Tuesday, March 8, 2011

Mahathir dan Buku Memoir Beliau

Assalamualaikum,
Saudara, dalam akhbar hari ini (8 Mac 2011), termasuk the Sun, dilapurkan bahawa kelmarin di Mid-Valley kelmarin pelancaran buku Tun Dr Mahathir Mohamed menyentuh riwayat atau coretan hidupnya, bertajuk A Doctor in the House: The Memoirs of  Tun Dr Mahathir Mohamed. Rasanya dgn kepupulariti beliau kpd rakyat Malaysia dan orang luar negara, pastilah buku itu, sebagaimana buku-buku lain yg ditulis mengenai beliau akan laris dijual. Dan, akan diisi di dalam khutubkhanah atau perpustakaan (library) kesemua sekolah, kolej dan univerisiti di malaysia dan luar negarapun. Kalau dia dapat bayaran royalty RM 10.00 senaskhah dan 10.0 juta orang beli (kira-kira 40% jumlah rakyat Malaysia) beliau dapat sejumlah  10,000,000 x 10 = RM 100,000,000.00, yakni RM 100.0 juta, lebih dari pulangan keuntungan satu projek mega. Yg menolong Mahathir tulis buku itu mungkin dapat RM 100.0 juta juga selain keuntungan yg didapti oleh Penerbitnya. Lumayankan? Tak perlu ambil rasuah atau habuanpun untuk kekal kaya raya sampai tiba ajal beliau.
Saudara, kalau nak tahu apa yg berlaku, mengikut kacamata Mahathir, zaman pemerintahannya selama 22 tahun dulu itu, belilah senaskhah dan bacalah. Mungkin menarik.
Dgn pembelian itu juga saudara menderma kpd Mahathir sebagai menghargai kepimpinan beliau dulu. 

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, Tak salah menyatakan kebenaran. The message is clear.. no need to be a corrupt person to be a millionaire. Menulis tentang kebenaran dan "berdakawah" cara menulis buku juga mendapat rezeki yg halal. Tapi ingat rezeki itu pemberian Allah jua dan jangan lupa sebahagian perlu di INFAQkan ke jalan Allah, pembelaan Islam agama Allah. Tak rugi atas dua sebab. Ini janji Allah yg tak pasti.

    1. Jadi pelaburan di akhirat
    2. Allah tambah lagi rezekinya di dunia.

    Masya'allah kan hebat tu, kalau kalian berilmu. Kalau tidak, ianya hanya menjadi beban lebih berat di dunia & di akhirat. Fikir2kanlah.

    Semuga Allah memberi hidayah kepada mereka yg telah Allah kurnia rezeki yg banyak.... ameen

    ReplyDelete