Assalamualaikum,
saudara, kelmarin kita muatkan cerita Muammar Gaddafi, Presiden Libya, yg sekarang dalam huruhara kerana hendak disingkirkan oleh rakyatnya, telah membayar Nelly Furtado US$1.0 juta untuk satu pertunjukan. Kelmarin the Sun dan hari ini (5 Mac 2011) dalam akhbar Kosmo lapurkan pula bayaran US$ 1.0 juga dibuat oleh keluarga Gaddafi kpd Beyonce Knowles, juga penyanyi pemenang Garammy US, kerana membuat persembahan sambutan tahun baru bagi keluarga Gaddafi di St Barts, sebuah pulau Carribean, pada 31 Disember 2009. Katanya Beyonce 'sedekahkan' kpd orang Haiti tahun lalu.
saudara, alangkah baiknya dan beruntungnya Gaddafi kalaulah dia belanjakan atau infaqkan wang tersebut untuk membantu mengurangkan kemelaratan umat Islam di Myanmar atau Kampucha atau di Selatan Thailand atau di Filipina atau di sebuah negara Afrika yg ramai umat Islam yg susah dan faqir? Tapi, Gaddafi mungkin dilahirkan Islam tapi takpun endahkan Islam. Mungkin dia jahil. Lebih betulnya dia tidak menghayati Islam yg dijelaskan kpd manusia oleh Allah (a.w) dan Rasulallah (s.a.w) dalam al-Quran dan as-Sunnah. Apakah dia masih Islam? Wallahu 'alam. Namun yg pasti Allah (a.w) melarang orang Islam membunuh orang Islam yg lain. Tapi, malangnya mengikut pendedahan jururawat peribadinya, seorang berbangsa Russia, dalam akhbar kelmarin Gaddafi, kerap kali menzalimi bangsanya sendiri. Malah dia telah memerintahkan askar upahannya mengebom sasaran rakyatnya yg menentangnya pula. Jika seorang pemimpin umat Islam melakukan kezaliman sedemikian, tidak wajar lagi didengari cakapnya, dipatuhi perintahnya - mengikut ketetapan as-Sunnah. Malah seseorang Islam yg membunuh seorang Islam yg lain wajib dihukum bunuh pula ...
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment