Assalamualaikum,
Saudara, kita telahpun teliti dalam post sebelum ini kaitannya antara wanita dgn neraka. Kita lihat selanjutnya, ketetapan as-Sunnah mengapa ramai wanita menjadi ahli nereka. Dalam post yg lalu kita diberitahu 'kerana mulut badan binasa'. Samalah halnya dalam perkara syurga neraka itu. Memang resminya seorang perempuan itu suka bercakap. Sampai ada kata-kata umum jika dua lelaki bertemu, dia akan diam tak bercakap, kecualilah salah seroang bertanya sesuatu. Itupun dijawa secara 'matter-of-facts', yakni tak dipanjangkan atau dilanjutkan perbualan, kalau mereka berbual. tapi, kalau dua wanita bertemu, sebaik saja berkenalan, maka akan bercerita kedua-dua tanpa henti-henti! Malah wanita suka meneliti tepi kain orang (yakni, mencari rahsia orang, terutama yg buruk). Suka melondehkan kain orang (yakni, menghebahkan keaipan orang ain, wanita ke lelakike, tak kira.
Di dalam sepotong hadith lain pula diperjelaskan oleh Rasulallah (s.a.w) kebanyakan perempuan dalam neraka kerana tidak menghormati dan tidak berterima kasih atau bersyukur terhadap segala sesuatu yang disediakan baginya oleh suaminya yang menyaranya dan berbuat baik terhadapnya:
Diriwayatkan hadith daripada Ibnu Abbas (r.a) berkata bahawa Rasulallah (s.a.w) bersabda: ‘Diperlihatkan (oleh Allah (a.w)) kepadaku neraka. Ketika itu aku lihat kebanyakan isinya terdiri dari perempuan-perempuan ‘kufur’ [Nota: bukan kufur dalam maksud ‘kafir’, yang sememangnya ‘kufur’, tetapi kufurkan nikmat atau pemberian kepadanya’].
‘Ditanyakan orang kepada beliau: ‘Apakah mereka ‘kufur’ kepada Allah (a.w)?’
‘Dijawab oleh Rasulallah (s.a.w): ‘Mereka ‘kufur’ kepada suami mereka dan ‘kufur’ terhadap kebaikan (suami mereka). Biarpun engkau (yakni, suami) telah berbuat baik kepadanya sepanjang masa, kemudian dilihatnya daripada kamu sedikit kesalahan sahaja (yakni, apabila berlaku perselisihan faham dan seumpamanya), terus berkata dia (siisteri) ‘Aku tidak pernah melihat kebaikan dari kamu (suami) sedikit juapun’. [Hadith Bukhari]
Seperti kita sedia maklum, bahawa kehidupan di akhirat itu, sama ada berada di neraka ataupun di syurga, adalah kekal. Tetapi, rasa sakit dan sebagainya adalah seumpama hidup di dunia ini – sakit pasti sakit, sedap pasti sedap – tetapi tidak akan mati kalau disiksa. Daging dan isi badan dan perut dan sebagainya tetap hancur dengan kesakitan yang dirasai tetapi, seumpama sakit dalam dunia, tetapi segala yang terbakar akan hancur tetapi akan tetapi kembali menjadi sediakala, kemudian hancur semula, begitulah tanpa penamatnya.
Walaupun begitu, ramaikah manusia yang percaya kepada dimensi-dimensi yang ghaib itu? Kesemua ini adalah sebahagian utama tanggapan manusia terhadap Rukun Iman kita, tetapi kebanyakan kita sering lupa dan kurang memberi tumpuan terhadapnya. Kita merasa selesa, seolah-olah semua itu cerita pengajaran sahaja bukanlah satu realiti yang akan kita temui bila sampai ketikanya. Adakah begitu? Sebenarnya apa yang disebutkan di dalam al-Quran dan al-Hadith itu, seperti bentuk-bentuk azab di dalam neraka itu, bukanlah cerita pengajaran, tetapi gambaran realiti akhirat yang akanberlaku di akhirat.
Jazakallahu khairah
No comments:
Post a Comment