Assalamualaikum,
Saudara, bagi kita yg Islam wajarlah kita bangun pagi bertanya kpd diri kita sendiri soalan: 'Apakah aku sudah bersiap-siap berbekal untuk mati?' Kerana kematian akan sampai. Tapi, ketika kita bangun pagi, kita masih diberi nyawa oleh Allah (a.w), kita bersyukur kerana diberikan mungkin sehari lagi, untuk hidup dgn mengucapkan kalimah-kalimah: 'Alhamdulillahil-lazi ahyana ba'da ma amattana wa-ilahin nusyur' (yg bermaksud: Maha suci Allah (a.w), zat yg menghidupkan aku setelah apa-apa yg mematikan aku (ketika tidur), dan kepadaNya aku akan kembali (menemuinya kelak di akhirat).' [Hadith]. Sekurang-kurangnya kita akui bahawa Allah (a.w) memberi peluang kpd kita untuk terus hidup dan menikmati kehidupan. Manalah tau, esok pagi kita mungkin tak bangun lagi ...
Saudara, ketika kita masih diberi kesempatan hidup, bersedialah dan siapkanlah bekalan untuk perjalanan menuju akhirat, yakni kiamatnya dunia, yg pasti berlaku pada hari Jum'at, bila mungkin minggu depan. Kita diperingatkan oleh Allah (a.w) dalam firman Allah (a.w) berikut:
Firman Allah (a.w): 'Dan demikian itulah syurga yg diwariskan (yakni, diberikan) dgn apa-apa (yakni, atas apa yg kamu) yg ada kamu kerjakan (semasa hidup kamu).' [Ayat 72, Surah az-Zuhruf]
Firman Allah (a.w) dgn jelas memberitahu kita bahawa syurga itu hanya diperolehi melalui amalan. Kalau kita tidak kerjakan amalan, tak mungkin akan diberikan syurga. Kerahmatan Allah (a.w) itu kita dapat melalui usaha dan amalan. Kerahmatan bukan loteri yg jika kita bernasib baik, kita dapat. Syurga itu hanya didapati melalui amalan. Dan, amalan fardu atau yg diwajibkan itu adalah kerana mensyukuri nikmat yg Allah (a.w) berikan kpd kita. Itupun tak cukup untuk mengimbangi nikmat yg Allah (a.w) berikan kpd kita. Untuk membuktikan kita bersyukur, paling kurang kita mengerjakan amalan yg sunat-sunat pula, mudah-mudahan dgn itu Allah (a.w) kasiankan kita dan diberikanNya kita peluang untuk menjadi ahli syurga, walaupun orang yg termiskin di dalam syurga, berbanding dgn ahli syurga yg lain yg tiada dosa atau sedikit dosanya dan banyak atau menggunung bekalan pahalanya! [Nota: Orang termiskin dalam syurga itu memiliki kekayaan melebihi nilai 10 kali dunia dan isinya, ada 72 bidadari (hurun'ain) yg melayaninya].
Saudara, ramai orang Islam yg berkata bahawa syurga itu hanya di dapati dgn kerahmatan Allah (a.w). Maka, kata mereka, amal dan ibadah itu belum mempastikan dapat syurga! Mereka gunakan itu sebagai alasan tidak istiqamah dalam beramal dan beribadah. Walhal, meninggalkan satu waktu solat fardu dah jatuh kafir, apatah lagi kalau langsung tak solat! Hari ni ramai orang yg akui diri mereka Islam - tua dan muda, kaya dan miskin -yg tidak bersolat. Ketika masuk waktu Solat Maghrib, contohnya, masih bermesyuarat, masih berklab, masih main golf, masih berkeliaran di pusat-pusat membeli belah, makan minum di the Pavilion, di the Curve, di Mid-Valley, di KLCC, dan dilobi-lobi hotel dan kelab-kelab malam ternama di KL dan di mana-mana melayan clients atau tetamu, contohnya. Merekalah contoh-contoh orang-orang yg tidak bersedia atau belum bersedia atau belum mahu bersedia untuk akhirat mereka. Malah merekalah orang-orang yg sangat cintakan dunia mereka, abaikan atau perlekehkan akhirat mereka!
Mudah-mudahan, tidaklah kita dihanyutkan oleh dunia sebagaimana begitu ramainya manusia Islam yg tenggelam didodoikan oleh keseronokan dunia dan dibawa serta dibuai oleh ombak dunia, ke arah kehancuruan akhirat mereka.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment