Thursday, March 10, 2011

Jema'ah: Apa Pesanan Rasulallah (s.a.w) (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara dalam membincangkan tajuk 'jema'ah' kita telah maklum dua perkara setakat ini [Nota: Rujuk post yg lalu]; iaitu: pertama, perintah supaya kita yg Islam dan beriman itu anuti atau pegang ugama Islam secara berjema'ah itu adalah perintah Allah (a.w) dalam al-Quran; dan kedua, perintah supaya kita yg Islam dan beriman anuti atau pegang ugama Islam dan laksanakan ugama Islam, secara berjema'ah juga adalah perintah Rasulallah (s.a.w) (yakni, dalam as-Sunnah). Maka jelaslah Islam itu sebagai 'ad-Din' atau cara hidup yg sempurna dan menyeluruh adalah di dasarkan kpd kehidupan bermasyarakat yg khusus, iaitu 'berjema'ah', satu masyarakat yg kompak, bersatu padu, bantu membantu satu sama lain dan tolong menolong, supaya akhirnya, setiap ahli dalam keluarga besar Islam itu dapat masuk syurga dan selamat dari neraka. Kerana apabila bersatu padu dan saling tolong menolong, hati memerhati dan nasihat menasihati satu sama lain, kemungkinan tersilap dan tersalah atau tersasar itu akan dapat dihapuskan atau diminimakan.
Saudara, kita lihat satu lagi pesanan Rasulallah (s.a.w) kpd orang iman mengenai jema'ah atau berjema'ah itu, dalam hadith berikut: 
Diriwayatkan hadith daripada Abdullah b Dinar hadith dari ibnu Omar (r.a) berkata: ‘Berkhutbah Omar di tanah Jahbiyah, maka berkata dia: ‘Wahai sekelian manusia! Sesungguhnya aku sungguh-sungguh berdiri di kalangan kamu sebagaimana berdirinya Rasulallah (s.a.w) di kalangan kami (suatu masa) (di sini), maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Usikum biashabi thummal-lazina yalunahum thummal-lazi yalunahum thumma yafsyul-kazibu hatta yahlifar-rajulu wala yustahlafa wa-yasyhada as-syahidu wala yustasyhada ala la yakhluanna rajulun biamraratin illa kana thalithahuma as-syaitanu ‘alaikum bil-jama-ati wa-iyakum wal-firqata fains-syaitana ma’a wahidi wahua minal ithnaini ad’adu man arada buhbuhatal-jannati fal yalzamil- janma’ata man sarrathu hasanatuhu wa-saat-hu saiyiatuhu fazalikal-mukminu.' [Yg bermaksud: Aku wasiatkan kepada kamu sekelian dengan (kehadiran) beberapa sahabatku (khalifah yang empat) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, yang mengikuti) mereka (yakni, para tabi’in) kemudian orang-orang yang mendekati (yakni, mengikuti) mereka (yakni, yang mengikuti at-tabi’in, iaitu para tabi’ahum), kemudian tersiarlah dusta atau pendustaan sehingga bersumpah seorang lelaki dan tidak diminta dia bersumpah, dan meminta menjadi saksi lelaki dan tidak (pula dia) diminta (atau disuruh) menjadi saksi; ingatlah tidak menyendiri (atau menyendiri, yakni berkhalwat) seorang lelaki dengan seorang perempuan kecuali ada yang ketiga kepada mereka berdua itu syaitan; wajib atas kamu dengan berjemaah dan takutilah (yakni, jauhilah) kamu sekelian berfirqah (yakni, berpecah belah menubuhkan perkumpulan), maka sesungguhnya syaitan itu berserta dengan orang yang berseorangan dan dia (syaitan) itu orang kedua (padanya), lebih jauh, barangsiapa inginkan (berada) di tengah-tengah syurga maka hendaklah dia menetapi (ikuti) jamaah; barangsiapa menyenangkan (atau menggembirakan) seseorang  Islam dan iman yang lain (maka) kebaikan baginya (di akhirat kelak); (barangsiapa) medatangkan keburukan (atau mempersulitkan) atas orang Islam dan iman yang lain, maka keburukan baginya (di akhirat kelak); demikian itu sifat-sifat orang yang beriman (yakni, ada yang buruk dan ada yang baik perangai dibalas sewajarnya).] [Hadith at-Termidzi, Kitab Fitan (fitnah)]
[Nota: Kita telah gariskan ungkapan atau frasa yg relevan dalam perbincangan kita mengenai tajuk ini, iaitu perkara 'berjema'ah' dan 'perpecahan dalam Islam'.]
Dalam hadith ini diceritakan bahawa Omar ibni Khattab (r.a), yg ketika itu adalah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin ke-2, selepas kewafatan Abu bakar as-Siddiq (r.a), berkhutbah depan para sahabat. Dia menyatakan bahawa di situlah suatu ketika dahlu Rasulallah (s.a.w) berkhutbah sebagaimana dia berkhutbah sekarang. Maka dia menyebutkan apakah mesej yakni pesanan atau wasiat Rasulallah (s.a.w) dalam khutbah tersebut. Omar (r.a) memberi wasiat sebagaimana Rasulallah (s.a.w) dgn disaksikan oleh para sahabat. Maksudnya, itu adalah perintah wajib atas umat Islam yg iman ketika itu.
Bagi tujuan tajuk perbincangan kita ini, kita lihat ungkapan yg digariskan dahulu. Mesej yg selainnya kita akan teliti dan ulas kemudian kelak. Mesej utama yg digariskan itu adalah menyentuh dua perkara; iaitu: pertama, umat Islam itu diwajibkan berjema'ah dalam Islam dan ditegah atau dilarang sama sekali berfirqah atau menubuhkan perkumpulan terasing dalam Islam. Kerana Allah (a.w) memberitahu dalam al-Quran manusia itu adalah dari asal usul nenek moyang yg satu, iaitu Adam (a.s). Dan, orang Islam itu sesama orang Islam yg lain adalah bersaudara. Tidak ada suruhan berkelompok dalam Islam. Kelompok, termasuk fahaman kewilayahan sekarang ini adalah ciptaan manusia. Islam itu sepatutnya 'borderless' - orang Islam boleh berada atau bermestautin dimana sahaja di bumi Allah (a.w) dan mereka dalam Islam kekal bersaudara di sisi Allah (a.w). Dunia ini wilayah Allah (a.w) yg dipinjamkan sementara kpd manusia sahaja selagi mereka bernyawa. Kedua, Rasulallah (s.a.w) memperingatakan kita yg Islam jika kita inginkan secara pasti masuk syurga atau menjadi ahli syurga, kita wajib berjema'ah. Jika begitu, kalau kita tidak berjema'ah belum pasti masuk syurga atau tak mungkin masuk syurga? Jawabnya: 'Ya.' Isu ini akan kita teliti kemudian nanti dalam post yg akan datang. Yg penting kita ambil ingatan pesanan kedua itu bahawa jika kita ingin berada di tengah-tengah syurga, yakni takkan tergelincir keluar dari syurga, kita wajib amalkan Islam secara berjema'ah dan berada d tengah-tengah jema'ah umat Islam. Tanpa berjema'ah memang pasti tergelincir dan berakhir dgn menjadi ahli neraka, wal iya zubillah.


Jazakallahu khairah

No comments:

Post a Comment