Monday, March 28, 2011

Aurat: Ketetapan Rasulallah (s.a.w) dalam as-Sunnah (Samb.)

Assalamualaikum,
Saudara, dalam membicarakan tajuk 'aurat wanita' itu, kita semak beberapa ketetapan lain dalam as-Sunnah. Antaranya, Islam melarang wanita iman memakai rambut palsu. 
Diriwayatkan hadith daripada Aisyah (r.ah) berkata bahawa seorang perempuan Ansar menikahkan anak perempuannya, maka anak itu jatuh sakit sehingga (kesemua) gugur rambutnya. Maka datanglah dia menemui Rasulallah (s.a.w) bertanyakan tetang (kemungkinan) anaknya memakai cemara (yakni, rambut palsu, termasuklah alat-alat untuk mencucuk sanggul wanita yang diperbuat daripada besi atau tembaga atau suasa ataupun tulang dll), (kerana suaminya inginkan isterinya memakainya). Maka bersabda Rasulallah (s.a.w): ‘Dilaknat (oleh Allah (a.w)) memakai cemara (yakni, rambut palsu serta alat-alat untuk mencucuk sanggul wanita yang diperbuat daripada besi atau tembaga atau suasa ataupun tulang dll).’[Hadith Muslim]
Hadith di atas itu memberitahu kita bahawa Allah (a.w) melaknat wanita iman yg memaki rambut palsu. Apabila seseorang itu dilaknat Allah (a.w), pastilah dia sangat dimurkai Allah (a.w). Orang yg mendapat kemurkaan Allah (a.w) tempatnya dalam neraka. [Nota: Namun, setelah mengetahui ketetapan Islam, wanita tersebut boleh bertaubat, dan jika diterima taubatnya, mak bersihlah dia, insya Allah.]

Jazakallahu khairah

1 comment:

  1. Askm, ini isu sensitif. Mereka dengar tapi merasa perkara ini adalah rimih sebab mereka tak tahu ilmunya. Masalahnya tak tahu tapi tak nak pula belajar. Siapa salah? tentu diri sendiri, masyarakat dan juga pihak yg berkuasa. Apa hukum pula yg tahu agama ( uztaz atau mufti ) tapi mereka membisu saja? Wallahu'alam. Semuga Allah memberi petunjuk kpd kita semua....ameeen

    ReplyDelete