Assalamualaikum,
saudara, bagi kita yg Islam yg kurang ilmu atau jahil ilmu mengenai Islam dan syariatnya, mungkin kita tidak terasa apa-apa sehari-harian tentang sesuatu yg berlaku di dalam masyarakat umat Islam, terutama di Malaysia. Yg sentiasa kita berdepan adalah beberapa isu pokok; antara: pertama, tentang ketetapan Islam yg haq itu bersumberkan apa? Insya Allah dalam blog ini kita telahpun faham bahawa segala sesuatu mengenai Islam, terutama syariatnya, adalah bersumberkan al-Quran dan as-Sunnah. Al-Quran itu adalah Perlembagaan Islam atau Perlembagaan Umat Islam, yg tidak boleh tidak wajib dipatuhi dalam apa jua keadaan dan bila-bilapun zaman kita hidup. As-Sunnah juga adalah sebahagian drpd Perlembagaan Islam atau Perlembagaan Umat Islam tersebut, kerana as-Sunnah menjelaskan serta mendetailkan segala sesuatu yg disebutkan secara prinsip dalam al-Quran. Hakikat ini wajib kita semua yg akui diri kita Islam fahami. Kedua, pelaksanaan syariat Islam di dunia dalam semua dimensi dan segi (facets) kehidupan manusia adalah dipandu atau dihadkan atau ditetapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah - yg boleh dan yg tidak boleh dilakukan oleh manusia, bukan setakat umat Islam sahaja. Kerana tanggungjawab utama manusia itu diberi kesempatan hidup di dunia adalah memperhambakan diri mereka kpd Allah (a.w) (Ayat 56, Surah az-Zariat) dan acuannya, yakni bagaimana memperhambakan diri yg sah di sisi Allah (a.w), dicontohkan oleh Rasulallah (s.a.w).(Ayat 80, Surah an-Nisa' dan Ayat 7, Surah al-Hasyr dan Ayat 21, Surah al-Ahzab). Maka dgn itu seseorang yg Islam dan mengerjakan dia akan amalan dan ibadah yg menepati ketetapan al-Quran (Ayat 36, Surah al-Isra' dan Ayat 56, Surah al-Isra' serta Ayat 103, Surah ali-Imran), maka kesemua amalannya adalah sah dan diterima Allah (a.w). Jika tidak menepati ketetapan tiga ayat tersebut khususnya, maka amalan dan ibadahnya tidak sah dan tidak diterima Allah (a.w). Oleh yg demikian, amalan dan ibadah yg berlainan dari ketetapan al-Quran dan as-Sunnah adalah batal, kerana menyalahi perintah Allah (a.w) dan mengingkari ketetapan as-Sunnah. Kesempurnaan ilmu mengenai Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Juga, panduan haq umat Islam itu adalah al-Quran dan as-Sunnah. Oleh yg demikian, segala ketetapan yg bersandarkan 'qias' atau 'ijtihad' hanya boleh diterima sebagai sah dan haq jika tidak menyalahi atau bertentangan dgn ketetapan al-Quran dan as-Sunnah. Kesempurnaan serta kesahihan segala amalan dan ibadah dalam Islam adalah amalan dan ibadah yg menepati al-Quran dan as-Sunnah. Ketiga, seseorang itu sah Islamnya jika dia patuhi ketetapan Allah (a.w) dalam Ayat 103, Surah ali-Imran - iaitu mereka 'berjema'ah dalam Islam'. Untuk memahami sepenuhnya hakikat dan konsep 'berjema'ah' itu hendaklah kita merujuk kpd as-Sunnah. Rasulallah (s.a.w) menjelaskan dgn sempurna hakikat 'berjema'ah' itu dalam as-Sunnah. [Nota: Insya Allah kita akan teliti sepenuhnya konsep 'berjema'ah' ini dalam blog ini nanti. Buat sementara waktu, pembaca diingatkan supaya merujuk kpd hadith Omar ibni Khattab (r.a) yg mermumuskan konsep 'berjema'ah' ini - tidak dikatakan Islam kecuali berjema'ah, tidak dikatakan berjema'ah kecuali ada Imam (i.e. pemimpin), tidak dikatakan ada pemimpin jema'ah kecuali jika wujud ikrar taat setia (bai'at) terhadap pemimpin dan pemimpin hendaklah ditaati. Omar (r.a) dalam hadith tersebut merumuskan prinsip pokok 'berjema'ah' itu selari dgn firman Allah (a.w) dalam al-Quran dan sabda Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah]. Keempat, sah Islam seseorang itu sebagai 'ahlus sunnah wal-jama'ah' jika mereka berpandukan dan terima as-Sunnah (termasuk sunnah khalifah ar-rasyidin al-mahdiyin yg empat dan mereka Islam secara berjema'ah. Kelima, apabila seseorang itu Islam dan dia berada dalam jemaah umat Islam, yg menepati spesifikasi 'jema'aah' yg diteteapkan oleh al-Quran dan as-Sunnah, maka barulah 'halal' hidupnya di dunia. Jika tidak 'hidupnya' belum dikira 'halal'. Halal bererti keIslamannya atau aqidahnya diterima Allah (a.w) dan diakui orang yg anuti Islam yg haq, maka orang sedemikian berhak untuk mendapat syurga kelak di akhirat. [Nota: Orang yg tidak halal hidupnya akan menerika apa yg diterima oleh orang yg kafir dan kufur, kerana segala amalan dan ibadahnya tidak diterima Allah (a.w), maka dgn itu Kitab Catatan Amalannya kosong semata-mata apabila dihisab di akhirat kelak, wal iyazubillah.]
Saudara, mudah-mudahan saudara faham. Ramai orang Islam tak faham, walaupun dia adalah kononnya ornag yg berilmu - keluar dgn ijazah menjela dari institusi pengajian tinggi menara gading spt al-Azhar, Mesir, Universiti 'Ain Syam, juga di Mesir, Uiversiti Madinah, di Arab Saudi, Universiti Umul Qura, juga di Arab Saudi, dan di Malaysia UIAM (International Islamic University Malaysia) dll lagi! Ramai tokoh-tokoh ugama yg bercakap begitu petah dan fasih tentang 'Islam' tapi tak faham hakikat yg disebutkan di atas itu. Yg paling tidak difahami mereka adalah konsep 'jema'ah' dalam Islam.Rugilah orang Islam yg dahlah tak faham, tak mau pula diberi kefahaman, kerana sombong diri. Di dalam Islam orang yg sombong itu adalah orang yg diberitahu sesuatu kebenaran dia menolak atau tidak mahu terima. Begitu juga orang yg berdusta dalam istilah al-Quran dan as-Sunnah itu adalah orang yg menyebut sesuatu tentang Islam tanpa merujuk kpd al-Quran dan as-Sunnah, maka segala sesuatu yg tiada dalam al-Quran dan as-Sunnah adalah suatu pembohongan dan menipuan. Orang-orang sedemikian itu cuba menipu Allah (a.w) dan berlagak seolah-olah dia beranggapan dan mengakui bahawa ilmunya lebih tinggi dan lebih luas dari ilmu Allah (a.w) dan lebih luas drpd ilmu yg diwahyukan oleh Allah (a.w) kpd Rasulallah (s.a.w), wal iya zubillah min zalik!
Saudara, melalui post dalam blog ini, kita akan lama kelamaan dan sedikit demi sedikit faham Islam dan syariatnya yg haq itu, insya Allah. Oleh itu teruskan melayari blog ini.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment