Jema'ah Dalam Islam: Mukaddimah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, kita kerapkali diperingatkan bahawa Rasulallah (s.a.w) telah memberi kita tahu dua perkara berikut, iaitu: pertama, di akhir zaman kelak umat Islam berpecah menjadi 73 firqah atau mazhab atau golongan, kesemuanya masuk neraka kecuali satu golongan. Golongan yg berjaya mendapat syurga itu adalah yg berpegang kpd 'as-Sunnah' (atau mengikuti dan mencontohi Rasullalah (s.a.w)) dan mereka amalkan Islam secara berjema'ah. Kedua, Rasulallah (s.a.w) juga memberitahu bahawa daripada 1,000 orang Islam, hanya seorang sahaja yg berjaya mendapat syurga. Jelaslah, amat menakutkan. 'Success rate' orang Islam yg dapat syurga itu begitu kecil sekali! (1/1,000) tak sampaipun satu persen? [Nota: Memang wajar, kenapa? Berapa orangkah umat Islam hari ini yg berpandukan al-Quran dan as-Sunnah berbanding dgn ramainya umat Islam yg berpandukan media atau sumber lain sebagai ilmu dan sebagai pegangan atau sebagai panduan? Kemudian, berapa ramai pula orang Islam yg anuti Islam secara berjema'ah? Berapa negarakah yg mengamalkan Islam secara berjema'ah? Di Malaysia wujudkah 'Jema'ah Umat Islam'? Kalau adapun ditohmah sebagai 'pengganas' atau 'ekstremis' dll label lagi. Walhal, Rasulallah (s.a.w) yg menyampaikan dan mencontohkan Islam suruh umat Islam berpandukan al-Quran dan as-Sunnah dan berada dalam jema'ah]. 
Firman Allah (a.w): (yg bermaksud): Berpegang teguhlah dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan jangan berfirqah (yakni, berpecahbelah) ... ' [Ayat 103, Surah ali-Imran] 
Di Malaysia, kewajipan menganuti Islam secara berjema'ah atau dgn berjema'ah ini tidak langsung diberi perhatian. Atau, disalahertikan oleh umat Islam. Malah kalimah 'jami'an' dalam Ayat tersebut diterjemahkan sebagai 'kesemuanya', walhal yg dimaksudkan dgn kalimah 'jami'an' itu adalah berjema'ah. Ini terbukti apabila Rasulallah (s.a.w) memberitahu bahawa beliau diperintahkan oleh Allah (a.w) supaya menyuruh umat Islam berjema'ah. 
Diriwayatkan hadith daripada Suhailin hadith dari bapanya hadith dari Abi Hurairah (r.a) berkata: ‘Bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Innallaha yarda lakum thalatha wa-yakrahu lakum thalathan fayarda lakum an ta’buduhu wala tusyriku bihi syaian waan ta’tasimu bihablillahi jami’an wala tafarraqu wa-yakrahu lakum qila wa-qala wa-kathiratas-suali wa-ida’atal-mali.' [Yg bermaksud: Sesungguhnya Allah (a.w) rida bagi kamu sekelian tiga perkara dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara; maka rida Allah (a.w) bagi kamu bahawa (pertama) kamu sembah hanya Dia (Allah) (sebagai Tuhan) dan tidak syirik (menyekutukan) kepadaNya dengan sesuatupun, dan (kedua) bahawasanya kamu berpegang teguh dengan tali (ugama) Allah (a.w) dengan berjemaah dan (ketiga) jangan kamu berfirqah-firqah (berpecah belah); dan benci Allah (a.w) atas kamu tiga perkara, (pertama) kata-kata itu dan kata-kata ini (yakni, ikuti cakap-cakap orang begitu dan begini tanpa sandaran nas dan dalil dari al-Quran dan as-Sunnah), dan (kedua) memperbanyakkan soal (pertanyaan dalam ugama kerana dipengaruhi oleh hasutan syaitan dan kata-kata sianu sianu), dan (ketiga) mensia-siakan harta (yakni, membazirkan harta kerana tidak dimanfaatkan demi Islam (yakni, kebajikan akhiratnya))] [Hadith Muslim]
Hadith di atas itu dengan jelas menunjukkan bahawa Rasulallah (s.a.w) mengulangi ungkapan yg digunakan oleh Allah (a.w) dalam al-Quran, iaitu 'ta'tasimu bihablillahi jami'an' itu. Maksudnya 'berjema'ah' atau 'dgn berjema'ah' atau 'secara berjema'ah'. Jelaslah pentafsiran arus perdana menyimpang dari maksud sebenarnya kalimah tersebut. Oleh yg demikian,majriti umat Islam telah mengamalkan Islam lari daripada ketetapan asal Allah (a.w) dan RasulNya! Tak hairanlah hanya 0.01% umat Islam yg berjaya dapat syurga, 99.9% masuk neraka
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): (Yg bermaksud: Aku (Nabi) wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum) ... wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga (yakni, mendapat syurga dgn pasti) maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah ... ). [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
Saudara, hari ini yg jelas dalam amalan umat Islam hanyalah mengerjakan solat fardu secara berjema'ah - ada imam solat dan ada makmum dan imam solat mengimamkan solat dan makmum mengikutinya. Itu sahaja. Tiada bukti-bukti lain yg menggambarkan bahawa umat Islam itu berjema'ah. 
Saudara, apakah ciri-ciri sitem berjema'ah dalam Islam itu? [Nota: Umat Islam zaman Rasulallah (s.a.w) dan zaman khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin adalah berjema'ah - ada imam dan ada rukyah (ahli jema'ah) yg diikat oleh tali Ikrar Taat Setia (bai'at) antara rukyah dgn Imam. Kalimah ikrar tersebut adalah 'sami'na, wa-ato'na mas-tato'na' (yg bermasud: Kami dengar (nasihat dan perintah), kami taat (i.e. laksanakan apa-apa yg diperintah atau disuruh, dan kami laksanakan apa-apa yg diperintah atu disuruh sekuat kemampuan kami.
Hari ini, hakikat ini tidak lagi wujud dalam masyarakat Islam. Maka dgn itulah agaknya para ulama' dan ilmuwan Islam kini tidak berikan keutamaan tentang ketetapan berjema'ah dalam Islam itu. Tambahan pula, apabila masyarakat moden menerima bulat-bulan sistem politik dan kaedah pemerintahan Barat (spt demokrasi) dan sistem politik Timur (spt sosialists dan komunisma), maka sistem politik Islam yg haq itu telah ditinggalkan dan dilupakan oleh umat Islam. Tambahan pula kepimpinan jema'ah Islam telah diubah selepas kematian Ali b Abi Thalib (r.a), apabila sistem 'raja' dijadikan asas pemerintah jema'ah Islam kemudiannya. Kepimpin sudah menjadi hereditary dan tidak lagi berasaskan ketetapan as-Sunnah.
Perkembangan ini adalah merugikan umat Islam kerana 'ahlus sunnah wal-jama'ah' tersebut tidak lagi wujud secara hakiki kerana satu daripada dua cirinya telah diketepikan dan dilupakan. Maka hakikatnya pengabdian umat Islam terhadap Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) tidak lagi menepati perintah hakiki Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w). inilah sinario masyarakat Islam hari ini.
Soalnya: jikalah satu daripada dua pra-syarat sahnya 'ahlus sunnah wal-jama'ah' sebagai landasan mengamalkan islam, yg juga menentukan apakah kita yg Islam itu diterima amalan dan ibadahnya, itu boleh menjamin syurga kpd kita? Jawabnya tidak. Maka dgn itu umat Islam, khususnya para ulama' dan ilmuwan Islam wajib kembali ke meja bulan permusyawarah untuk meneliti semula aqidah umat islam dan mengambil langkah yg tertentu bagi menjamin kesahihan kedudukan umat Islam dalam konteks perintah Allah (a.w) dan RasulNya.

Jazakallahu khairah
.

No comments:

Post a Comment