Asallamualaikum,
Saudara, 'aurat' adalah suatu yg amat fundamental dalam Islam. Malangnya, ramai sekali umat Islam, termasuklah orang Melayu yg akui dirinya Islam, abaikan atau ketepikan atau persoalkan (i.e. tidak bersetuju mereka kpd ketetapan dan perintah Allah (a.w) dalam al-Quran dan ketetapan as-Sunnah atau mereka sengaja langgar ketetapan tersebut). Ramai orang Melayu - dari pemimpin mereka di peringkat tertinggi hirarki dunia di Malaysia (seumpama PM dan menteri, hakim dan sebagainya) dan para selebriti (spt penyanyi dan pelakun serta juruhebah media dan sebagainya) dan orang awam sama ada di kampung atau di bandar, sendiri telah mengingkari perintah Allah (a.w) dan RasulNya. Mereka mungkin jahil atau tak faham.
Orang-orang yg melanggar perintah Allah (a.w) dan RasulNya diistilahkan sebagai orang 'fasiq' dalam Islam (yakni, orang yg tahu larangan, tetapi tetap tidak endahkan, sebaliknya lakukan juga) atau orang yg 'menzalimi diri sendiri' (yakni, orang yg tau hukum Islam tetapi sengaja langgar). Dalam Islam orang fasiq dan orang yg menzalimi diri sendiri pasti masuk neraka, kerana kefasiqan mereka atau kerana 'menzalimi diri mereka' tersebut. Hanya, berapa lama menjadi penghuni neraka, wallahu 'alam. Allah (a.w) yg tahu. Kefasiqan dan kezaliman atas diri ini boleh terhapus jika bertaubat setelah menyesali kefasiqan dan kezaliman tersebut, dan tidak ingin mengulangi lagi. Jika taubat diterima Allah (a.w), maka terhakislah dosa kefasiqan dan penzaliman tersebut, insya Allah.
Dalam perkara aurat - pakaian lelaki dan perempuan - dalam Islam, ramai orang Melayu yg menjadi fasiq dan menganianya diri mereka sendiri. Selaian kerana kejahilan dan tidak faham, ramai yg tau, tapi tidak akur dgn ketetapan Allah (a.w). Menagpa? Mereka yg terlibat rela, bahkan suka, meniru cara hidup dan gaya hidup orang-orang yg bukan Islam. Dulu umat Islam meniru perbuatan dan perangai orang Yahudi dan Nesrani. Sekarang orang Melayu tiru budaya Yahudi, Nesrani dan budaya orang yg bukan Islam selainnya, spt India, China dan sebagainya. Malah melalui pelbagai media - media cetak dan media letronik spt TV dan media maya (komputer) - orang Islam, terutama genarasi muda atau kamu muda mudi sekarang, mencontohi segala perbuatan orang-orang yg bukan Islam, terutama selebriti, dalam tata kelakuan, perangai dan perbuatan.
Umumnya, orang Melayulah yg suka meniru pakaian bangsa lain - pakaian China dan India dan pakaian Barat. Apabila tiba Tahun Baru Cina (Gong Xi Fa Cai) atau perayaan orang Kristian (spt Valentine Day, X-Mas dan sebagainya) atau perayaan India spt Deepavali dan Thaipusam), kita akan lihat orang Melayu (termasuk pemimpin politik sendiri yg memakai pakaian tradisi atau budaya bukan Islam tersebut.
Golongan orang Melayu yg paling serius dan mendalam kefasiqan mereka adalah selebiriti -pelakun (atau istilah glamournya, artis) dan penganyi (juga artis). Sudahlah mereka itu tidak mendapat didikan ugama yg cukup, mereka jahil tentang Islam, mereka pula dari keluarga yg kedua ibubapa merekapun jahil tentang Islam. Mereka telah menjadi idola dan dijadikan idola oeh generasi muda. Maka bukan setakat mereka berdosa setiap saat dan ketika kerna tatakelakuan dan penampilan mereka, mereka sebagai idola pula seolah-olah mengajarkan kefasiqan kpd generasi muda yg meniru mereka, semakin ramai semakin hari. Maka mereka seolah-olah melabur untuk kehancuran akhirat mereka setiap saat dan ketika. Kerana, dosa yg didapati oleh anak muda atau siapa saja yg meniru mereka tetap dikirimkan oleh muda mudi yg mengidolakan mereka, tanpa sedikitpun menjejaskan dosa-dosa yg didapati oleh muda mudi tersebut dalam meniru tatakelakuan dan perangai idola mereka.
Kalau kita rajin membaca akhbar-akhbar harian - spt Metro, Kosmo, Utusan Malaysia (yg berbahasa Melayu) dan majalah kegemaran muda mudi, dan sebagainya kita akan temui cerita dan coretan artis-artis Melayu buat itu dan ini (spt berbikini di pantai) serta gambar-gambar fesyen terkini mereka yg direka oleh pereka fesyen, yg tak tumpah spt pelakun Hollywood ataupun Bolywood atau artis China, Jepun dan Taiwan. Mereka yg rajin melayari lawan web pula, pasti menemui pula penampilan orang Melayu sebagai Swingers dan lagak seumpama pelakun porno di kalangan anak Melayu pula! Yg kaya pula ada klab sulit tersendiri, di mana mereka lakukan pelabagi kemaksiatan pula! Yg membezakannya hanyalah nama yg masih ada mirip-mirip Islam, kerana terkadang memakai nama glamour seumpama nama orang Barat. kalau kita lihat pula majallah bulanan muda mudi kita akan dapat lebih banyak lagi pendedahan oleh artis dan selebriti.
Saudara, dalam beberapa post yg akan datang kita akan teliti apakah ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran mengenai aurat ini. Kemudian, kita akan teliti pula apakah ketetapan as-Sunnah mengenai perkara yg sama. Dgn itu nanti kita faham ketetapan Allah (a.w) dalam al-Quran dan dalam as-Sunnah sebagaimana yg diperincikan oleh Rasulallah (s.a.w).
Aurat dalam Islam adalah suatuk etetapan yg amat utama dan paling banyak menjermusukan orang Islam ke dalam neraka.Sememangnya orang-orang Islam yg mendedahkan tubuhnya adalah melanggar ketetapan tentang aurat. Tapi, bagaimana pula orang-orang yg menutup tubuh mereka, tetapi masih jelas kelihat tubuh mereka juga? Bagaimana, kalau seorang artis wanita itu menutup tubuhnya dgn kain yg nipis sehingga apakala dia berjalan masih kelihatan seluar dalam dan colinya? Atau, tidak nampak bayangan seluar dalamnya dan colinya, tapi jelas kelihatan rupa bentuknya walaupun pakaiannya tebal tak lut sinarpun? Kita akan teliti perkara ini dalam post-post yg akan datang.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment